Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

“RAMADHAN” PENYATUAN UMMAH

Berita drp: MaranDaily Isnin, 14 September 2009

Chenor: Ramadhan Al-Mubarrak membawa pelbagai keberkatan dan pentarbiahan kepada ummat Islam terutamanya dalam mencapai titik persamaan mengikut Syariat dalam masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan darjat.

Kesaksamaan ini memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat apabila Pengerusi JKKK Bukit Kening(Ketua UMNO Cawangan) iaitu Razali Bakar mampu duduk semeja dengan Ketua Parti Islam Semalaysia (Pas) Cawangan Bukit Kening iaitu Mohd Shamsuri Hussin bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Kampung RPSB Bukit Kening di Masjid At-Taqwa Bukit Kening pada 12 September 2009(Sabtu).

Melaui pemuafakatan dan persefahaman dalam menghayati Ramadhan ini, semua penduduk Bukit Kening dikerahkan untuk menjayakan majlis tersebut. Manakala AJK Masjid telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan majlis tersebut kira-kira RM 3,000.

“Semoga program seperti ini dapat dirancang dan dilaaksanakan dari semasa ke semasa terutamanya dalam menyatukan umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan darjat.” Shamsuri.

Manakala Pengerusi JKKK Razali Bakar mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan daripada semua serta penghargaan tidak terhingga kepada penduduk Kampung bukit Kening tanpa mengira fahaman politik dalam menjayakan majlis berbuka puasa ini. InsyaAllah, majlis ini akan diteruskan dan dijadikan program tahunan di Masjid At-Taqwa Bukit Kening.

Ummat Islam sememangnya boleh bersatu dan mencapai persetujuan bersama dalam segala hal apabila Al-Quran dan Sunnah dijadikan rujukan utama di samping pengukuhan oleh pandangan-pandangan ulamak yang muktabar. Oleh itu, Penduduk Kampung RPSB Bukit Kening mengucapkan “Selamat Berpuasa dan tingkatkan ibadah di 10 terakhir serta Selamat Hari Raya Idul Fitri”

0 Responses to “RAMADHAN” PENYATUAN UMMAH

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang