Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

NAZRI PATUT LETAK JAWATAN...?

Berita drp: MaranDaily Jumaat, 1 Januari 2010

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak akan bertanggung jawab terhadap kegagalan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hadir untuk pengundian meluluskan Bajet 2010, di persidangan Dewan Rakyat, 14 Disember lalu.

Katanya, tiada keperluan untuknya meletak jawatan seperti diminta Pergerakan Wanita UMNO kerana tidak bersalah terhadap insiden tersebut

"Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil-wakil rakyat yang tidak hadir (di Dewan Rakyat pada 14 Disember untuk pengundian meluluskan sesi bacaan ketiga Bajet 2010) perlu letak jawatan dan memohon maaf", kata kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Pergerakan Wanita UMNO yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kegagalan wakil-wakil Barisan Nasional (BN) hadir ke sidang Dewan Rakyat pada hari itu menunjukkan mereka tidak faham bidang tugasnya.

"Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap Kerajaan dan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh,” katanya

“Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan meletak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di Parlimen, Itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Jamelah A. Bakar, dalam kenyataannya kelmarin, meminta Nazri meletak jawatan ekoran kegagalan wakil rakyat BN hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010.

Mohamed Nazri berkata, jawatan Ketua Whip BN disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Katanya, kesalahan tidak seharusnya diletakkan dibahunya, sedangkan wakil rakyat yang tidak hadir dan sesuka hati bercuti sewaktu sidang Dewan Rakyat berlangsung.

“Sekiranya saya yang bersalah dalam hal ini, pastinya pihak pembangkang terlebih dahulu menghentam saya, tidak perlu tunggu sehingga Wanita UMNO melakukannya, bekas Ketua Wanitanya (Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar) juga tidak hadir,” katanya.

Ditanya adakah surat tunjuk sebab diberikan kepada wakil rakyat yang tidak hadir, Mohamed Nazri berkata, keputusan itu bergantung kepada Muhyiddin sebagai Ketua Whip.

Sebelum ini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamalia Ibrahim, turut mendesaknya meletak jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kes itu. SinarOnline

{Inilah kesan doa tok guru, antara sesama musuh bergaduh dan bertikam lidah. Wanita UMNO kata Nazri patut letak jawatan... idea ni memang patut dan nazri memang tak layak jadi menteri. Tun Mahadhir pernah kata, nazri sudah tak relevan dengan UMNO lagi malah sifatnya yang tak matang dan tak cerdik. Wanita UMNO memang banyak pengaruh terutamanya dalam menyesatkan rakyat kepada anti-Islam dan same je dengan Nazri.

Kalau semua YB UMNO-BN letak jawatan, semakin dekatlah Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah Malaysia. Rakyat pasti akan suka dan Kebajikan Rakyat akan diutamakan. Semoga satu persatu ikatan musuh akan terburai dan akhirnya berkubur tanpa nisan. Semoga Allah mengizinkan golongan Cintakan Islam memimpin negaraku Malaysia}

0 Responses to NAZRI PATUT LETAK JAWATAN...?

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang