Salam Takziah kepada Keluarga Ust Ahmad Ludin
Ustaz Ahmad bin Ludin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands kembali ke rahmatullah pada Jumaat 20 November 2009, semalam. Beliau yang baru selesai memberikan kuliah sebelum solah Jumaat rebah berhampiran tempat wuduk sebelum masuk wamtu solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis.
Beliau yg dilahirkan pada 28 Mei 1946 adalah anak jati Lipis dan merupakan lulusan Kuliah Abu Bakar di Pekan Pahang.
Beliau meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan). Semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003. Beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur membeli laluan pada tahun 2007.
Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) & Pimpinan PAS Kawasan Maran merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan. BPPNP diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang semalam. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam.
PAS Pahang sesungguhnya kehilangan seorang tokoh pejuang yang amat komited, ikhlas dan banyak berkorban untuk jemaah Islam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.
Al-Fatihah, daripada Warga Pas Kawasan Maran
500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia - Tuan Guru Nik Aziz ke 42
"
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang.
"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politisi, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah "AA Gym" Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.
Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas antara lain, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku "The 500 Most Influential Muslim 2009" adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut. (ln/isc)
The 500 most influential Muslims in the worldSila Klik (Sini)
Web Pas Maran - Perlu Dimanfaatkan Oleh Semua AJK Kaw., Lajnah2, & Ketua Caw...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memilih kita untuk bersama2 dalam saf perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di bumi yang kita cintai ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pelayar laman blog ini dengan harapan agar ia dapat memberi input yang positif serta meningkatkan semangat juang untuk menegakkan agama Allah di negara ini tanpa takut kepada pimpinan kerajaan UMNO-BN yang munafik dan merendah2kan Syiar Islam.
Ana selaku Ketua Lajnah ICT Pas Kawasan Maran (LiCT PasMaran) 2009/11 menyeru dan mengajak AJK Pas kawasan Maran, Dewan2, Lajnah2 dan Ketua2 Cawangan agar memberi maklumat dan sumber kepada LiCT Pas Maran untuk dimuatkan dalam Blog PasMaran & Laman Web Pas Maran agar dapat dikongsi bersama dengan ahli jemaah dan umumnya kepada umat Islam di dunia ini.
Semoga, dengan adanya medium maya ini dapat membantu jemaah untuk melebarkan dakhwah serta memberi input yang berguna kepada ahli dalam memastikan Jemaah Islam PAS menang PRK yang terbaru dan PRU13 akan datang.
Sebarang maklumat yang ingin dikongsi bersama oleh anda semua bolehlah diemailkan kepada ana di pasmaran@ymail.com. Sila sertakan Nama Penuh, No. H/p, Jawatan AJK Kaw./Dewan/ Lajnah/Cawangan agar maklumat yang dipaparkan tidak menimbulkan keraguan atau fitnah.
Sekian, Wassalam.
shamsuri
pasmaran@ymail.com
Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran
Ihtifal PASTI AR RIDHUAN CHENOR .... Pas Lahirkan Generasi Cintakan Islam
Chenor (19.11.09): Pasti Ar Ridzuan Chenor telan mengadakan Ihfifal peringkat Chenor yang telah berlansung bermula jam 3.00ptg sehinggan 11.00mlm. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Pimpinan Pas Kawasan Maran, Pimpinan Cawangan Chenor, AJK Pasti, Pelajar Pasti tersebut, IbuBapa dan penduduk sekitar. Sambutannya amatlah mengalakkan.
Pasti juga telah ditubuhkan sejak 25 tahun lalu telah melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran, hadis serta melahirkan insan yang akan mempertahankan Islam daripada dijajah dan dinodai.
Tahniah kepada pihak pengurusan pasti chenor, guru2 pasti dan ibubapa yang terlibat.

Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran
MB Pahang terima memorandum generasi kedua Felda
Sumber: sidangonline
Kesanggupan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menerima memorandum daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada 17 November lalu barangkali boleh dianggap sebagai ‘cahaya di hujung di terowong’ kepada entiti tersebut dalam meneruskan kehidupan di hari-hari muka.
Ini disebabkan nasib, permasalahan dan kedudukan serta masa depan generasi kedua Felda itu yang selama ini seolah-olah tidak dipedulikan sangat walhal mereka merupakan jumlah yang besar dan boleh menentukan kedudukan tanah Felda yang diusahakan ibu bapa mereka.
Rombongan seramai 8 orang bagi menyerahkan memorandum tuntutan di pejabat menteri besar di Wisma Sri Pahang, Kuantan itu diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman sendiri selain Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad dan AJKnya Fadzil Noor dan beberapa anak peneroka Felda negeri Pahang.
“Kami diterima dengan baik oleh menteri besar malah beliau sendiri berjanji akan meneliti memorandum kami dan berusaha memenuhi tuntutan yang diutarakan walaupun tidak memberi jaminan,” kata Mazlan selepas selesai menyerahkan memorandum tersebut.
Sikap profesional Adnan yang bersedia menerima memorandum Anak dan mendengar permasalahan daripada anak peneroka Felda Selanchar turut dipuji Suhaimi Saad.
Menurut Mazlan, Pahang merupakan negeri pertama dalam road-show Anak menemui ketua-ketua kerajaan negeri bagi memperjuangkan nasib generasi kedua Felda.
Rasionalnya road-show tersebut bermula dari Pahang kerana negeri ini menempatkan kawasan Tanah Rancangan Felda paling luas iaitu hampir 40 peratus daripada rancangan Felda seluruh negara. Terdapat 43,123 orang peneroka dalam 115 Felda di seluruh Pahang dengan anggaran lebih 200,000 generasi kedua di negeri ini sahaja.
Antara dilema generasi kedua Felda ini ialah tidak diiktiraf dan diberi hak sepenuhnya mewakili ibu bapa. Ini disebabkan penubuhan Felda itu sendiri tertakluk di bawah Group Settlement Act (GSA) 1960 sehingga tidak memberikan mereka kuasa meskipun mereka merupakan pewaris. Dengan demikian menyebabkan kedudukan mereka hanya sebagai anak kepada peneroka namun tidak diberikan apa-apa hak berkaitan tanah yang diusahakan.
Generasi kedua juga terabai selama ini tanpa komitmen Felda dalam soal tanah, rumah dan kerjaya mereka. Sedangkan terdapat 1,427 lot-lot kosong di seluruh negara dengan keluasan 353,245 hektar tanah ladang tanpa peneroka tetapi lot-lot kosong itu diisi dengan generasi kedua sebaliknya diserahkan kepada Felda Plantation.
Ini membuktikan pihak berkuasa tidak berminat untuk membela nasib dan masa depan generasi kedua dan ketiga Felda. Seolah-olah matlamat asal Felda ditubuhkan dahulu hanya terhenti setakat generasi pertama sahaja.
Apakah kerajaan tidak pernah memikirkan bahawa para peneroka juga sepert manusia lain berkelamin dan beranak-pinak?
Bagi yang bermastautin di Felda pula masih terpaksa menumpang kediaman ibu bapa meskipun sudah berkeluarga sendiri. Ini disebabkan tiada kemudahan pinjaman perumahan. Dengan keuntungan yang diraih Felda melebihi RM2 bilion setahun, sepatutnya agensi yang kaya melalui hasil titik peluh peneroka itu tidak mengabaikan kebajikan generasi kedua.
Begitu juga dengan kebajikan sosial yang lain. Malah dengan perolehan sebanyak itu, jika Felda prihatin sedikit sepatutnya banyak membantu generasi kedua dalam perniagaan, latihan dan kemahiran.
Graduan generasi kedua juga kurang diberi peluang dan saluran untuk menyumbang idea dan berbakti di Felda. Keadaan ini membuatkan mereka mencari peluang di luar. Akibatnya tinggallah golongan yang memiliki pencapaian rendah dalam pendidikan formal dan inilah punca bersarangnya semua penyakit sosial di Felda seperti lepak penyalahgunaan dadah, samseng, berjudi, rogol, rempit dan sebagainyanya. Sedangkan generasi kedua yang berkualiti bekerja di luar tanah rancangan.
Lima tuntutan Anak
Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, terdapat lima tuntutan dalam memorandum Anak kepada Menteri Besar Pahang.
Pertama, memberikan lot tanah kosong di Felda bagi perumahan generasi baru. Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua.
Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.
Kedua, batalkan Felda Plantation. Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut.
Ketiga, naiktarafkan penempatan Felda yang telah mendapat hak milik. Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak.
Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau.
Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan jaminan masa depan lebih baik.
Tangani gejala sosial
Keempat, menangani gejala sosial. Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut.
Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata.
Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan.
Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya pada ketika ini.
Kelima, perbanyakkan peluang pendidikan dan kemahiran.
Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas da TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi.
Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik.
Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara.
Matlamat awal ‘satu Felda satu produk pendidikan/kemahiran’ mungkin suatu perintis ke arah melahirkan lebih ramai belia Felda yang berdaya saing.
[kerajaan UMNO-BN sekarang sangat tertekan apabila rakyat di seluruh negeri telah telah cerdik dan mudah mendapatkan maklumat yang benar dan cepat. Kalau dulu, kerajaan UMNO-BN dapat melakukan penindasan dan penipuan terhadap rakyat dengan sesuka hati, kini maklumat mudah untuk diketahui oleh rakyat, malah kelemahan dan kejahilan pimpinan UMNO-BN kian terserlah. Generasi ke-2 Felda pula memberi tekanan kepada kerajaan agar berlaku adil terhadap mereka. Ini merupakan petunjuk +ve bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU 13 nanti.]
Projek "Bumi Hijau-Kerajaan UMNO-BN" akan berkubur...
Chenor (18.11.09): Perkampungan Felda telah sinonim dengan keindahan lanskapnya yang cantik dan terancang. Keadaan ini bertambah baik lagi apabika kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri melancarkan Program Bumi Hijau dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat meningkatkan penanaman pokok buah buahan dan sayuran di sekitar rumah masing-masing.
Hasrat kerajaan untuk menjayakan projek "Bumi Hijau" amatlah mulia, malah ia berlandaskan syariat Islam. Tetapi, perancangan di atas kertas tidak susah, yang menjadi masalah ialah perlaksanaanya. Terutamanya melibatkan komitmen dan kerjasama daripada banyak pihak.
Tinjauan Unit Wartawan Lajnah ICT Pas Kawasan Maran ke perkampungan Felda Kg Awah, Maran, Pahang mendapati penduduk kampung menghadapi masalah apabila tanaman mereka diserang oleh binatan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing.
Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ayah Da, banyak tanaman sayur yang ditanam sekirat rumahnya di 'bahang' lembu yang kebiasaanya menyerang pada waktu malam. Jumlahnya pula sehingga mencecah 20 ekor. Ini menjejaskan tanaman penduduk kampung.
Manakala seorang peniagan kedai runcik dan barangan basah yang dikenali kak mas berkata, "pada peringkat awal pelancaran program bumi hijau, banyak hasil kami dapat dan boleh dijual di kedai, tetapi sekarang agak sukar kerana ancaman lembu yang dilepaskan oleh pemilik lembu yang mempunyai pengaruk dan kuasa di kampung ini". Tambahan pula, hampir semua rumah di sini tidak berpagar kerana pada peringkat awal tiada musuh tanaman. Malah, kak mas juga mendakwa telah beberapa kali mengadu kepada tok empat (ketua kampung) dan pengurus untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi, tiada tindakan dan maklumbalasoleh pihak bertanggungjawab.
Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran
IHTIFAL PASTI ASY SYAKIREEN FELDA KG AWAH
Chenor(17.11.09) : Pasti Asy Syakireen & Pas Cawangan Felda Kg Awah telah bersama2 menjayakan Ihtifar Pasti Asy Syakireen bagi tahun 2009. Majlis ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan oleh penduduk sekitar.
Pelajar Pasti Asy Syakireen terdiri daripada 38 orang murid dan 3 Orang guru telah ditubuhkan kira2 12 tahun yang lalu dengan tujuan untuk mendidik kanak2 sekitar agar menjadi hamba Allah yang bersyukur dan beriman kepada ALlah dalam apa jua keadaan.Menurut kenyataan Ketua Pas Cawangan merangkap Setiausaha Pas kawasan Maran 2009/11, Encik Abdul Samad Abdullah, Sambutan penduduk untuk menghantar anak-anak belajar di Pasti Kg Awah dengan tidak mengambil kira fahaman politik dan taraf kehidupan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Pasti Maran. Antara yang hadir ke majlis berkenaan ialan Timbalan Pengarah Pasti Pahang, Ketua Guru2 Pasti Pahang, AJK Pas Kawasan maran, Pimpinan Pas Cawangan, ibubapa pelajar dan penduduk sekitar.

Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran
Tarbiyyah Perlu Dimantapkan - Kembalikan Kegemilangan Perjuangan Rasulullah S.A.W.
Chenor (14.11.09): Pas Kawasan Maran melalui Lajnah Tarbiyyah telah menganjurkan Liqa' Nuqabah peringkat Pas kawasan Maran yang melibatkan semua pimpinan pas kawasan dan cawangan. Sambutan sangat menggalakkan.
Menurut Ketua Lajnah Tarbiyyah iaitu Ustaz Murad, program ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan pimpinan dengan sistem tarbiyyah yang lebih sistematik dan beristiqamah. Dengan pemantapan usrah dan tarbiyyah di semua peringkat akan mmemperkasakan perjuangan pas untuk menegakkan daulah islamiah di begara ini.Selain itu juga, Lajnah tarbiyyah telah melakukan lawatan ke semua cawangan di Dun Chenor dan InsyaAllah dalam masa terdekat di DUn Luit dan Kuala Sentul. Ini adalah ebrtujuan untuk memberi kefahaman kepada semua ummat islam bertapa peripentingnya tarbiyyah dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah.
Majlis ini juga dihadiri oleh Ust Nakiri iaitu selaku Timbalan YangDipertua Dewan Ulama' Pas Negeri Pahang. Beliau menekankan usrah dan pentarbiyyahan ahli mengikut konsep yang diajar oleh para pejuang Islam seperti AsSyahid Syekh Hassan AlBana.
Pelbagai persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh peserta memeriahkan lagi suasana program. Semoa perjuangan yang diusahakan oleh pimpinan pas diredhai Allah.

Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran
