Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Dr Asri tanya 7 soalan kepada PAS

Berita drp: MaranDaily Rabu, 28 Oktober 2009

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin turut cuba menganalisis ‘ribut dalam cawan kopi’ PAS pada masa ini dengan bertanyakan 7 soalan:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Mengenai krisis dalaman PAS kini, bekas pensyarah USM Pulau Pinang itu berpendapat, ia amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Seperti tersiar dalam laman mStar, bisikan tersebut, kata Asri, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja. Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius.

“Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS,” katanya.

Jelas Dr Asri, meskipun beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun beliau akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik.

Ini, katanya, bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

“Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

“PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung,” jelasnya dalam kiriman emel sebentar tadi.

Walaupun demikian, Dr Asri berharap antara hikmah kejadian yang berlaku ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.

“Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

“Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata,” kata tokoh agama yang disegani ini.

Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul.

Rujukan: sidangonline

"Persoalan dan pandangan Dr Asri ini sesetengahnya baik untuk dinilai dan diperhalusi oleh jemaah PAS terutamanya pimpinan-pimpinan tertinggi. Ini bukan bermaksud untuk menjatuhkan pas ke kancah isu-isu sensetif, tetapi persiapan dan bersediaan kita dalam menghadapi serangan musuh-musuh perjuangan yang tak berpenghujung. Islam akan tertegak di tempat yang tinggi, cuma menunggu masa jemaah Islam mengatur strategi yang rapi dan perancangan yang berlandaskan syariat ALlah serta usaha yang jitu dan berterusan."

"Peranan pemimpin peringkat negeri, kawasan dan cawangan perlulah dimainkan dengan penuh berilmu dan berhikmah agar perjuangan pas difahami masyarakat dan Islam diterima oleh semua kaum."


0 Responses to Dr Asri tanya 7 soalan kepada PAS

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang