Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

3,000 solat jenazah Chek Hashim
Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi. harakahdaily online

[semoga Allah cucuri rahmat ke atas Roh Arwah Che Hashim dan berada di kalangan asySyahid yang memperjuangkan agama Allah. Selamat membuat persiapan pilihanraya bagi petugas2 PAS-PR untuk memenangkan perjuangan Islam di Malaysia. MaranDaily]


Lajnah Penerangan PAS Pusat semalam melancarkan "Kempen Balik Kampung" dalam usaha membekalkan maklumat kepada ahli PAS di Lembah Klang untuk dibawa pulang ke kampung.

Kempen tersebut dilancarkan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

"Kempen ini bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada ahli dan penyokong PAS yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk di bawah pulang ke Kampung sempena cuti Hari Raya," kata Idris.

Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS yang mendapat risalah ini diharap akan menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat luar bandar yang banyak bergantung kepada media konvesional seperti radio dan televisyen.

Selain ucapan selamat hari raya, risalah ini turut fakta-fakta tentang pembangunan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas 2 tahun pemerintahan dan penerangan sebenar mengenai hala tuju perjuangan PAS.

Idris turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta media melaporkan berita berasaskan fakta, sedangkan laporan media arus perdana banyak yang menyimpang dari fakta sebenar.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan televisyen banyak memutar belit kenyataan dan maklumat sebenar.

"Oleh itu, dengan risalah yang kita edar ini dapat menyampaikan maklumat sebenar dan tepat kepada rakyat, terutamanya masyarakat diluar bandar" tambah beliau.

Risalah tersebut juga diletakkan di laman rasmi PAS, http://www.pas.org.my bagi memudahkan ahli-ahli PAS diperingkat cawangan, kawasan, dan negeri mengakses dan menyebarkannya di kawasan masing-masing. HarakahOnline

{MaranDaily menyarankan agar semua masyarakat Maran & Pahang pulang ke kg dan memberi penerangan kepada semua penduduk terutamanya berkenaan dengan impak positif dalam pentadbiran dan kesejahteraan rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat - InsyaAllah, dengan strategi dan perlaksanaan kempen ini akan memberi kesan yang positif kepada kemenangan PAS & PR dalam PRU13 akan datang. - Maran Dipimpin PAS PRU13}

Pas Cawangan Bukit Kening telah melancarkan kempen "Sekampit Beras, Sekilo Gula" peringkat Cawangan dua hari sebelum Ramadhan dan Alhamdulillah telah mendapat sambutan yang sangat baik.

Kempen tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Pas Cawangan Bukit Kening iaitu Tuan Haji Ahmad Nazri Abdullah Thani. menurut beliau, "setakat ini kita telah berjaya menerima sumbangan daripada 30 orang dermawan dan InsyaAllah akan diagihkan dalam masa terdekat".

Kempen "Sekampit Beras, Sekilo Gula" merupakan program tahunan PAS dalam usaha mengumpul seberapa banyak sumbangan untuk disalurkan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik serta membantu golongan yang tercicir oleh bantuan yang diberikan pihak kerajaan.

Ketua Pas Cawangan Bukit Kening, Mohd Shamsuri Hussin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh penyumbang samada di kalangan ahli PAS atau yang menyokong perjuangan murni PAS untuk menegakkan Syiar Islam dengan menyumbangkan sebahagian harta peribadi untuk dikongsi bersama dengan insan-insan yang memerlukan. Semoga, usaha dan ibadah kita diterima Allah serta mendapat ganjaran berlipatganda di akhirat nanti.

MaranDaily mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan PAS di semua peringkat kerana telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan kkempen yang murni ini. Program ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan golongan yang memerlukan di Bulan Ramadhan serta persiapan untuk menyambut Raya yang tak lama lagi akan tiba.

Semoga Allah memberkati usaha dan sumbangan daripada semua.

MaranDaily


Assalamualaikum w.b.t. dan salam Ramadhan kepada semua pelayar laman MaranDaily. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua dalam berusaha mengerjakan ibadah puasa dan lain2 ibadah dengan sesempurna mungkin dan melatih diri dengan iabadah2 sunnat.
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Nisa' Maran akan menganjurkan Majlis Amal Berbuka Puasa 1431h/2010 pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) bertempat di:

PASTI AL-BARAQAH, KG AWAH Program ini bermula jam 4.30ptg dan berakhir jam 10.30mlm.
Pelbagai aktiviti dirancang untuk memenuhi masa tersebut seperti:
Tadarusl Al-Quran - Majlis Buka Pusasa - Majlis Ilmu - Solat Berjemaah

Sesiapa yang berminat boleh hubungi pimpinan Nisa' Maran

"Islam Adil Untuk Semua"

Pada 15 Ogos 2010 bersamaan 5 Ramadhan 1431 H PAS Kawasan

Maran akan menganjurkan Iftar (Berbuka Puasa) dan Tahlil Perdana, bertempat di Masjid At-Taqwa Kg Awah, bermula jam 6.30 petang, semua dijemput hadir.

[MaranDaily mengaja semua muslimin/muslimat sekeluarga untuk bersama-sama ke Majlis Ilmu yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Maran dengan kerjasama Pas Pahang dan Masjid AtTaqwa Kg Awah. Semoga kita dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta keampunan seperti dijanjikan Allah. Semoga semua ummat Islam di Maran memilih PAS sebagai wadah perjuangan utuk menegakkan Islam di Malaysia.]

TERKINI...

KG AWAH, 16 OGOS - Alhamdulillah PAS Kawasan Maran telah mengadakan

Majlis Iftar dan Tahlil Perdana di Masjid At-Taqwa Kg Awah, majlis bermula dengan usrah AJK PAS Kawasan Maran bermula 5.30 petang, kehadiran wakil-wakil PAS cawangan seluruh Maran dan ahli-ahli jemaah kariah bermula jam 6.30 petang, dan para tetamu mula mengambil tempat untuk berbuka puasa tepat jam 7.23 petang azan maghrib berkumandang.

Sesudah solat maghrib bermula majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Sulaiman Mohamad selaku wakil daripada Badan Perhubungan PAS Pahang. Sebanyak hampir 8 ribu ringgit telah berjaya dikumpulkan oleh PAS Kawasan Maran melalui infak tahlil perdana yang dianjurkan, wang infak ini adalah untuk mengisi dana pembangunan Kompleks PAS Pahang yang akan didirikan di Kerdau.

Selepas isyak program diteruskan lagi dengan solat terawih dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman selaku wakil dari pihak PAS Pahang, dan seterusnya program berakhir jam 10.30 malam.

Lict PasMaran

Amalan menderma merupakan salah satu sunnah yang sangat digalakkan oleh Rasulullah kerana ganjarannya sangat tinggi di sisi Allah. Sifat merendah diri dan ringat tangan yang diamalkan oleh umat Islam selama ini dapat dirasai oleh ummat Islam sendiri dan masyarakat sekitarnya.

PAS Kawasan Maran telah melancarkan Bulan Infak pada penghujung bulan Jun 2010 dan berterusan sehingga kini dengan tujuag untuk menyemai sikap pemurah dan suka menderma di kalangan Ahli Pas dan golongan yang menyokong Perjuangan Islam. Sempena Bulan Infak ini, Pas Kawasan Maran telah menerima sumbangan hampir RM150,000 untuk Tabung Dana Bangunan dan hampir RM 7,000 untuk operasi semasa Pas Kawasan Maran.



"Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penyumbang yang telah menginfakkan sebahagian daripada harta yang dimilikinya untuk kegunaan jemaah PAS yang boleh diguna bersama oleh semua rakyat Maran". MOHD SHAMSURI HUSSIN, AJK PAS KAWASAN MARAN

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, PAS Maran mengajak ummat Islam di Maran dan seluruh dunia meningkatkan amalan baik samada Ibadah atau aktiviti-aktiviti seharian dengan harapan diterima Allah serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda. PasMaran juga telah melancarkan program "Sekampit Beras, Sekilo Gula" dengan tujuan mengumpul seberapa banyak beras dan Gula daripada ahli yang berkemampuan dan disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan bangsa.

Program-program kebajikan dan kemasyarakan seperti ini diharap diterima Allah sebagai ibadah dan memberi kesan yang baik kepada perjuangan PAS untuk menegakkan Islam serta mewujudkan negara berkebajikan dan adil.

MaranDaily
"Beramal dengan Ilmu"

Maran (06082010): PasKawasan Maran telah melakukan "Ziarah Silaturrahim" dengan pegawai dan kakitangan Polis Daerah Maran yang dihadiri oleh Pimpinan Tertinggi Pas Kawasan Maran.

Majlis ramah mesra ini bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 11.15pagi. Alhamdulillah, ketibaan pimpinan PasMaran disambut baik oleh pegawai-pegawai dan kakitangan IPD Maran.

9.20pg, Pimpinan Pas Maran dijemput mendengar taklimat oleh Ketua Polis Daerah bersama-sama dengan Ketua-Ketua Balai Polis lain dan pegawai sempena dengan anugerah penghargaan kepada kakitangan yang terlibat dengan program "Keluarga Angkat" yang dianjurkan oleh IPD Maran.
Dalam pertemuan tersebut, Pimpinan Pas Maran diberi taklimat berkenaan dengan perkembangan gerak kerja dan pembasmian jenayah yang dilakukan oleh IPD Maran terutamanya dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan penduduk di Daerah Maran.

Sifat keterbukaan dan keprofesionalan yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Daerah terhadap kunjungan Pimpinan PasMaran perlu dicontohi oleh penguatkuasa dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain agar persepsi negatif rakyat terhadap penguatkuasa dapat dihapuskan.
Pas Kawasan Maran merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Polis Daerah maran, Pegawai-pegawai, dan seluruh kakitangan IPD kerana telah memberikan layangan yang sangat baik kepada kami. Menurut Pemangku YDP PasMaran Ustaz Ramli Awang Abd Rahman, ia sangat positif dan diharap ia berterusan. malah IPD Maran banyak memberi kerjasama terhadap IPD Maran.

Pas Maran berharap ADK, Majlis Daerah Maran (MDM), Pejabat Agama Daerah, Jabatan-jabatan kerajaan yang lain memberi kerjasama kepada Pas Maran untuk melaksanakan sesi riarah dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berbincang masalah yang dihadapi rakyat maran agar dapat diselesaikan secara bersama.

MaranDaily
"Berani Kerana Benar"

Chenor (040810): Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Chenor dan Jawatankuasa Masjid Kg Sekara telah menganjurkan Forum Al-Mukarrabin bertempat di Perkarangan Masjid Kg Sekara. Majlis tersebut bermula dengan jamuan nasi selepas solat Maghrib dan Forum selepas solat Isyak.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB ADUN Chenor (YB BN-UMNO) Dato Tan Aminuddin yang merupakan Exco Kerajaan BN Pahang.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa masyarakat melayu perlu bersatu atas dasar melayu. Menurutnya, melayu itu adalah Islam berdasarkan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.

Kesungguhan UMNO untuk bersatu dengan PAS umpama angan-angan yang tidak berkesudahan. Menurut Dr Asri (Mantan Mufti Perlis) semasa dalam Forum Perpaduan Melayu, "Darjat Islam lebih tinggi daripada bangsa Melayu, Bangsa Melayu boleh hancur tetapi Islam akan kekal hingga kiamat"

Sifat perkauman sempit yang dibawa oleh UMNO sekarang akan menyebabkan berlakunya krisis perkauman yang besar dan akhirnya mampu menghapuskan UMNO dan parti-parti yang seangkatan dengannya di dunia ini.

AJK Pas Pusat iaitu YB Mujahid Yusof Rawa pernah berkata dalam Forum Perpaduan Melayu bahawa UMNO akan menjadi salah satu menomen simpanan di arkib negara seperti Dinosour pada masa kini. Oleh itu, PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan parti yang "munafik" serta tidak pernah berpegang kepada janji. Malah, UMNO telah menekan rakyat dengan pelbagai helah untuk pemperkayakan kroninya dengan teori ala "robin"nya iaitu membantu segelintir golongan miskin (UMNO-BN sahaja) dalam masa yang sama "menghisap darah" rakyat yang lain yang tidak mengetahuinya.

Retorik dan lakonan UMNO ini sebenarnya telah difahami dan dirasai oleh rakyat negeri Pahang. Malah kesannya telah dirasai oleh Pimpinan UMNO Pahang dan Malaysia sehinggakan mereka "terhegeh-hegeh" untuk bersatu dengan PAS atas dasar perkauman Melayu yang sempit dan jumud. Jika UMNO berterusan sebegini, pasti generasi "UMNO-Dinosour" akan menjadi kenyataan dan PRU13 akan datang akan dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

MaranDaily menyarankan agar pimpinan Tertinggi, Tengah Bawah dan ahli biasa membuat perubahan dari sekarang untuk menolak kepimpinan "UMNO-Dinosour" agar tidak terkubur bersama-sama di muzium sebagai arkib yang tidak berharga. Buatlah perubahan, pilihlah PAS sebagai wadah perjuangan yang memperjuangkan Sistem Islam yang Syumul dan memberi jaminan kepada Bangsa Melayu dan manusia sejagat (tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan sebagainya)

MaranDaily
"Hanya bersatu atas dasar Islam sahaja, perkauman itu sempit dan terhad"


Ramadhan 1431h bakal tiba seminggu lagi. Kemeriahan untuk membuat persiapan menyambut Ramadhan sudah mula dirasai oleh masyarakat Maran. Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam perlu tahu bahawa Bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan dan segala amalan di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya.

Kemeriahan Ramadhan diserikan lagi oleh peniaga-peniaga yang sebahagian besar menganggapkan Ramadhan bulan melimpah ruahnya rezeki yang dikurniakan Allah tanpa mengira Agama, bangsa dan fahaman politik.

Pada 3 Ogos 2010 (Selasa) yang lepas, Krew MaranDaily turut bersama dalam taklimat yang disampaikan oleh Majlis Daerah Maran (MDM) dan Klinik Kesihatan Maran kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan di beberapa lokasi seperti Bandar Maran, Jengka Pusat, Pekan Awah dan Chenor Lama.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan mengikut jadual yang dibuat walaupun terdapat beberapa kesilapan dan kelemahan dalam pengurusan MDM semasa majlis tersebut berlansung. Antara kelemahan tersebut ialah berlaku kecelaruan semasa cabutan no gerai. Masalah mula timbul apabila peniaga menempah lebih daripada 1 tapak dengan perniagaan berlainan jenis sedangkan pihak MDM menyediakan tapak berlainan bagi perniagaan berlainan seperti makanan yang melibatkan bakar, air dan makanan biasa.

cadangan MaranDaily: agar pihak MDM sepatutnya menganalisis atau memproses terlebih dahulu borang permohonan yang dihantar oleh peniaga dan diasingkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. jika ia melibatkan 2-3 tapak yang menjalankan perniagaan berlainan jenis, pihak MDM perlu meletakkan di dalam petak khas yang tidak menjejaskan peniaga lain. Selain itu, pihak MDM perlu bertegas dan mengikut apa yang telah dijanjikan iaitu makanan berbakar tidak boleh diletakkan bersama peniaga makanan siap atau air.

Berdasarkan pemerhatian MaranDaily, apabila peniaga yang menyewa lebih daripada 1 tapak dengan perniagaan pelbagai menyebabkan berlaku kecelaruan susunan yang ditetapkan oleh MDM. Petugas MDM tetap memenuhi kehendak segelintir peniaga tersebut dan boleh menjejaskan lebih ramai peniaga lain.

Beberapa peniaga yang ditemui MaranDaily menyatakan harapan agar tahun ini MDM berlaku adil dan telus dalam penyusunan nombor tapak. Menurut peniaga yang hanya dikenali emi, "harap nombor tapak tahun ni ikut urutan tidak seperti tahun-tahun lepas berterabur dan bercelaru mengikut kehendak kroni je, macam tak skolah je tukang susun nombor".

Oleh itu, pihak MDM perlu berlaku telus semasa membuat penyusunan no. mengikut urutan sebenar. Kalau tidak, ia mengambarkan bahawa MDM tidak amanah dan telus dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Malah penyediaan tapak beserta no. sebelum cabutan adalah lebik efisyen berbanding cara yang dibuat sekarang.

MaranDaily
"Menghayati Keberkatan Ramadhan"

"Permohonan ESQ didengar 10 Ogos, Mahkamah Tinggi benar semakan bagi batalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan" Sinar 4 Ogos 2010 (N10-Jenayah)

Berdasarkan berita yang dipaparkan oleh sinar, ia mengambarkan bahawa Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri/Kebangsaan boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Malah, Mahkamah Tinggi melalui Mahkamah Sivil berhak dan berkuasa untuk membuat semakan bagi membatalkan fatwa-fatwa yang telah diwartakan.

Ummat Islam di Malaysia dan dunia semakin terancam apabila undang-undang sivil mampu melawan undang-undang Syariah. Ini akan menyebabkan segala hukum yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa boleh dipinda oleh Mahkamah Sivil.

Berdasarkan mengamatan MaranDaily terhadap kes ini, sepatutnya ESQ meminda semua 10 perkara yang terpesong daripada akidah Islam yang digariskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukannya mencabarnya di mahkamah. Perbuatan mencabar hukum fatwa yang telah diwartakan boleh memberi kesan yang besar terhadap perundangan Islam serta menjejaskan fatwa-fatwa lain yang telah lama diwartakan.

MaranDaily berharap semua ummat Islam bersatu hati dan teguh dengan Al-Quran, Sunnah, Ijtihad, Ijmak & Qias. Jika budaya mempertikaikan fatwa ini berleluasan dan berterusan, amat besar ancaman golongan ini terhadap kesucian Islam.

MaranDaily
"Pertahankan Islam Walaupun ke Titisan Darah Terakhir"

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih. Semalam Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi dan pemilih secara automatik dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dimana, setiap warganegara berumur 21 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

Pakatan Rakyat sudah lama mencadangkan perkara ini dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini sudah membawa cadangan itu tetapi ditolak melalui jawapan Parlimen oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa negara ini mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision' dan rakyat tidak boleh dipaksa untuk mendaftar dan keluar mengundi.

Jawapan berkenaan jelas memberikan masalah kepada SPR yang masih gagal mendaftarkan pengundi-pengundi yang telah layak kerana kekurangan kakitangan dan sumber. Akibat penolakan itu, SPR mewujudkan cadangan baru iaitu menaikanbayaran untuk penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3. Tetapi cadangan ini pula ditolak oleh Dr. Puad atas alasan membazirkan wang rakyat dan kembali semula mengutarakan cadangan yang pernah disebut oleh Pakatan dan SPR iaitu membuat pendaftaran secara automatik.

Jelaslah, bahawa Kerajaan BN sendiri tidak konsisten dan tidak mempunyai persefahaman yang jelas terhadap keputusan yang mereka ambil. SPR menjadi seperti bola yang bukan sahaja ditendang ke sana ke mari, cadangan mereka diperlecehkan dan BN jelas takut untuk membuat penyelesaian terhadap isu pendaftaran pemilih ini kerana jumlah pengundi baru yang ramai adalah satu ancaman kepada mereka.

PAS tegas mahu pendaftaran pemilih secara automatik dibuat dan kita bersedia membantu SPR untuk meningkatkan jumlah pengundi baru. PAS berharap agar SPR bersikap lebih terbuka dan menerima dengan positif bantuan yang ditawarkan oleh PAS. Kita menawarkan perkhidmatan secara PERCUMA kepada SPR bagi mendaftarkan pemilih-pemilih baru dengan syarat pendaftar pemilih dari parti ini dan parti-parti Pakatan lainnya tidak didiskriminasi oleh SPR. Layanan yang adil hendaklah diberikan dan jawapan segera diberikan bagi setiap senarai pendaftaran yang telah diserahkan sebelum ini.

PAS berjanji, bahawa pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan jika Pakatan menjadi kerajaan selepas Pilihanraya kali ke-13 nanti sekaligus dapat menjimatkan wang rakyat dan memudahkan kerja-kerja SPR.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

{pelbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan UMNO-BN untuk tidak melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik. Apa yang pasti, jika terlaksana pendaftaran secara automatik, golongan muda akan lebih berpihak kepada PAS-Pakatan Rakyat. Keadaan ini menyebabkan UMNO-BN akan lebih cepat berkubur dan benarlah kata2 Ust Dr Asri bahawa UMNO akan menjadi arkid Negara seperti Dinosour pada zaman sekaran - MaranDaily}

Sekadar Gambar Hiasan Sahaja

Soalan yang telah dikemukakan ialah :

Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan. Boleh tak perempuan botakkan kepala dan tidakkan ianya menyerupai lelaki?

Jawapannya

Cukur kepala atau membotakkan kepala bermaksud membuangkan rambut di kepala dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga lincin kepalanya. Allah jadikan wanita atau muslimah ini dengan sebaik kejadian dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan kepada perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.

Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :

“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.

Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan bahawa :

“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”

Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya tidak menyerupai lelaki.

Kesimpulannya

Mencukur atau membotakkan kepala bagi muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak menyukai perbuatan tersebut. Harus kepada muslimah yang ingin memendekkan rambutnya untuk kekemasan dan kecantikkan untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain, kerana rambut itu adalah aurat wanita dan hanya boleh diperlihatkan untuk mahramnya sahaja.

Ust. Nor Amin

Alhamdulillah dan tahniah MaranDaily ucapkan kepada Ust Murad iaitu Pengarah JPrMTD Chenor kerana telah melansungkan perkahwinan dengan pasangannya Sarimah pada 31 Jul yang lepas.

Semoga ikatan perkahwinan ini akan melahirkan kebahagiaan yang diimpikan serta meningkatkan semangat juang untuk menumbangkan kerajaan "korup" UMNO-BN dalam PRU13 akan datang.

Dewan Muslimat Pas (DMP) Kawasan Maran telah menganjurkan Hi-Tea Amal yang berlansung pada 31 Jul 2010 yang lepas dan berjaya menjual hampir 300 keping tiket yang bernilai RM 30 sekeping.

Jamuan Amal ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh DMP. Dengan sumber kewangan yang mencukupi, DMP mampu turun ke akar umbi bagi membantu dan mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Maran.

Ustazah Azizah Khatib Mat yang merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Maran menyarankan agar semua muslimat melipatgandakan usaha dan pengorbanan untuk membantu Pas dalam menjaga kebajikan dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.
MaranDaily mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pimpinan DMP dan sesiapa sahaja yang terlibat samada secara lansung atau sebalik tabir dalam menjayakan Jamuan Amal tersebut. Semoga DMP Maran mampu mengoyangkan kedudukan Wanita UMNO yang semakin tidak diterima oleh masyarakat sekeliling sekarang.

Marandaily

Maran: PAS Kawasan Maran menaruh keyakinan tinggi bahawa segala jentera yang ada telah bersedia untuk menawan Maran daripada Kepimpinan YB Kerajaan UMNO-BN dalam PRU 13 akan datang.


Menurut kenyataan Setiausaha Jentera Pilihanraya Kawasan Maran Mohd Shamsuri Hussin, Pas Maran telah menghantar petugas elit sebanyak 3 kali untuk bersama-sama bertugas dari parlimen lain dalam menjayakan Program Simulasi Pilihanraya Kecil yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Pahang di beberapa Parlimen di Negeri Pahang pada bulan-bulan lepas.

Program simulasi PRK telah meningkatkan semangat petugas-petugas pilihanraya untuk menawan hati pengundi serta memberi kefahaman kepada masyarakat Maran tentang perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan bukannya berteraskan kaum dan kroni seperti UMNO-BN.

Pas Maran juga telah menggerakkan Tabung Infak yang melibatkan kutipan Dana Kawasan, Dana Bangunan dan Dana Pilihanraya untuk memenuhi perbelanjaan semasa parti dalam memanfaatkan kembali kepada ahli dan masyarakat setempat. Alhamdulillah, selepas pelancaran Bulan Infak pada penghujung Mei 2010, Kutipan dana hampir RM150 ribu berjaya dikumpulkan.

Keadaan ini mengambarkan bahawa masyarakat Maran telah bersedia berkorban apa sahaja untuk memberi kemenangan kepada Pas Kawasan Maran dan memberi sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan.

InsyaAllah, gelombang rakyat untuk menumbangkan kerajaan antiKebajikan UMNO-BN akan tercapai dalam PRU13 akan datang tercapai. Apa yang pasti, kebenaran dan keadilan akan tertegak dengan adanya para pejuang yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan Islam yang syumul.

MaranDaily

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua pelayar Laman Maya MaranDaily. Semoga kita semua diRahmati Allah dalam apa jua keadaan dan moga kita tidak tersasar dari landasan sebenar iaitu sebagai Hamba Allah yang bertaqwa kepadaNya.


Terlebih dahulu MaranDaily ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelayar yang telah menfaatkan ruangan MaranDaily untuk berkongsi pendapat dan cerita benar kepada umum samada berkenaan isu2 semasa, masalah semasa, dan persoalan agama dan politik.

MaranDaily ingin memberi amaran kepada segelintir pelayar yang "jahil" terutamanya di kalangan "kuncu2" UMNO-BN yang menggunakan bahasa kesat dan tidak bertamadun dalam ruangan sembang dan komen. Semoga golongan yang tak bertamadun ini akan pupus serta mendapat azab yang setimpal daripada Allah di dunia dan akhirat nanti.

MaranDaily yakin, dengan kesungguhan dan ketelusan perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam akan mencapai kemenangan di dunia dan akhirat. Berdasarkan kepada isu2 semasa, ia jelas mengambarkan bahawa rakyat secara keseluruhannya menyokong perjuangan PAS dan
Pakatan Rakyat. InsyaAllah, jika PAS mentadbir negara, manusia "jahil" dengan perjuangan Islam akan ditarbiah secukupnya agar memahami bertapa syumulnya Islam untuk manusia sejagat.


Kg Embun: Pas Kawasan Maran melalui Lajnah ICT dengan kerjasama Bendahari Kawasan telah menerbitkan Taqwim Ramadhan PasMaran 1431h.

Menurut Ketua Lajnah ICT Mohd Shamsuri, Taqwim ini diterbitkan bertujuan mencari dana tambahan kepada Tabung PasMaran bagi menampung pelbagai perbelanjaan semasa dan menampung pelbagai aktiviti kemasyarakan yang dilaksanakan oleh Dewan-dewan dan lajnah-lajnah.

Taqwim PasMaran dijangka akan berada di pasaran pada minggu hadapan dan boleh dijadikan panduan kepada Ahli PAS serta ummat Islam yang berada di zon 3.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut/ berminat untuk menjadi agen boleh menguhungi Ketua Lajnah ICT di talian 013-9815518 atau Pejabat Pas Kawasan 09-2986417 ikhwan (SUK).

Segala sumbangan dan sokongan daripada sahabat-sahabat semua diucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Semua rezeki yang kita gunakan/ labur kepada perjuangan untuk menegakkan Islam akan mendapat keberkatan dan dilipatgandakan oleh Allah.

Laporan dalam SINAR 15 Julai 2010 lalu menyatakan bahawa Dato' Tan Aminuddin Ishak yang juga YB-BN ADUN Chenor mencabar pembangkan keluar Felda adalah tidak rasional dan berfikiran sempit.

Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa Beliau adalah wakil Rakyat Ahli UMNO-BN dan bukannya keseluruhan rakyat di Chenor dan Pahang. Malah ia juga mengambarkan sikap politik sempit yang diamalkan oleh semua pimpinan UMNO-BN yang menyebabkan lebih 70% penduduk bukan melayu menolak UMNO-BN dan sebahagian besar penduduk melayu hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO-BN.

Penubuhan FELDA yang diasaskan oleh Tun Razak adalah bertujuan membasmi kemiskinan yang dihadapi oleh Penduduk Melayu dan Bumiputra. Matlamat penubuhan tersebut telah dihancurkan dan diselewengi oleh anak Allahyarham sendiri iaitu PM sekarang yang menguruskan FELDA dengan cara yang tak beramanah. Manakala pimpinan UMNO-BN di peringkat negeri mengikuti jejak langkah tersebut sehinggakan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh generasi FELDA dinafikan melainkan untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroni terdekat.

MaranDaily yakin bahawa rakyat Negeri Pahang dapat menilai pimpinan UMNO-BN yang ada dan sememangnya sudah lapuk dan tidak revevan pada masa kini. Rakyat akan bangkit dan menjatuhkan pimpinan korupsi UMNO-BN dalam PRU13 akan datang. Sesungguhnya Pemimpin dan kaum yang zalim dan tak beramanah akan dilaknak/dihancurkan oleh Allah suatu hari nanti. MaranDaily

Dewan Muslimat Pas Kawasan Maran akan menganjurkan HI-TEA AMAL yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:
Jamuan Hari Raya Blok DKPV
HI-TEA AMAL
Anjuran Muslimat Pas Kawasan Maran
pada:
31 JULAI 2010 (SABTU)
2.00PTG - 5.00PTG
Tempat:
MARKAS PAS KAWASAN MARAN

Jualan kupon berharga RM 30.00... sumbangan anda akan disalurkan ke Tabung DMP Maran untuk melancarkan perlaksanaan aktiviti2 yang dirancang.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat sumbangan melalui belian kupon, sila hubungi talian pejabat Kaw. Maran (09-2986417 ikhwan) atau Ketua DMP Maran (012-9815057 ust Azizah)

Semoga sumbangan daripada anda semua akan diberkati dan dirahmati Allah...

Sumber:
shamsueri@Ketua Lajnah ICT PasMaran

Assalamualaikum w.b.t. wahai sahabat maya semua...
Dijemput untuk menghadirkan diri ke beberapa ceramah terancang yang dianjurkan oleh PAS Kaw Maran dalam masa terdekat... jangan lupa bawa bersama isteri2 dan anak2... Moga Allah merahmati kita semua...

CERAMAH PERDANA PAS AKWASAN MARAN 2010 15 JUL 2010 (KHAMIS) 9.00 MALAM SURAU LANTING, CHENOR, PAHANG.
Tuan Haji Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS) Hasanudin Salim (Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang) Tuan Guru haji Mohd Baqi Othman (YDP PAS Kawasan Maran)

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 16 JULAI 2010 (JUMAAT) SELEPAS MAGHRIB Tempat: Masjid Felda Kampung Awah Penceramah: YBHG Ust Zakaria bin Yahya al-Hafiz

Islam Adil Untuk Semua...

Shamsueri@Ketua Lajah ICT PASMARAN





















Oleh : Mufti Brunei

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat
kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan
ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal معسل) ) dan ‘ajami ( عجمي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut asap daripada tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing
mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau
Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi
kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.
Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan
boleh membawa maut.
Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Ugama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman

Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.”
(Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda :

Maksudnya:
“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya
sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala
kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya
mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini
sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam
menentukannya ialah :

Ertinya:
“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang
memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘
mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:
“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”
Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:

Tafsirnya:
“Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.”
(Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di
atas adalah seperti berikut:

Ertinya:
“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

Sumber : Mufti Brunei

(yang HARAM tetap HARAM... Semoga kita tidak tergolong hamba ALLAH yang suka melakukan perbuatan Haram... Ya Allah, Ampunilah segala dosaku yang telah aku lakukan tanpa disegajakan atau tidak. Jadikalanlah kami Hamba2MU yang taat dan berakhlak Mulia. Amin)


Muslimin/muslimat sekeluarga dijemput bersama2 warga Felda mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (ANAK) yang akan di adakan pada
7 Julai 2010 (Rabu)
9.00 malam
Perkarangan Kedai Mara
Felda Kampung Awah, Chenor, Pahang.


Semoga dengan kehadiran muslimin/muslimat semua akan memberi input dan maklumat yang berguna terutamanya berkenaan dengan isu "FELDA BANGKRAP...?"
dan pelbagai penyelewengan kerajaan UMNO-BN terhadap warga peneroka felda dulu kini dan selamanya.

info daripada: LAJNAH ICT PAS KAWASAN MARAN

Kita bimbang Malaysia mungkin jatuh dalam kancah krisis politik yang membawa padah seperti negara-negara membangun yang lain seperti Thailand. Kezaliman tidak akan membuahkan keselamatan, sebab itulah setelah 50 tahun merdeka rakyat Malaysia masih tidak merasa aman daripada kejahatan penjenayah yang bermaharajalela dan malah kezaliman pasukan yang menguatkan kuasa dan undang-undang mengikut arahan pemimpin. Salahguna kuasa keatas rakyat dan menghukum rakyat tanpa kesian belas seperti yang berlaku kepada adik Aminul Rashid baru-baru ini. Oleh itu janji parti yang memerintah untuk membawa keselamatan dalam manifestonya adalah suatu yang pelik dan ditertawakan oleh rakyat yang insaf.

Sebenarnya para pemimpin yang mempunyai reputasi buruk seperti itu tidak mungkin dapat dikategorikan dalam golongan pemimpin yang baik, adil atau cemerlang. Lambang tidak semestinya menjanjikan keadilan sebaliknya ia adalah pemangkin kepada perbuatan zalim parti pemerintah.
Salah satu ciri pemimpin yang sangat mungkin untuk melakukan penyimpangan-penyimpangan adalah seorang pemimpin yang dengan sengaja dan bercita tinggi memburu kekuasaan dan menguasai khazanah negara.

Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya Fir'aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas "(Yunus: 83).

Setiap orang pasti mendambakan pemimpin yang dalam jiwanya mengalir nilai-nilai kemanusian, kebenaran dan keadilan. Sebab pemimpin merupakan penentu corak hidup masyarakat dan pola perilaku mereka. Di tangan pemimpinlah warna kehidupan bangsa sangat tergantung. Jika seorang pemimpin adil, keadilan akan dengan sangat gampang merayap.

Dakwaan untuk membawa kemakmuran nyatanya kini menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan harga barang yang meningkat dan paras kemiskinan yang tetap meningkat dan mencengkam mereka. Ini semua adalah kerana salah urus, salah tadbir harta awam dan sifat boros, membazir, rasuah dan menguntungkan kaum kroni keluarga dan sahabat handai yang dilakukan oleh mereka. Keuntungan syarikat minyak negara yang begitu banyak tidak dapat dinikmati oleh rakyat tapi digunakan untuk 'bailout' atau melepaskan syarikat kroni dan keluarga yang terjerat dengan hutang dan diisytihar sebagai muflis atau bankrap.
Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa penghuni surga itu ada tiga :

"penguasa yang adil, seseorang yang berhati lembut pada kaum kerabat dan kepada setiap muslim, dan seorang kaya yang menjaga kehormatannya serta rajin sedekah."

Sebaliknya setiap manusia pasti tidak akan pernah membayangkan, menginginkan dan mendambakan pemimpin yang keji, kejam, jahat, culas, khianat dan zalim. Mereka senantiasa tidak diinginkan ketidakhadirannya. Kehadiran pemimpin model ini hanya melahirkan kekeruhan dan kekumuhan. Baik kekeruhan sosial, ekonomi, politik dan budaya serta peradaban. Mereka hanya menghadirkan kerusakan yang senantiasa bergulir semakin besar dari hari ke hari.

Negara ini diperintah dengan budaya komersial dan tamak untuk mengaut keuntungan. Parti pemerintah terang-terang mendidik rakyat menjadi mata duitan, berkerja dan berpolitik kerana kepentingan sempit dan bukan kerana kepentingan rakyat. Sebab itu mereka tidak dapat menghasilkan semangat dan pemimpin yang berjiwa murni, berakhlak mulia dan suka berkorban untuk rakyat. Sebaliknya mereka terus menerus mendidik rakyat menjadi manusia egoistik, 'selfish' (tamak), mementingkan budaya mengaut sebanyak harta dengan kuasa politik yang ada. Mereka berfikir dengan naluri tamak dan gila kuasa biarpun mencabul prinsip demokrasi, agama dan integriti. Oleh itu insan yang dibangun oleh mereka sebenarnya tidak punya modal jati diri, tapi hanya bermodalkan sikap mengampu. Modul latihan dari biro parti pemerintah adalah salah satu contoh. Apa yang dilahirkan oleh mereka; umumnya adalah insan yang kurang bermoral dan tidak bermodal kemanusiaan atau keagamaan yang sejati.
Daripada huraian di atas nyata benar bahawa para pemimpin berkenaan sudah tidak boleh dipercayai dan termasuk dalam kumpulan pemimpin yang zalim apabila di hubungkaitkan dengan kes-kes pemenjaraan tanpa pengadilan, dan berbagai undang-undang zalim yang mereka kuatkuasakan. Mencegah ulama, profesor Islam dan pendakwah agama Islam daripada menyebarkan ilmu agama mereka sehingga ada yang mati dalam keadaan diharamkan daripada mengajar di masjid masjid Allah dan surau, bahkan ramai lagi yang tersekat meskipun bersijil daripada al-Azhar dan bertaraf pemimpin ulama dan sebagainya - tidak dibenarkan mengajar dan berdakwah kerana tidak diberi tauliah oleh pemimpin politik atau pegawai suruhan mereka yang tidak pun bertauliah atau bersijil setaraf dengan orang yang hendak diberi tauliah.
Seorang ulamak pernah disifatkan oleh mereka sebagai penjenayah syariah kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor; meskipun beliau telah mengajar sekian lama di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan bersara; di mana pencen beliau pun dibayar oleh kerajaan. Lagi seorang ulamak hendak ditangkap oleh Jabatan Agama kerana mengajar (dengan dakwaan mereka) tanpa tauliah. Sedangkan beliau adalah bekas pegawai agama yang telah menandatangai surat pemberian tauliah yang banyak ketika bertugas di Jabatan Agama. Alangkah zalim dan besarnya dosa mengkhianati masjid Allah, ilmu Allah, dan hak rakyat untuk mendapat bimbingan ilmu dari golongan ulama ini.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, disebutkan

"Sesungguhnya orang yang paling Allah sukai dan yang paling dekat tempat duduknya di sisi-Nya adalah seorang pemimpin yang adil sedangkan orang yang paling Allah benci dan paling jauh tempat duduknya dari Allah adalah seorang pemimpin yang kejam (HR. Ahmad).

Pemimpin adil menghadirkan manfaat, pemimpin zalim menghadirkan mudarat.
Pemimpin adil menghadirkan maslahat, pemimpin zalim menghadirkan mafsadat.
pemimpin adil menghadirkan amanat, pemimpin zalim menebarkan khianat.
pemimpin adil menghadirkan aman dan damai, pemimpin zalim menghidangkan kekacauan dan keresahan.
pemimpin adil melahirkan cahaya, pemimpin zalim menyuguhkan gulita.

Renung-renunglah wahai pembaca.

Wasallam.


Pertempuran diantara tentera Thailand dan penyokong Thaksin Kumpulan Baju Merah ditengah Kota Bangkok. Peluru hidup digunakan untuk menyurai Kumpulan Baju Merah yang agresif. Inilah akibatnya kalau pemimpin gila kuasa untuk memerintah. Perkara ini mungkin akan berlaku di Malaysia. Satu tindakan perlu diambil untuk mengelakkan trajedi ini berlaku di Kuala Lumpur. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Siapa yang rugi dan siapa yang untung. Renung-renunglah dan fikirlah kesannya nanti. Mungkin suatu hari akan berlaku di negara tercinta kita...Malaysia.





















http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/05/akibat-gila-kuasa.html

[semoga kita ambil iktibat daripada peringatan2 yang telah Allah tunjukkan terutamanya penghapusan sesuatu kaum akibat daripada kemurkaan Allah. Berjuanglah untuk menghapuskan kerajaan yang menghina Islam dengan menanmkan sikap cintakan dunia dan bencikan akhirat. Beradalah dalam saf2 perjuangan Islam iaitu PAS yang berperlembagaan Al-Quran, Sunnah & Ijtima' Ulamak dalam usaha mewujudkan negara Islam yang hakiki.

Tumbangkan UMNO-BN dalam PRU13... InsyaAllah, Rahmat Allah bersama2 pejuang Islam... Shamsueri]

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang