Tok Guru Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.
Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.
"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu
[MaranDaily mencabar pimpinan korup UMNO-BN untuk ikut cara Tok Guru jika RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bertapa mulianya sikap Tok guru yang menzahirkan rasa syukurnya Kepada Allah apabila dihindari daripada fitnah musuh ISLAM iaitu UMNO-BN. Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang berIman dan beramal soleh]
0 Responses to SIFAT MUSTAHIL BN...