Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Teringat Sahabat Seperjuangan...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 30 Januari 2010

Ditulis oleh: Ketua Pas Cawangan Bukit Kening, Chenor.

OPERASI MENCARI & MENYELAMAT KETUA PEMUDA PAS CAWANGAN BUKIT KENING

Walaupun Arwah Mohd Khalil bin Khanurdin 23 telah hampir seminggu berlalu, tetapi terasa seperti semalam baru bersama beliau. Ini menyebabkan kewujudan arwah masih dirasai oleh sahabat-sahabat seperjuangan & ahli keluarga.

22 januari 2010(Jumaat), jam 2.30ptg beliau bersama ayah & adik bongsunya pergi ke sungai untuk menangkap ikan (peranyut jaring) di pantai batu bor, sungai pahang. Pada peringkat awalnya, hanya ayahnya bersama beberapa orang penduduk kampung memasang jaring untuk dihanyutkan ke sungai pahang.

Oleh kerana beliau telah biasa menjaring ikan, maka beliau mengambil keputusan untuk turut sama dalam aktiviti menjaring bersama ayahnya dan penduduk kampung. Perbuatan beliau disedari oleh ayahnya dan sekadar memerhati sahaja memandangkan beliau telah biasa dengan aktiviti tersebut.

Dengan kehendak Allah, beliau hilang dari pandangan ayahnya dan penduduk kampung setelah ayahnya menyedari jaringnya hanyut dan tersangkut pada jaring ayahnya.

Maka bermulalah operasi mencari oleh pemuda2 & penduduk kampung. Pukul 4 ptg pula disusuri operasi oleh rela, polis & JPA3.

Semasa keadian saya berada di Temerluh kerana urusan jemaah. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya menerima panggilan daripada Ketua Penerangan Cawangan iaitu Saudara Zul yang mengatakan KP hilang di sungai. Maka, saya bergegas ke tempat kejadian.

Sesampai di sana, saya berjumpa dengan SU Cawangan Cikgu Hj berbincang berkenaan dengan peranan & tanggungjawab cawangan untuk membantu dalam operasi ini. Maka keputusan diambil dengan pelancaran "Tabung Bencana" yang diketuai oleh Bendahari Cawangan & tubuhkan "Team Penyelamat & Operasi" yang diketuai oleh Saudara Zul. Manakala Timbalan Ketua Cawangan Ustaz Din sebagai mengetuai Solat Hajat dan bermunajab kepada Allah.

Pada Malamnya, saya bermesyuarat di Balok, Kuantan berkenaan Konvensyen ICT yang akan berlansung keesokan harinya. Saya terus tinggal di Balok sehingga keesokan harinya. Manakala operasi di sungai masih diteruskan.

23 jan 2010(sabtu), operasi masih diteruskan. Operasi ini melibatkan Marin yang melakukan selaman di sekitar lubok tempat dikatakan beliau mula-mula hilang. Pas Cawangan telah menanggung hampir RM1k untuk membeli minyak kepada petugas yang mencari & penyelamat. Wlaupun pelbagai cerita dan spekulasi timbul, ahli jemaah ettap memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa.

24 jan 2010 (ahad), operasi mencari masih diteruskan. Klai ini melibatkan kawasan yang luas iaitu menghala ke muara sungai. Alhamdulillah, jam 11 pg ahli jemaah telah menemui jasad beliau di sebuah pulau sungai pahang, berhadapan Perkampungan Pesagi, Chenor iaitu kira2 30km dari tempat beliau jatuh. Jenazah telah dikenalpasti oleh keluarga mangsa dan di bawa ke hospital Temerloh.

Jam 6.00ptg, majlis pengkebumian berjaya diselesaikan di tanah perkuburan Kampung Sebelah.

Selaku Ketua Pas Cawangan Bukit Kening & Ahli Pas Caw Bukit Kening mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung & tak langsung dalam operasi mencari arwah sehingga ditemui. Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal salih. Amin.

Ketua Pas Cawangan Bukit Kening 2009/11

0 Responses to Teringat Sahabat Seperjuangan...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang