Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Pemuda PR tubuh sekretariat PRU ke-13

Berita drp: MaranDaily Rabu, 25 November 2009


TEMERLOH – Pemuda barisan Pakatan Rakyat (PR) Pahang berusaha membentuk kerjasama mantap dengan menubuhkan sekretariat bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam pertemuan bersama yang diadakan selepas mesyuarat, ketiga-tiga sayap pemuda PR itu berpendapat Pas, DAP dan Keadilan perlu bergerak bersama dan saling membantu mengukuhkan PR.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang, Sharil Azman Abdul Halim berkata, Pakatan Rakyat berhadapan dengan lawan sama iaitu Barisan Nasional (BN), jadi mereka perlu bergerak bersama.

“Kekuatan dan kelebihan yang ada ketiga-ketiga parti itu akan membantu mengukuhkan PR di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sharil Azman berkata, kesepakatan ketiga-tiga anggota komponen akan memberi nilai tambah kepada rakyat supaya lebih yakin dengan kemampuan mentadbir urus negeri.

Katanya, penggabungan itu akan membantu menjimatkan kos tanpa mengurangkan kekuatan parti.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Rizal Jamil berkata, mesyuarat itu berjaya membantu ketiga-tiga cabang parti mengenal pasti beberapa aspek yang perlu diberi perhatian segera seperti isu penyampaian maklumat kepada golongan sasar.

Sehubungan itu, satu majlis pelancaran rasmi penubuhan sekretariat dirancang diadakan dalam masa terdekat.

Wakil DAP, Choo Siew Onn berkata, DAP menyambut baik penubuhan sekretariat PR Pahang memandangkan di peringkat pusat sudah wujud sekretariat seumpamanya.

“Dengan penubuhan sekretariat ini diharap akan bantu melicinkan gerak kerja PR terutama Pemuda,” katanya.

Difahamkan mesyuarat juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal yang akan perhalusi segala isu untuk dibincang dan dilaksanakan Pemuda.

[InsyaAllah, jika kerjasama yang mantap dan berterusan ini dikekalkan akan memberi kelebihan yang banya kepada PR terutamanya dalam menamatkan kekuasaan politik kotor yang telah dibawa oleh UMNO-BN sejak 52 tahun lalu.

Masyarakat Cina, India dan lain2 bang telah menaruk kepercayaan kepada Pimpinan Pas untuk menerajui PR terutamanya dalam menghadapi PRU 13. Malah, Pemuda PR juga akan mampu memulihkan sokongan pemuda di peringkat akan umbi setelah tergugat pada PRU 12 yang lepas akibat gula2 beracun yang ditabur oleh UMNO-BN]

0 Responses to Pemuda PR tubuh sekretariat PRU ke-13

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang