Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

AJK Pas Maran Meninggal Dunia...

Berita drp: MaranDaily Ahad, 16 Mei 2010

allahyarham haji rabu tarimanMARAN: Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Maran, Haji Rabu Tariman,73 tahun meninggal dunia di Hospital Temerloh sekitar jam 9 pagi tadi akibat serangan stroke.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Maran, Mohd Khairul Ikhwan jenazah allahyarham Haji Rabu akan dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 20 selepas solat Jumaat ini.

Semasa hayatnya allahyarham pernah memegang jawatan sebagai bendahari PAS kawasan Maran selama 17 tahun. Allahyarham merupakan aktivis terawal membangunkan PAS kawasan tersebut. Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan seorang isteri.

Pemangku Yang Di Pertua PAS Maran, Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman ketika dihubungi Pahangkini.net sebentar tadi melahirkan rasa sedih diatas pemergian allahyarham sambil menyifatkanya seorang tokoh yang gigih berjuang.

”Allahyarham merupakan aktivis PAS yang sangat gigih. Kita kehilangan seorang tokoh yang amat berjasa kepada perjuangan Islam khususnya di kawasan Maran ini. Bagi pihak PAS Maran saya mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan berharap dapat bersabar atas kehilangan orang yang tersayang,” katanya. - pahangkini.net

{Al-Fatihah untuk Roh Arwah. Moga perjuangan yang dilakukan oleh arwah dalam usaha bersama2 PAS untuk menegakkan Syiar Islam di Pahang akan diRahmati Allah serta tergolong di kalangan pejuang2 Islam... ibnuhussin}

1 Responses to AJK Pas Maran Meninggal Dunia...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. innalillah wa inna lillahi rojiunn...
    moga roh arwah dicucuri rahmatNYA..
    salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah..

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang