Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

RUMAH MESRA RAKYAT PPRT CHENOR - INDAH KHABAR DARI RUPA

Berita drp: MaranDaily Ahad, 6 September 2009

Chenor (06.09.09): Bertapa bertuahnya rakyat di Chenor apabila Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB DS Najib Tun Razak sudi berkunjung serta merasmikan Perumah Rakyat di Seberang Chenor pada 3 Sept 2009 lepas. Sikap ini adalah wajar dan sememangnya adalah tanggungjawab bagi setiap pemimpim yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat dan bukan sekadar untuk menunjuk2.

Di samping lawatan beliau ke Chenor, pelbagai aktiviti2 yang mengambarkan "keperihatinan" PM kepada rakyat dilaksanakan seperti Majlis Ramah Mesra bersama rakyat dengan bersama2 berbuka puasa di Masjid Jamek Chenor. Ini menyebabkan pelbagai persiapan dijalankan di masjid tersebut seperti membesarkan jalan masuk ke masjid, menukar karpet baru, menukar langsir baru dan pelbagai lagi yang diindahkan semata2 untuk menyambut ketibaan PM. Alangkah bertuahnya rakyat apabila setiap tempat dihadiri oleh PM dan pelbagai prasarana dan kemudahan baru rakyat dapat terima. Tetapi, adakan ini hanya dilakukan berdasarkan agenda2 tertentu sahaja?

Antara perkara penting yang dilakukan oleh PM ialah melancarkan Perumahan Rakyat PPRT yang berjumlah 20 buat dan terletak di Hub Pembangunan Chenor iaitu Chenor Seberang. Alangkah bertuahnya rakyat yang mendapat kemudahan rumat tersebut yang lengkap dengan peralatan rumah seperti kerusi sofa, meja makan, almari dan perabot bilik. Tapi, perasaan bersahajalah bagi rakyat yang tidak menerima apa2 dan sedih tak terhinggalah bagi yang dipinggirkan sedangkan dia layak menerima.

Setelah dua hari berlalu, ujian Allah akibat kehadiran PM telah dirasai oleh penduduk yang menginap di perumah PPRT tersebut apabila cuaca buruk dan hujan turun dengan lebatnya. Air mula memasuki ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Sehinggakan, sesetengah penduduk terpaksa menjemur tilam dan tikar di atas kereta masing2.
Masalah ini adalah berpunca daripada projek "MEE SEGERA" yang dibina tidak mengikut spesifikasi pembinaan bangunan seperti jalan yang berlopak2, tiada longkang di sekeliling rumah, tangki najis yang tidak ditutup dengan baik, taman permainan kanak2 yang tidak beralas dan membahayakan keselamatan kepada kanak2 dan banayk lagi yang diabaikan oleh pihak pemaju dan pemilik 'politik kotor'.

Projek ini bagaikan hanya "lepas batuk di tangga". Bak kata orang kampung, sekadar nak tunjuk2 bahawa PM daripada UMNO-BN ni prihatin kepada rakyat. Selepas rakyat menerima bantuan, pelbagai masalah baru pula timbul. Malah lebih menyusahkan lagi berbanding berada di rumah usang yang asal.
Inilah dikatakan kerajaan UMNO-BN yang apabila terdesak dalam mendapatkan sokongan dan perhatian rakyat sehinggakan terpaksa membuat pelbagai projek 'mee segera' dan akhirnya menampakkan kelemahan dan ketidakamanahan diri sendiri.

Adakan ini dinamakan Rumah Mesra Rakyat, sedangkan pemimpim mengecapi nikmat dunia di Istana2 kayangan. Rakyat tinggal di rumah yang tak berlongkang, mudah ditenggelami banjir. Sedangkan pemimpin berada di puncak dunia, dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan.

Kalau macam inilah dikatakan pemimpin UMNO-BN, sama2lah kita tukar dan jatuhkan UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU 13) akan datang.
InsyaAllah.
Allahuakhbar3x

Sumber: Shamsueri LiCT

0 Responses to RUMAH MESRA RAKYAT PPRT CHENOR - INDAH KHABAR DARI RUPA

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang