Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

UMNO Buat Tahi, Pas nak kene basuh...

Berita drp: MaranDaily Jumaat, 1 Januari 2010

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan mereka membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kes yang diputuskan tersebut adalah warisan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membatalkan perjanjian pada tahun 1975.

Menurutnya, rayuan itu akan dikemukakan pihaknya melalui Peguam Kanan Persekutuan dalam jangka masa yang terdekat dan yakin ia dapat diselesaikan dengan kaedah baik.

"Syarikat ini telah menerima konsensi dari Kerajaan Negeri sejak 25 julai 1964 perjanjian dimeterai di antara Kerajaan Kelantan di bawah Pas dengan Timbermine sebagai salah satu cara untuk membangunkan kawasan Hulu Kelantan.

“Namun semasa kerajaan BN memerintah Kelantan, pada 18 Mac 1975 mereka telah membatalkan perjanjian ini dan syarikat terbabit telah menyaman Kerajaan Negeri.

“Tetapi selepas itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tengku Ahmad Rithaudeen dan rundingan yang diadakan pada 12 Jun 1975 diselesaikan dengan baik dan Kerajaan Negeri bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mahkamah kelmarin yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar tuntutan ganti rugi sebanyak RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Negeri berkata, perjanjian tersebut melibatkan kawasan pembalakan seluas 204,095 hektar untuk tempoh 33 tahun dan dikurangkan kepada 112,000 hektar selepas rundingan pada tahun 1975 itu.

“Mereka berurusan dengan Kerajaan Negeri di bawah BN pada tahun 1982 sehingga 1989 kemudian 1990 kerajaan bertukar tangan dan syarikat sekali lagi telah menghantar tuntutan mereka.

“Akhirnya mereka memfailkan saman di mahkamah pada tahun 2004 dan semalam (kelmarin) mahkamah memutuskan mereka menang dan kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan,” katanya. Sinar Online

{Bila mengambil alih pentadbiran drp Kerajaan UMNO-BN, memang banyak tahi yang ditinggalkan. Kalau sekadar tahi, boleh basuh je..., tapi kalau ada penyakit, tu yang susah nak sembuh. Sambil berdoa kepada Allah, Nak kene mengadap doktor... tak jadi doktor kene jumpa tok bomoh... kalau tak juga nak kene minta air tawar & doa drp orang alim. InsyaAllah akan ok. Tapi ambil masa nak berubat. Kekadang penyakit yang tak jumpa dulu, skarang baru jumpa. Pening2...

Kata Tok Guru Nik Aziz, siang malam musuh Islam memikirkan cara untuk menjatuhkan Islam terutamanya negeri yang dipimpin oleh Pimpinan Islam yang berlandaskan Syariat. Musuh2 Islam ini ada di kalangan umat Islam sendiri yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi yang tersendiri. Inilah golongan munafik dan fasik.

Kuncu2 UMNO-BN tidak pernah henti menyerang kepimpinan Tok Guru, malah penyakit yang dibawanya sendiripun dakatakan berpunca daripada PAS. Inilah golongan "celaka" dan bakal mengundang bala Allah. Semoga Allah selamatkan pentadbiran Tok Guru di Bumi Kelantan... Amin}

6 Responses to UMNO Buat Tahi, Pas nak kene basuh...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. hal kecik macam tu pun tak boleh nak selesai..cerita nak memerintah dunia...balik2 nak cari salah orang lain...bila la islam nak maju


    celik IT

     
  3. pasmaran Says:
  4. buka nak cari salah, tapi memang bersalah... kerajaan Islam kelantan ada bukti... yng tandatangan memang ahli umno... MB UMNO... kenapa tak tepati janji... tu org munafik namanya...

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. Syukur kjaan UMNO dlu batalkan pnjanjian tu klu tak abis tgadai tanah kat orng asing..cuba bayangkan lebih kurang 120ribu ekar serah ker timberland..ingat sikit ko 120ribu ekar...suku dr klantan tu...PAS wat TAHI PAS la kene tnggung

     
  7. Tanpa Nama Says:
  8. oop kesil;apan bkan 120ribu ekar tapi lebih dri 120ribu HEKTAR...HEKTAR bukan EKAR...MAsyALLAH teruk kene gdai dlu

     
  9. pasmaran Says:
  10. Kita tunggu dan lihatbukti2 dan dokumen yang kerajaan Islam kelantan akan tunjukkan nanti...
    kita akan lihat sapa penandatangan...
    sapa yg nak gadaikan negeri serambi makkah kepada negara bukan Islam...
    Insyaallah... Allah akan tunjuk siapa benar antara Parti islam vs parti melayu

     
  11. kita tunggu dan lihat.

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang