“Keangkuhan Pengerusi JKKK Pesagi terserlah apabila menganaktirikan rakyat pahang yang hanya dibezakan dengan daerah dan kampong sahaja”. Shamsuri
Saya sangat terkilan dan kecewa dengan kenyataan Pengerusi JKKK Pesagi iaitu Abd Rahim Yaakob melalui laporan Sinar Harian bertarikh 13 September 2009 yang menjawab berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh anak mukimnya sendiri. Beliau bersikap tidak professional dan tidak adil dalam pentadbirannya sebagai Pengerusi apabila menganaktirikan rakyat pahang yang berhijrah ke kampunnya.
Kalaulah anak pahang sendiri disisihkan daripada bantuan di dalam daerah Pahang sendiri, macam manalah nasib musaffir yang datang dari negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan lain-lain?. Bertapa malangnya penduduk yang berpengerusikan JKKK seperti Pesagi.
Setahu saya, untuk melayakkan seseorang itu bertaraf pemastautin di Negara ini ialah 10 tahun. Sedangkan Harun bin Zainuddin telah menetap di Pesagi melebihi 20 tahun. Secara warasnya, dia layak mendapat apa yang diperolehi penduduk setempat, malah ia adalah tanggungjawab pimpinan setempat dalam membantunya untuk hidup normal seperti orang lain.
Dalam menghayati suasana dan perasaan En. Harun, saya bersama TYDP Pas Maran (Ust Ramli), Pengerusi Lajnah ICT Pas Kawasan Maran dan Pimpinan Pas Caw. telah membuat lawatan dan memberi sumbangan sekadar mampu. Amat menyedihkan kerana En. Harun telah dianaktirikan di negeri sendiri. Harap Yang Berhormat (YB) Chenor & Maran dan Kerajaan Pahang ambil perhatian perkara ini agar ia tidak memalukan pimpinan yang sedia tercalar.
0 Responses to PIMPINAN TIDAK BERHATI RAKYAT