Bermalam di kebun elak getah dicuri
Mereka terpaksa bermalam di pondok dalam kebun getah sekurang-ku�rang�nya dua kali seminggu bagi menunggu getah mereka bimbang dicuri.
Senario ini sudah biasa dalam kalangan penduduk setempat. Malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.
Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.
Menurutnya, bagi yang mempunyai kebun getah berkeluasan dua hektar mampu meraih pendapatan RM400 hingga RM500 seminggu, malah ada yang lebih.
“Dalam keadaan harga getah mahal, kes curi getah berlaku di mana-mana. Di kawasan ini pun kerap berlaku curi getah, kami terpaksa menunggu dan membuat pondok.
“Sejak kami melakukan rondaan, kes kecurian ini semakin berkurang,”
“Tapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana dalam seminggu sekurang-kurangnya ada satu kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ismail berkata, dia mula menoreh bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi setiap hari sebelum berehat di pondok dan meninjau kebun pada sebelah petang.
Katanya, pada sebelah malam, dia terpaksa meronda bersama rakan dan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bermalam di kebun getah.
Sementara itu, rakannya pemilik kebun bersebelahan Nawawi Kassim, 64, berkata, dia tidak bermalam di kebun getah sebaliknya kerap meronda bagi menjaga hasil daripada dicuri.
“Kadang-kadang kasihan juga melihat penduduk kampung yang penat menoreh dua tiga hari tiba masa untuk menjual getah tiada.
“Perkara ini sudah biasa bagi penduduk kampung, saya berulang alik dari Kampung Buntut Pulau bagi memastikan getah tidak hilang,” katanya.
Nawawi berkata, dia mendapat tahu harga getah akan naik di pasaran, sepatutnya penoreh gembira tetapi perlu berjaga-jaga kerana pencuri pun akan berleluasa. SINAR
{mencuri getah buku kian menjadi2 akhir2 ini. Dengan harga getah mencecah RM 5/kg menyebabkan remaja & non-remaja yang lemah agama mula belajar & mempraktikkan semula ilmu2 mencuri getah buku yang dikatakan berpotensi tinggi untuk mendapatkan keuntungan segera. Masalah ini berlaku di mana2 sahaja. Kat Chenor, Pahang, masalah ini sudah biasa didengari terutamanya semasa harga getah melambung tinggi. Sampaikan tidur pun dalam kebun.
Apa yang nak dikongsi oleh saya, janganlah sampai kita menjadi hamba dunia. Ibadah Sunnat mula ditinggalkan, Ibadah wajib mula disisihkan. Beringat2lah sebelum datang kemurkaan Allah. Semua orang mungkin melakukan kesilapan, pencuri dengan mencurinya. Penoreh mula melupakan Allah dengan meninggalkan solat. Akhirnya, bala dan kemurkaan Allah akan menimpa. Na'u Zubillah. Sentiasalah bersyukur kepada Allah}
0 Responses to JANGAN JADI HAMBA DUNIA...