Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

MB Pahang terima memorandum generasi kedua Felda

Berita drp: MaranDaily Khamis, 19 November 2009

Sumber: sidangonline
Kesanggupan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menerima memorandum daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada 17 November lalu barangkali boleh dianggap sebagai ‘cahaya di hujung di terowong’ kepada entiti tersebut dalam meneruskan kehidupan di hari-hari muka.

Ini disebabkan nasib, permasalahan dan kedudukan serta masa depan generasi kedua Felda itu yang selama ini seolah-olah tidak dipedulikan sangat walhal mereka merupakan jumlah yang besar dan boleh menentukan kedudukan tanah Felda yang diusahakan ibu bapa mereka.

Rombongan seramai 8 orang bagi menyerahkan memorandum tuntutan di pejabat menteri besar di Wisma Sri Pahang, Kuantan itu diketuai Presiden Anak, Mazlan Aliman sendiri selain Ketua Pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad dan AJKnya Fadzil Noor dan beberapa anak peneroka Felda negeri Pahang.

“Kami diterima dengan baik oleh menteri besar malah beliau sendiri berjanji akan meneliti memorandum kami dan berusaha memenuhi tuntutan yang diutarakan walaupun tidak memberi jaminan,” kata Mazlan selepas selesai menyerahkan memorandum tersebut.

Sikap profesional Adnan yang bersedia menerima memorandum Anak dan mendengar permasalahan daripada anak peneroka Felda Selanchar turut dipuji Suhaimi Saad.

Menurut Mazlan, Pahang merupakan negeri pertama dalam road-show Anak menemui ketua-ketua kerajaan negeri bagi memperjuangkan nasib generasi kedua Felda.

Rasionalnya road-show tersebut bermula dari Pahang kerana negeri ini menempatkan kawasan Tanah Rancangan Felda paling luas iaitu hampir 40 peratus daripada rancangan Felda seluruh negara. Terdapat 43,123 orang peneroka dalam 115 Felda di seluruh Pahang dengan anggaran lebih 200,000 generasi kedua di negeri ini sahaja.

Antara dilema generasi kedua Felda ini ialah tidak diiktiraf dan diberi hak sepenuhnya mewakili ibu bapa. Ini disebabkan penubuhan Felda itu sendiri tertakluk di bawah Group Settlement Act (GSA) 1960 sehingga tidak memberikan mereka kuasa meskipun mereka merupakan pewaris. Dengan demikian menyebabkan kedudukan mereka hanya sebagai anak kepada peneroka namun tidak diberikan apa-apa hak berkaitan tanah yang diusahakan.

Generasi kedua juga terabai selama ini tanpa komitmen Felda dalam soal tanah, rumah dan kerjaya mereka. Sedangkan terdapat 1,427 lot-lot kosong di seluruh negara dengan keluasan 353,245 hektar tanah ladang tanpa peneroka tetapi lot-lot kosong itu diisi dengan generasi kedua sebaliknya diserahkan kepada Felda Plantation.

Ini membuktikan pihak berkuasa tidak berminat untuk membela nasib dan masa depan generasi kedua dan ketiga Felda. Seolah-olah matlamat asal Felda ditubuhkan dahulu hanya terhenti setakat generasi pertama sahaja.

Apakah kerajaan tidak pernah memikirkan bahawa para peneroka juga sepert manusia lain berkelamin dan beranak-pinak?

Bagi yang bermastautin di Felda pula masih terpaksa menumpang kediaman ibu bapa meskipun sudah berkeluarga sendiri. Ini disebabkan tiada kemudahan pinjaman perumahan. Dengan keuntungan yang diraih Felda melebihi RM2 bilion setahun, sepatutnya agensi yang kaya melalui hasil titik peluh peneroka itu tidak mengabaikan kebajikan generasi kedua.

Begitu juga dengan kebajikan sosial yang lain. Malah dengan perolehan sebanyak itu, jika Felda prihatin sedikit sepatutnya banyak membantu generasi kedua dalam perniagaan, latihan dan kemahiran.

Graduan generasi kedua juga kurang diberi peluang dan saluran untuk menyumbang idea dan berbakti di Felda. Keadaan ini membuatkan mereka mencari peluang di luar. Akibatnya tinggallah golongan yang memiliki pencapaian rendah dalam pendidikan formal dan inilah punca bersarangnya semua penyakit sosial di Felda seperti lepak penyalahgunaan dadah, samseng, berjudi, rogol, rempit dan sebagainyanya. Sedangkan generasi kedua yang berkualiti bekerja di luar tanah rancangan.

Lima tuntutan Anak

Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, terdapat lima tuntutan dalam memorandum Anak kepada Menteri Besar Pahang.

Pertama, memberikan lot tanah kosong di Felda bagi perumahan generasi baru. Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua.

Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.

Kedua, batalkan Felda Plantation. Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut.

Ketiga, naiktarafkan penempatan Felda yang telah mendapat hak milik. Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak.

Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau.

Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan jaminan masa depan lebih baik.

Tangani gejala sosial

Keempat, menangani gejala sosial. Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut.

Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata.

Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan.

Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya pada ketika ini.

Kelima, perbanyakkan peluang pendidikan dan kemahiran.
Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas da TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi.

Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik.

Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara.

Matlamat awal ‘satu Felda satu produk pendidikan/kemahiran’ mungkin suatu perintis ke arah melahirkan lebih ramai belia Felda yang berdaya saing.

[kerajaan UMNO-BN sekarang sangat tertekan apabila rakyat di seluruh negeri telah telah cerdik dan mudah mendapatkan maklumat yang benar dan cepat. Kalau dulu, kerajaan UMNO-BN dapat melakukan penindasan dan penipuan terhadap rakyat dengan sesuka hati, kini maklumat mudah untuk diketahui oleh rakyat, malah kelemahan dan kejahilan pimpinan UMNO-BN kian terserlah. Generasi ke-2 Felda pula memberi tekanan kepada kerajaan agar berlaku adil terhadap mereka. Ini merupakan petunjuk +ve bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU 13 nanti.]

0 Responses to MB Pahang terima memorandum generasi kedua Felda

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang