Sejak dulu... kini dan selamanya, musuh-musuh Islam mencari helah dan mengatur strategi untuk memecah belahkan ummat Islam daripada menegakkan Syiar Islam dan menjadi pentadbir di muka bumi ini.
Oleh itu, tidak hairanlah kalau perjuangan Pas diserang bertubi-tubi dari segenap penjuru oleh UMNO dan kuncu-kuncu BN bagi mengelak Syiar Islam dinobatkan dengan seagung-agungnya. Kalau tak menyerang islam, bukan UMNO namanya.
Akhir2 ini, kita dikejutkan dengan isu yang telah diputar belitkan oleh media BN dan kuncu2nya berkenaan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz berkenaan dengan kenyataan media dalam Blognya (http://www.blogtokguru.com) yang bertajuk "Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?".
Kalau dilihat tajuk, pendapat kanak2 yang belum baligh akan mengatakan perkara ini sangat mengemparkan kerana ada perkataan 'luarbiasa'. Tapi, kalau yang bersekolah menengah akan tanya, kenapa ada '?' di penghujung tajuk... Kalau budak 'u' akan pecahkan tafsiran tajuk kepada beberapa bahagian yang mungkin kita tak terfikir... (detailnya akan kembali secara realiti atau maya)
Kalau dibaca beberapa kali dan diselangi dengan doa kepada Allah agar diberi kefahaman, maka kita akan bersetuju dengan cadangan Tok Guru tanpa kita berprasangka terhadap Presiden Pas dan pimpinan yang lain. Ini kerana, pendapat dan pandangan alim ulama' ini ada hikmahnya yang kita manusia biasa sukar untuk memahami dalam jangka masa yang singkat.
Secara ringkas, adakah zalim Allah krn menegur Rasulullah melalui ayat2 Al-Quran sedangkan Allah lebih mengetahui bahawa Al-Quran itu akan menjadi panduan sepanjang zaman. Ini juga akan menyebabkan berlaku keaiban Rasulullah sepanjang zaman bagi orang2 yang tidak memahaminya.
Oleh itu, ringankan tekanan minda kita daripada menuduh Tok Guru yang bukan2 sehinggakan bukan kenyataan tersebut yang memecahbelahkan perjuangan Islam, tapi kita yang cetek ilmu serta cepat berlatah sehinggakan kita tergolong daripada musuh2 agama Allah (na'uzubillah)
Oleh itu, kuatkanlah tarbiah diri sendiri, keluarga, jemaah caw., kaw., negeri dan pusat agar debu2 racun daripada musuh tidak mampu mengorbankan jiwa2 pejuang yang telah bersatu hati dengan syiar Islam.
Syiar Islam hanya akan ditegakkan oleh tangan2 yang bersih dan jiwanya hanya kerana Allah.
Takbir 3x
Allahuakhbar 3x
Catatan Dhuha april 2019
6 tahun yang lalu
0 Responses to Fahami teks Tuan Guru berdasarkan Disiplin Ilmu Islam...