Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Pastikan Anak-Anak Jemaah bersama Jemaah...

Berita drp: MaranDaily Selasa, 20 April 2010

MARAN: Ahli PAS perlu memastikan anak-anak mereka turut di libatkan secara aktif dalam kerja jamaah bagi memastikan berlakunya kesinambungan perjuangan yang menjadi tuntutan dalam Islam kata Pemangku Yang Di Pertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman.

Berucap dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan Maran, kali ke 30 di Surau Kampung Lanting, Chenor sebentar tadi Ramli turut mengingatkan ahli PAS agar sentiasa mengikuti majlis ilmu kerana proses tersebut boleh membentuk keperibadian contoh dalam masyarakat yang akan membantu usaha penerimaan risalah Islam yang disebarkan.

“Perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah perjuangan Islam yang benar. Semua kita tahu PAS memilih Islam sebagai dasar perjuangannya. Atas dasar kebenaran itu kita korbankan harta kita, kita sanggup korbankan jiwa kita tetapi kadang-kadang kita lupa kepada anak-anak kita.

”Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian supaya membawa anak kita terlibat secara aktif dalam program-program yang dianjurkan parti kita. Ada sesetengah dari kita yang membiarkan anaknya jauh dari jamaah, jangan sorok anak kita kerana merekalah sandaran dan harapan kita untuk meneruskan perjuangan.

”Begitu juga, kita perlu meneruskan budaya mencari ilmu termasuk hadir kuliah, hadir usrah, dan program lain kerana ia penting bagi proses membentuk keperibadian yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat, ini memudahkan masyarakat menerima kita dan dakwah kita,” katanya

0 Responses to Pastikan Anak-Anak Jemaah bersama Jemaah...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang