Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Mahkamah Rayuan vs Mahkamah Tinggi

Berita drp: MaranDaily Rabu, 25 November 2009

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperoleh perintah penangguhan terhadap perintah pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.

Berikutan keputusan itu, SPR tidak akan mengeluarkan writ pilihan raya kecil Kota Siputeh hari ini.

Ini bermakna, pilihan raya kecil Kota Siputeh tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat ini berikutan mahkamah terlebih dahulu akan mendengar rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong serta beliau bukan lagi wakil rakyat BN yang sah di kawasan itu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Sulong Mat Jeraie memutuskan wujud keadaan istimewa/luar biasa untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut.

Turut bersidang Hakim Datuk Abd Aziz Abdul Rahim dan Datuk Kang Hwee Gee.

Mahkamah bersetuju dengan pendapat Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said sekiranya penangguhan itu ditolak, SPR harus mengadakan pilihan raya yang mana ia akan melibatkan perbelanjaan tinggi.

Kamaluddin berkata, berlaku pembaziran dana rakyat sekiranya diadakan pilihan raya tersebut kerana ia melibatkan tuntutan kewangan bukan sahaja kepada SPR tetapi juga melibatkan polis dan agensi kerajaan lain.

[sistem perundangan di negara ini dah sampai nyanyuk macam mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahadhir. Sekejap ok, banyak x ok. keadaan macam ni menimbulkan keraguan yang teramat besar kepada rakyat bahawa pengamal & penegak undang2 di negara ini sudah tidak releven lagi, malah banyak dipengaruhi oleh orang politik yang tak berapa cerdik.

Kalaulah semua keputusan mahkamah tinggi dipertikaikan dan boleh di sanggah balik, maka tak ada gunanya ada mahkamah tinggi, biar satu mahkamah je iaitu Mahkamah Persekutuan. Letak pulak Yang DiPertuan Agong sebagai hakim. Mesti takdde sape lagi yang boleh pertikai kat Malaysia ni.

Keputusan petang semalam tak pelik sangat, cuma terkejut sikit sebab Masih ada hakim2 Yang Teramat Arif yang dipengaruhi oleh orang politik yang tak berapa cerdik. Macam manalah agaknya bila berhadapan dengan Hakim Yang Maha Agung Lagi Adil iaitu Allah di Padang mahsyar nanti...? Semoga manusia2 durjana ini akan mendapat pembalasan yang setimpal.

Walau bagaimanapun, kepada pejuang2 pas (Islam) perlu bersedia dari semasa ke semasa kerana pesan tok guru " musuh tok jemu menyerang kita (pimpinan & ahli pas) selagi kito nok tegokkan Islam di bumi Allah".]

0 Responses to Mahkamah Rayuan vs Mahkamah Tinggi

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang