Pimpinan Pas Kawasan Maran mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Ust Mujib iaitu anak Mantan YDP Pas Kawasan Maran (Tn Guru Hj Baqi) kerana telah menamatkan zaman bujangnya dengan muslimah dari Kg Dabong, Kelantan pada 17 Okt 2009 yang lepas.
Kenduri kesyukuran telah berjaya dilaksanakan secara sederhana dan penuh kemeriaan dan dihadiri penduduk setempat dan jemaah pas semalam bertempat di Rumah Tn Guru Hj Baqi iaitu di Pondok Lanting selepas solat isyak.
Tinjauan Ketua Lajnah ICT PasMaran mendapati 2 khemah yang disediakan penuh dengan jemaah dan "pengantin baru" sibuk melayan tetamu yang hadir. Doa dan harapan agar Ustaz Mujib & Zaujahnya berbahagia selamanya dan selamat menempuh alam rumahtangga dengan penuh kenikmatan iman dan Islam.
0 Responses to Selamat Pengantin Baru - Ust Mujib