Maran (04.10.09): Pas Kawasan Maran melalui Jawatankuasa Dana Bangunan telah menganjurkan Majlis Makan Malam sambil Menderma untuk membeli bangunan baru Pas Kawasan Maran bertempat Maran Hill Golf Resort.
Pas Kawasan Maran mensasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya RM 15,000.00 pada malam tersebut. Tetapi, ia di luar jangkaan apabila kutipan melebihi RM 30,000.00. Terima kasih kepada semua Ahli Pas dan penderma yang terlibat secara lansung atau tak langsung.Dalam ucapannya, Ustaz Yusof telah menekankan bahawa ganjaran Allah sangat besar bagi dermawan terutamanya untuk kegunaan 'fi sabilillah'.
Dalam majlis tersebut, Timbalan Pesuruhjaya telah merasmikan Infak Tabung Dana Bangunan Pas Kawasan Maran yang disasarkan akan mengumpul sekurang-kuranya RM 240,000.00.




0 Responses to Majlis Makan Malam Amal PasMaran Dapat Sambutan Hangat