Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Al-Fatihah Untuk Roh Gus Dhur...

Berita drp: MaranDaily Jumaat, 1 Januari 2010

Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69, yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu Indonesia Barat.

Setakat ini belum ada kenyataan dibuat mengenai sebab kematian beliau, namun sejak kebelakangan ini bekas presiden Indonesia itu telah beberapa kali diberikan rawatan di hospital itu kerana masalah kesihatannya.

Setiausaha peribadi Gus Dur, Sulaeman yang dipetik oleh agensi berita Antara berkata keadaan kesihatan Gus Dur semakin merosot hari ini dan telah dilawati seluruh anggota keluarga terdekat serta tokoh-tokoh pertubuhan Nahdatul Ulama (NU) di hospital itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melawat Gus Dur di hospital itu pada pukul 6.30 petang ini dan berada di situ selama setengah jam. Turut melawat beliau hari ini ialah menteri-menteri kabinet Indonesia.

Susilo akan mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Gus Dur, yang merupakan "Bapa Bangsa" Indonesia, kata Antara.

Pada kira-kira pukul 10 malam ini, jenazah Gus Dur telah dibawa keluar dari hospital itu untuk ditempatkan di kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan.

Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat dari 1999 hingga 2001, ialah pengasas Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), sebuah parti politik yang berasaskan Islam.

Beliau menggantikan Presiden B.J. Habibie setelah dipilih oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) hasil pilihan raya umum (Pemilu) 1999.

Dilahirkan pada 4 Ogos, 1940, di Jombang, Jawa Timur, Gus Dur antara lainnya mendapat pendidikan di Universiti Baghdad, Iraq di Fakulti Adad Jurusan Sastera Arab pada tahun 1966 hingga 1970, serta Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir di Fakulti Syariah dari tahun 1964 hingga tahun 1966.

Beliau meninggalkan seorang balu Sinta Nuriyah dan empat orang anak perempuan.

BERNAMA

{walaupun ia agak terlewat untuk diucapkan, Warga KRU LICT PasPaman Mengucapkan salam Takziah dan Al-fatihah untuk Keluarga AllahYarham & Roh beliau}

0 Responses to Al-Fatihah Untuk Roh Gus Dhur...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang