Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Pesanan Naib Presiden Pas Untuk Semua...

Berita drp: MaranDaily Selasa, 20 Oktober 2009

Chenor (19.10.2009): Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang iaitu Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan tokoh pejuang yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam perjuangan. Dengan berbekalkan Al-Quran & Sunnah, maka serata pelusuk tanah air dijelajahi untuk memberi kefahaman dan maklumat berkenaan perjuangan Islam, sejarah keagungan Islam dan seruan jihad yang tidak berpenghujung untuk menegakkan Syiar Islam di bumi Allah.

Masjid At-Taqwa Kg Awah dengan kerjasama AJKnya telah menjemput Ustaz Tn Ibrahim menyampaikan tazkirah maghrib. Dalam kulianya, Ustaz Tuan telah menekankan beberapa aspek penting kepada kita sebagai hamba dan khalifah Allah dalam menguruskan hidup dan kehidupan.

Kekalahan Pas di Bagan Pinang sedikit sebanyak menjejaskan pandangan umum terhadap perjuangan Islam terutamanya dalam memberi kefahaman dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat tentang peripentingnya pengorbanan dan sokongan ummat Islam dalam menegakkan hukum Allah sebagai AdDin iaitu cara hidup seharian. Walau bagaimanapun, semangat juang para pejuang yang bersama Pas tidak pernah luntur dan akan terus berusaha memenangkan Islam di Bumi Malaysia.

Antara sifat yang dibenci oleh Allah adalah seperti orang yang sombong, suka menyebarkan maklumat palsu dan bersaksi dengan kedustaan. Manusia2 seperti ini akan mendapat kehinaan di sisi Allah. Tempat yang paling sesuai ialah Neraka. (Na'uzubillah).

Ust Tuan mengingatkan kepada ummat Islam agar mendokong perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Malah, perjuangan itu boleh dizahirkan dengan proses perjuangan Pas dalam menegakkan hukum Allah di Malaysia melalui proses pilihanraya.



Shamsueri LiCT PasMaran

0 Responses to Pesanan Naib Presiden Pas Untuk Semua...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang