Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 30 Januari 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan, DR Hasan Ali Diberi Amaran

SHAH ALAM, 29 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Disiplin PAS pada Jumaat memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad digantung selama enam bulan daripada jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik Pusat, berkuatkuasa Jumaat.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula diberi amaran bertulis.

Kedua-dua mereka didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bermesyuarat petang tadi di ibu negara, menurut laporan HarakahDaily.

Laporan itu juga berkata Khalid yang berada di luar negara ketika dihubungi mereka berkata beliau menerima keputusan jawatankuasa disiplin itu dan akan merayu dengan segera terhadap hukuman yang dikenakan ke atas beliau.

Sementara itu HarakahDaily melaporkan Hasan menerima keputusan jawatankuasa disiplin dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya," kata Hasan.

Laporan akhbar sebelum ini berkata Khalid dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana didakwa tidak menghormati Hasan apabila meminta Pesuruhjaya PAS Selangor itu meletakkan jawatan dan bertindak bertentangan dengan dasar parti manakala Hasan pula didakwa tidak sehaluan dengan dasar Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa itu memulakan siasatan terhadap mereka berdua selepas satu mesyuarat khas November lepas.

{tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah S.A.W. Oleh itu, dalam meneruskan kelansungan perjuangan, pelbagai cabaran yang perlu di hadapi samada secara peribadi atau bejemaah. Dalam keadaan keasyikan berjuang, kekadang kita lupa akan dasar perjuangan menyebabkan kita perlu diberi peringatan dan teguran. Anggapkah peringatan ini adalah teguran daripada Allah untuk kebaikan semua}

1 Responses to HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN...

  1. pasmaran Says:
  2. Semoga masalah ini tidak berulang lagi

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang