Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Perlantikan Mohammad bin Sabu (Abang Mat) sebagai Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar yang lepas memberi kelebihan kepada PAS dalam usaha 'mengebumikan' UMNO-BN yang semakin tidak rasional lagi.

Mat Sabu telah mengarahkan semua pimpinan PAS di setiap peringkat meningkatkan usaha untuk untuk menguasai PutraJaya demi memperjuangkan hak-hak dan kebajikar rakyat secara adil dan telus.

Sokongan rakyat samada Islam atau bukan Islam sangat tinggi dan InsyaAllah jika disokong oleh motto PAS sekarang iaitu Membangun Negara Berkebajikan akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alik kerajaan Malaysia daripada ditaktor yang hanya memperkayakan kroni sahaja.

MaranDaily berharap rakyat keseluruhannya menolak UMNO-BN yang telah lapuk dengan perjuangan kunonya. InsyaAllah, jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, perubahan akan dapat dilihat dan keamanan akan dapat dirasai.

Salam perubahan....

Maran: Pas Kawasan Maran melalui Mesyuarat AJK yang lepas telah bersetuju melantik semula Mohd Shamsuri Hussin sebagai Ketua Lajnah ICT Pas Kawasan Maran bagi sesi 2011/2013.


"InsyaAllah, dengan mandat dan amanah yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin oleh saya dan JK yang akan dibentuk dalam masa terdekat bagi memberi maklumat yang benar dan telus kepada rakyat melalui media-media altenatif dengan harapan dapat membebaskan rakyat maran daripada dijajah oleh pemikiran UMNO-BN yang telah lapuk dan tak rasional lagi" kata beliau kepada MaranDaily.

Perkembangan teknologi wifi yang berkembang pesat di seluruh negara akan memberi kelebihan kepada Lajnah ICT untuk menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat serta meningkatkan kemahiran masyarakat setempat dengan penggunaan teknologi terkini.

Semoga usaha Lajnah ICT bersama-sama AJK PasMaran akan menumbangkan kerajaan 'zalim' UMNO-BN dalam PRU13 akan datang. Islam pasti tertegak jua.

"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"

Marandaily.net

Contohi Cikgu Mala, sanggup mengorbankan kerjaya demi memperjuangkan Islam dan keadilah rakyat. Walaupun beliau tidak mempunyai pendapatan tetap, tapi Allah mempermudahkan perjalanannya untuk memberi maklumat dan ceramah kepada rakyat di seluruh Malaysia.

Marandaily memohon kemaafan kerana terlalu lama tidak meng'update' blog ini. Terdapat kengkangan masa yang tidak dapat dielakkan. Walau baggaimanapun, jutaan terima kasih kepada semua pelayat yang terus bersama MaranDaily.


Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.

Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.

Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.

Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?

Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.

Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?

Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:

Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO

Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!

Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.

Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.

Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?

Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.

Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?

Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?

Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?
- http://selamatkanpahang.blogspot.com/2011/03/saman-ekor-kerajaan-makan-duit-haram.html

(rakyat Malaysia dan umumnya perlu tahu bahawa perlaksanaan "saman ekor" adalah untuk mencari kesalahan rakyat serta menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Pemerintah ditaktor tidak akan rasa bersalah seperti nyamuk menghisab darah, bagi kita salah, tapi baginya itu adalah makanannya. Ubah kerajaan dalam PRU 13, jatuhkan kerajaan ZALIM UMNO-BN ... sokonglah Pakatan Rakyat yang diperjuangkan oleh mejoroto Pejuang Islam yang akan mendaulatkan Islam serta merealisasikan Islam adil untuk semua... ) MaranDaily

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera untuk semua pelayar dan pengundi PRK DUN Kerdau... Tunaikan Tanggungjawab anda sebagai pengundi dan pilihlah calon yang mendokong perjuangan Islam iaitu calon PAS iaitu Hasanuddin...

Suasana pagi di kerdau... kenderaan mula memenuhi jalan raya... semoga kehadiran pengunjung dan pelawat ke Kerdau akan meningkatkan ekonomi setempat serta memberi sokongan kepada kemenangan calon PAS...

Teruskan perjuangan



10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

NONE10am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.

9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.

Katanya, beliau telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.

9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

NONE9.45am Kerdau: Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.

Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di mananya duit? Di sana, di sana' .

9.45am Merlimau: Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan, untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.

Jenice yang tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam dewan.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu sudah habis.

"Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

9.26am: Kerdau: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat tangan.

Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.

NONE9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.

"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.

Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan baju-T BN.

9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan calon.

NONE9.04am Merlimau: Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.

9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah (kiri) telahpun berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya. 9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.

Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon bermula.

8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.

8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.

8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.

NONE8.30am Kerdau: kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.

8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai 5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya dengan slogan "YB mati Merlimau maju", "Apco Israel bahaya" dan "Justice for Beng Hock."

8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.

Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.

8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.

7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

NONE7.30am Kerdau: Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.

http://malaysiakini.com/news/157082

(semoga rakyat dapat membuat pilihan yang tepat. Pilihlah calon pas yang ternyata perjuangannya jelas untuk keadilan semua...)


PRK Kerdau merupakan "medang perang" baru yang akan menguji pengaruh dan sokongan rakyat terhadap parti yang bertanding.

Petugas Pahang yang telah menjalani latihan pilihanraya di beberapa PRK dan ii adalah mendan untuk menguji segala ilmu dan segala kepakaran yang ada.

Berdasarkan corak semasa menunjukkan Pakatan Rakyat menguasai pengundi. Cuma bergantung kepada isu semasa yang berjaya diolah oleh pimpinan-pimpinan yang ada.

Marandaily mengucapkan selamat berjuang kepada PR dan semoga Kerajaan UMNO-BN akan tumbang di PRK Kerdau. Pernamaan Calon akan diadakan pada 26 feb 2011 dan pembuangan undi pada 6 Mac 2011. Keluarlah mengundi untuk selamatkan Negara daripada muflis dan sesat.

Marandaily

Assalamualaikum w.b.t.

Terima Kasih kepada pelayar laman blog MaranDaily...
Semoga Allah meletakkan kita di kalangan pejuang2 yang memperjuangkan agama Islam serta menentang sebarang ketidakadilan serta kemungkaran yang dibuat oleh Syaitan durjana serta UMNO-BN dan kuncu2nya...

Berjuanglah kerana ALlah...

{koleksi poster untuk tatapan semua...}





MaranDaily.net

Dengan kejahatan yang dibuat oleh UMNO-BN, memang patut didoakan macam tu... dah lama rakyat beri peluang kepada UMNO-BN untuk memberi keadilan dan keselamatan kepada ummat Islam di Malaysia, tapi kita dapat lihat apabila ramai alim ulamak diperkudakan, manakala yang beristiqamah mempertahankan Islam akan dipulau dan dihentam menggunakan kuasa dan undang2 buatan sendiri. Inikah dikatakan pejuang Islam...? Inikah dikatakan Kerajaan adil untuk Rakyat...? UMNO-BN sudah lapok... tinggalkan UMNO-BN... pilihlah parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS... InsyaALlah Islam akan memimpin kesejahteraan sejagat.

MaranDaily.net





Tangan Cikgu Mala Menggoncang Ketenangan BN

1. Pertama kali saya menyampaikan ceramah di Felda Tenang bersama Cikgu Normala Sudirman, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N 05 Tenang, saya tertarik dengan ucapan bertenaga dan menyakinkan dari Cikgu Mala dengan ungkapan " .... tangan yang menghayun buaian ini insyaallah akan menggoncangkan dunia ...."

2. Ternyata Cikgu Mala tidak perlu menunggu lama, hari kedua beliau turun berkempen sempena pilihanraya kecil N 05 Tenang ini sebagai calon pilihan, tangan beliau telah menggoncangkan ketenangan UMNO dan BN di Tenang. Kelam kabut sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA melalui Presidennya mempersoalkan kenapa Cikgu Mala tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [ yang bukan mahramnya ]

3. Biasanya sesuatu isu ditimbulkan dalam musim pilihanraya kerana isu tersebut menggugat. bagi pihak PAS malah DAP dan PKR yang berkawan dengan PAS sangat maklum situasi ini. Sememangnya muslimat PAS tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki yang halal nikah dengan mereka kerana ia adalah suatu larangan dalam agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun ia dilihat asing oleh Presiden MCA. Mungkin berdua - duaan dengan pasangan yang tidak sah di dalam bilik hotel lalu melakukan hubungan sulit itu lebih bermoral dan normal bagi Presiden MCA berbanding sikap Cikgu Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.

4. Tidak bersalaman oleh seorang perempuan yang teguh agamanya dengan seorang lelaki yang sah nikah dengannya bukanlah suatu perkara ganjil dalam negara ini yang majoriti penduduknya adalam muslim. Bahkan tidak sepatutnya ia menjadi isu. Justeru ia bukanlah satu tindakan yang boleh merosakkan kemesraan dan hubungan dengan masyarakat. Sebaliknya masih banyak elemen lain yang lebih penting untuk membentuk kemesraan dan hubungan dengan masyarakat tanpa "salam tangan" antara lelaki dan perempuan seperti ziarah, kebajikan, bertanya khabar dan lain - lain.

5. Sungguhpun tanpa "salam tangan", calon pilihan ini tidak menang tangan dan senyuman untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa pula mengira latar belakang kaum dan jantina. Lebih menarik apabila masyarakat menilai bahawa Cikgu Mala adalah seorang yang teguh peribadi dan berprinsip sementara itulah kriteria seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

6. DAP dan PKR cepat memahami situasi ini lantas mengambil langkah mempertahankan tindakan Cikgu Mala malah sangat menghormatinya apabila mengetahui bahawa ini adalah prinsip agama. Sedang prinsip agama inilah menjadikan PAS sebuah parti yang teguh dan berdisiplin. Malang MCA gagal pula memahami situasi ini biarpun sekian lama berselimut dengan UMNO di dalam BN.

7. Jawapan mudahnya kerana MCA tidak melihat prinsip ini wujud di dalam UMNO. Pemimpin wanita mereka bukan sahaja boleh bersalaman sesuka hati malah boleh berlaga pipi, boleh berpelukan dan sebagainya. Akhirnya Presiden MCA sendiri keliru angkara UMNO yang tidak mempertahankan prinsip beragama. Inilah fitnah besar dari kegagalan UMNO menjalani kehidupan sebagai sebuah parti yang patuh pada suruhan agama .

8. Selama ini UMNO berhujjah kononnya DAP anti Islam, kafir harbi dan macam - macam tuduhan lalu mempersoalkan kenapa PAS bekerjasama dengan DAP ? Kini Allah swt mendedahkan siapa pula MCA di sisi UMNO ? secara terbuka kini MCA melalui Presidennya menghina Islam dan mempersendakan ummat Islam yang beramal dan berpegang teguh dengan amalan Islam itu. Sementara DAP pula semakin hari semakin lunak dan memahami asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

9. Terbaru melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi DAP karpal Sigh mengenai negara Islam yang ditentang oleh beliau sejak dulu. Beliau tidak lagi keras menolak negara Islam seperti dulu sebaliknya menganggap isu ini boleh dibincangkan. Ia satu perkembangan yang positif berbanding sikap MCA yang terus kekal dalam kejahilan sejak lama dulu sehingga sekarang.

10. Saya ucapkan syabas kepada Cikgu Mala dan mengharapkan beliau terus thabat [teguh] pendirian dan usah gundah dengan provokasi musuh. Allah bersama dengan insan yang sabar menghadapi ujian perjuangan ini. Ubah sekarang Selamatkan Malaysia !

sekian

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Kepada sahabat2 pelayar yang berminat untuk membeli Kalender PR 2010 secara online, boleh dapatkan dengan cara seperti dinyatakan di bawah.
Jualan Amal ini adalah untuk mengutip Tabung Pilihanraya PRU13 bagi Parlimen Temerloh.

Harga termasuk pos = RM 6.00 satu

masukkan duit melalui maybank2u atau bank-in ke akaun MAYBANK
156011006730
MOHD SHAMSURI HUSSIN

sms maklumat pembayaran & ALAMAT SURAT MENYURAT ke no H/p;
013-9815518

InsyaAllah, setalah disahkan pembayaran, kalender akan diposkan dengan segera...

Terima kasih atas sumbangan anda...
Semoga Allah murahkan rezeki semua...

Tok Guru Nik Aziz sumbang 1/3 simpanan untuk PAS

KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.

Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.

Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu

[MaranDaily mencabar pimpinan korup UMNO-BN untuk ikut cara Tok Guru jika RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Bertapa mulianya sikap Tok guru yang menzahirkan rasa syukurnya Kepada Allah apabila dihindari daripada fitnah musuh ISLAM iaitu UMNO-BN. Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang berIman dan beramal soleh]



Bersama kita dapatkan maklumat terbaru dan benar daripada pimpinan PAS...
Semoga kita tidak terpedaya dengan tipu helah UMNO-BN yang bakal berkubur selepas PRU13 nanti...

21 DIS 2010
SELASA : 9.00 MLM
DATARAN MASJID LAMA
BANDAR JENGKA

"Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda ditipu dan diseleweng oleh manusia yang berselindung atas nama UMNO-BN..."

BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI BERA MALAM NI...

Semua ummat manusia yang bencikan kehancuran, kekronian, ketidaktelusan, keutamaan poket pemimpin, kesombongan dan yang cintakan keamanan, keadilan, keutamaan rakyat dalam semua urusan DIJEMPUT HADIR ke ceramah PERDANA PAKATAN RAKYAT yang dihadiri oleh PIMPINAN PR seperti ANWAR IBRAHIM.

TARIKH: 17 DIS 2010(JUMAAT)
TEMPAT : MARKAS PAS KAWASAN BERA
MULA JAM: 9.00MLM


MaranDaily mengajak semua rakyat PAHANG sekeluarga datang untuk mendapatkan maklumat secara terus daipada DS Anwar dan Pimpinan PR berkenaan dengan penyelewengan UMNO-BN dalam mengurus tadbir Negara ke arah kehancuran jika tidak dibuat perubahan segera. UMNO-BN yang kian tenat telah memperkudakan YDP Dewan Rakyat untuk kepentingan politik yang bertentangan Islam dan keadilan sejagat.

Tumbangkan UMNO-BN dalam PRU 13 akan datang...
Keadilan Pasti Tertegak...
PAS akan memerintah berlandaskan Islam...
PR mentadbir berdasarkan keadilan Islam sejagat...

MaranDaily.net


Marandaily mengucapkan
SALAM MAAL HIJRAH 1432H
Kepada semua Ummat Sejagat...

Sokonglah perjuangan Islam...
Agar, segala usaha kita di dunia akan dinilai oleh ALLAH dengan ganjaran kebaikan...

IBNUHUSSIN

MaranDaily menjemput semua yang menyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ahli PAS, DAP, PKR, Yang Benci UMNO-BN, Yang Berminat Untuk Berjuang hak2 Rakyat dan Yang Benci Penyelewengan/ Korupsi/ Kronisme/ dan Yang benci apa2 yang buruk... datanglan bersama PR di:

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA
DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
NEGERI PAHANG

Anjuran :
Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang
Pas Kawasan Maran

pada:
19 Disember 2010 (aHAD)

Masa:
2.30ptg-5.00ptg

Tempat:
PEKAN SRI JAYA

Tunjukkan sokongan anda untukkeadilan sejagat...
moh kita beramai2 beri sokongan kepada perjuangan Islam...
bawa ahli keluarga bersama....

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden pkr congress 281110 wan azizahPKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

{Kembalilah kepada Islam... dengan isu perkauman sempit yang dimainkan oleh kuncu2 UMNO-BN boleh menghancurkan negara Malaysia yang kita cintai. Selagi UMNO-BN memerintah negara, selagi itulah isu2 perkauman dimainkan, malah keamanan dan kesejahteraan rakyat semakin terancam. Ubah sebelum parah. Kita tukar kerajaan UMNO-BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengabungkan PAS. PKR & DAP. Yang pasti, ISLAM adil untuk semua...}

Jabatan ICT (JiCT) Pas Negeri Pahang akan merangka pelbagai program kemasyarakatan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap penggunaan teknologi maklumat terutamanya mendapatkan maklumat menggunakan internet yang lebih pantas.

JiCT merupakan salah satu Jabatan yang ditugaskan oleh badan Perhubungan Pas Negeri Pahang (BPPNP) untuk merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakat yang berkaitan penggunaan teknologi maklumat.

"JiCT telah merangka pelbagai aktiviti dalam tempoh lima tahun terutamnya berkaitan dengan kefahaman dan kepentingan ICT dalam memberi maklumat yang benar dan cepat kepada masyarakat serta akan memberi kemenangan yang besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 akan datang" kata setiausaha JiCT Pas Pahang, Mohd Shamsuri Hussin semasa pelancaran penstrukturan semula Jabatan ICT Pas Pahang di Bangunan BPPNP.

Jabatan ICT kini dipimpin oleh En. Maktar Hashim yang merupakan aktivis PAS yang sangat dikenali ramai terutamanya di era 90-an. Kesungguhan beliau menerima dan memegang jawatan Pengarah JiCT mengambarkan bahawa perjuangan dalam sesebuah jemaah tiada penghujungnya. Apa yang pasti, syurga menanti bagi golongan yang berjuang dengan ikhlas kerana Allah.

JiCT akan memantapkan seluruh jentera di peringkat kawasan dan Dun dengan harapan memberi maklumat yang benar dan pantas melalui media altenatif kepada rakyat dan InsyaAllah akan memberi kelebihan kepada PR dalam PRK/PRU yang akan datang.

Maklumat yang jelas dan tidak bergantung kepada surat khabar & TV semata-mata akan meningkatkan tahap intelektual masyarakat dalam menentukan masa depan diri sendiri dan keluarga.

Ku Li: Sebelum PRK disanjung, selepas menang ditenggelamkan

Petang semalam secara kebetulan, saya sempat duduk sambil minum-minum dengan seorang ahli Umno. Tapi dia bukan sembarangan ahli Umno kerana pada satu masa dulu pernah menjawat Ketua Pemuda Semangat 46 negeri Pahang, iaitu sebelum parti itu dikuburkan sendiri oleh presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Sampai sekarang pun dia mengaku masih menjadi pengikut setia dan memuja Ku Li.

Dalam bersembang-sembang itu saya amat tertarik dengan kenyataan kecewanya yang dibuat oleh Umno sendiri terhadap bosnya itu.

Katanya, manakan tidak, semasa memujuk Ku Li menjadi pengarah atau calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Galas dulu bukan main lagi bekas Menteri Kewangan itu dipuja dan diangkat kembali sebagai seorang tokoh bahkan negarawan.

Bukan main lagi akhbar-akhbar lidah rasmi Umno mencanangkan bahawa” “Umno tidak pernah pinggirkan Ku Li”. Pendek kata, Ku Li diangkat sehingga menenggelamkan nama Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Highlight luar biasa itu dibuat dipercayai bagi memujuk Ku Li mengambil alih teraju utama dalam PRK Galas yang berlangsung 4 November lalu.

Sudah tentu keputusan Umno Pusat itu ialah setelah merasakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai kemampuan untuk merampas kerusi tersebut daripada PAS.

Sudah tentu Muhyiddin sendiri tidak ‘makan cekak’ atau cuak untuk memimpin tentera pilihan raya BN di Gua Musang itu, walaupun tugas tersebut sepatutnya tergalas di bahunya. Kebetulan pula, janji-janji bohongnya di PRK Manek Urai tahun lalu masih segar dalam ingatan penduduk Kelantan dan ini menghantuinya.

Lalu dalam keadaan begitu, ‘aura’ Ku Li pun dipertaruhkanlah. Dan pada ketika itulah nama bapa saudara bekas permaisuri Kelantan itu dipuji dan dipuja. Walaupun beliau hanya berstatus Ketua Bahagian Umno Gua Musang, labelnya diletakkan seolah-olah berjawatan menteri pusat dan saban hari gambar dan beritanya terpapar di skrin televisyen seluruh negara.

“Tapi demi diumumkan saja kemenangan Abdul Aziz sebagai calon BN di Galas, semua media difokuskan sebagai kemenangan (Perdana Menteri) Najib. Kononnya tanda rakyat telah kembali kepada Najib dan BNlah, dasar Najib diterimalah rakyatlah, hadiah untuk Najiblah, petanda Najib akan umum PRU lebih awallah...

“Semuanya Najib walaupun beliau terlantar demam (cengkering) di hospital. Mana Ku Linya? Mana terima kasih kepada Ku Li? Mana puji-pujian dan sanjungan kepada Ku Li sebelum PRK,” herdik kawan saya bekas Ketua Pemuda Semangat 46 Pahang itu dalam nada pura-pura geram.

Maknanya, Ku Li hanya dijadikan seperti terompah kayu, apabila perlu untuk ke jamban maka Umno akan sarung di kakinya dan apabila sudah beres lantaklah kamu nak tertonggek kat mana.

Saya hanya mengangguk-angguk perlahan membenarkan kenyataannya. Saya fikir, tentu sebelum memujuk Ku Li menerajui PRK Galas dulu beliau dijanjikan pelbagai habuan, mungkin termasuk dilantik menjadi menteri pusat!

Dalam hati saya... “aikkk, takkan baru ini kenal fiil perangai Umno? Aku yang tak pernah masuk Umno pun tau buruknya fiil perangai Umno. Bak kata pepatah, ibarat anjing yang suka menghidu tahi, maka perangainya walau macam manapun akan tetap gemar menghidu tahi!
http://selamatkanpahang.blogspot.com/

{Pemimpin UMNO-BN memang bersikap tak senonoh... janji setinggi gunung... bila dah dapat, menyepi seribu bahasa... kita lihat apa yang dia boleh buat kat Galas setelah bertebaran najis ditabur di Manik Urai seketika dulu... Harap rakyat faham bahawa generasi @ spesis UMNO-BN sudah tidak rileven lagi masa kini. Tumbangkan UMNO-BN dalam PRK & PRU13 akan datang... pilihlah Parti islam... Islam AdilUntuk Semua}

WANITA KE NERAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

(gambar hiasan)
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga
termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.

Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan muhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

- mawardahsuci



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Dalam merealitikan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat dalam menegakkan keadilan dan keamanan sejagat, Pas Kawasan Maran telah bersedia menghantar 15 petugas yang berpengalaman untuk membantu jentera pilihanraya Pas Kelantan untuk memenangkan Calon Pas iaitu Dr Zul di Dun Galas.

Keberangkatan petugas disempurnakan oleh Pemangku YDP Ust Ramli Awang Abd Rahman pada 30 Okt 2010 jam 10pg.
Rombongan tersebut diketui oleh Syed Halim yang merupakan AJK Pas Kawasan Maran. Manakala Tuan Haji Md Nor Salleh (foto atas) telah bertugas awal memandangkan beliu memegang jawatan Bendahari JPN disamping merangkap jawatan Ketua Penerangan PasMaran.
Sebahagian daripada muslimat PasMaran yang menyertai aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bertempat di Ladang Chin Tek, Lepan Jaya, DUN Galas.

Program ziarah muslimat sentiasa diiringi dan dikawal oleh Muslimin dan unit Amal yang bertugas. Ini adalah bertujuan menjamin keselamatan muslimat yang bertugas.
Walaupun pada zahirnya, PAS mengalami kekalahan di PRK Dun Galas, petugas-petugas merasakan telah melaksanakan tugas dengan berjaya kerana berjuang di jalan Allah akan mendapat kejayaan yang hakikinya adalah di akhirat.

Petugas Pas Kawasan Maran tidak akan lemah semangat, malah semangat juangnya semakin tinggi untuk mengambil alih kerajaan Pahang di Tangan UMNO-BN yang sudah tidak diterima rakyat pada masa kini.

Semoga, Allah memberi kekuatan kepada petugas-petugas PAS untuk terus berbakti dan berjuang bersama Saf Perjuangan PAS untuk menegakkan keadilan dan keamanan sejagat di Malaysia ini.

Yakinlah bahawa, Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan benar.
MaranDaily

Maran: Pas Kawasan maran melalui Jentera Pilihanraya Pas Kaw. Parlimen Maran akan menghantar 15 orang petugas mahir bagi membantu dan memberi sokongan kepada petugas-petugas PAS di DUN Galas pada 30 Okt 2010 sehingga 4 Nov 2010.

JPrK Pas Maran yakin bahawa PAS akan kekal di Dun Galas memandangkan terdapat pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN tidak dapat diselesaikan dengan baik. Malah, pelbagai penyelewengan demi penyelewengan terbongkar dan diketahui rakyat menjelang hari pembuangan undi yang akan berlaku pada 4 Nov 2010 nanti.

"Petugas Mahir yang dihantar oleh JPrK adalah yang terpilih dan akan menimba sebanyak mungkin ilmu daripada petugas-petugas PAS Kelantan yang sememangnya berpengalaman dalam selok belok pilihanraya" kata Setiausaha JPrK Parlimen Maran kepada MaranDaily.

JPrK telah menghantar petugas ke beberapa siri simulasi PRK yang dianjurkan oleh JPN PAS Pahang dan berkeyakinan mampu mengerakkan segala tenaga dalam menguasai pengundi dalam PRK atau PRU yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Moh rakyat Pahang, kita buat perubahan dalam PRU 13 akan datang, kita lihat kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Pahang. Perbezaannya akan jelas ketara. Jika lebih baik daripada sekarang, kita teruskan dalam PRU yang akan datang. Kalau lebih teruk, gunalah hikmah anda. Sesungguhnya, sesiapa yang bersama-sama Islam, pasti mendapat Rahmat dan Perlindungan Allah dengan mendapat keamanan dan kesejahteraan daripada Allah di dunia dan Akhirat.

Undilah PAS & PR untuk keamanan sejagat.

MaranDaily

1. Negara sedang deras menuju kehancuran dan kebinasaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib apabila satu lagi tindakan drastik dalam ETP diambil tanpa melihat kesan jangka panjang kepada negara , rakyat dan tamaddunnya.

2. Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemuka satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi dikalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.

3. Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [ kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun ] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang . Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.

4. Melalui ETP pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan , iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat - pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini .

5. Saya melihat ini adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat sedang ia adalah langkah mundur kebelakang serta dilihat sebagai usaha untuk menjahiliyyahkan negara .

6. Tidak cukup dengan keadaan iklim sosial yang parah mutaakhir ini , kerajaan seperti mahu menularkan barah sosial yang sukar ditangani sekarang . Memacu pertumbuhan ekonomi kononnya tetapi seakan kerajaan mengalami sindrom Rabun Ekonomi untuk melihat lebih jauh kesan kepada ekonomi negara bahkan kesan pada sosial dan tamadun negara dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan .

7. Pertambahan pusat hiburan dan konsert artis yang sedia ada jelas tidak terkawal dan ia antara penyumbang besar kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi kita . Justeru di situlah berpusatnya segala aktiviti mungkar dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pergaulan bebas , seks bebas , pil ectasy , khayal , mabuk dan sebagainya . Implikasi dari fenomena ini lahirlah jenayah samun , ragut , rompak , rogol , buang bayi , bunuh dan sebagainya .

8. Akhirnya kerajaan terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat , menangani penyakit aids dan hiv , kos merawat pesakit , belanja tahanan dan sebagainya . Inilah yang saya sifatkan sebagai economy pumping . Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek Hub Hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu sedang ia boleh di elak sejak awal lagi.

9. Lebih malang langkah kerajaan ini dilihat sia - sia kerana membangunkan material kemudiannya meruntuhkan pembangunan modal insan . Sementara negara memerlukan modal insan yang berkualiti untuk meletakkan negara sebaris dengan negara maju pada masa hadapan. Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula . Akhirnya kerajaan hanya buat kerja - kerja bodoh dan sia - sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali .

10. Selayaknya kerajaan memiliki acuan sendiri dalam membangunkan negara dan menjana pertumbuhan ekonominya tanpa meniru dan terpengaruh dengan negara - negara barat. Justeru Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi maka wajarlah syariat Islam dijadikan asas dan acuan pembangunan iaitu membangun bersama Islam . Masih banyak sektor dan industri lain yang boleh memacu ekonomi negara ,kenapa industri mungkar juga yang dipilih ?
Ust. Nasaruddin Hasan At-Tantawi, Ketua DPP Pusat

[fikir2lah wahai insan yg masih menyokong parti yang menunggu kehancuran (UMNO-BN). Pilihlah parti yang boleh membawakesejahteraan kepada semua. Islam adalah agama yang syumul. PAS merupakan satu2nya parti di Malaysia yang memperjuangkan keadilan sejagat berteraskan Islam dan mampu memberi keyakinan dan keamanan kepada semua kaum dan kehidupan. Semoga hati2 insan yang masih belum mendapat hidayah akan dihidayahkan oleh Allah sebelum menemui ajalnya... Amin... MaranDaily]

malaysiakini.net
Sebanyak 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru semasa tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun ketiga dari Julai hingga September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata dalam tempoh yang sama, 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi. Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Nov di 997 tempat pameran di seluruh negara, menurut kenyataan SPR hari ini.

Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang itu. "Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," petik kenyataan itu.

Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks/pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat).

Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih. "Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR.

Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris. "Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu. SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul.

Manakala bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri.

[pertambahan pendaftaran pemilih yang sangat tinggi. Siapa yang berusaha meningkatkan jumlah pengundi? Adakah Jemaah Islam PAS? adakah Parti Perkauman Sempit (UMNO-BN). Walau bagaimanapun, pertambahan kepada jumlah pemilih ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam memenangi PRU 13 akan datang. Ini adalah kerana, berdasakan keadaan dan isu2 semasa, golongan muda lebih condong untuk memilih PAS dan Pakatan Rakyat kerana dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan amanah dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat. Semoga Putrajaya menjadi milik rakyat selepas PRU13 akan datang.]

Serah tanah jika tidak setuju dengan Felda

JENGKA - Peneroka yang enggan atau tidak bersetuju dengan peraturan Felda dialu-alukan menyerahkan semula tanah seluas empat hektar yang diterima dahulu kepada agensi itu kerana kerajaan sedia membelinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak (gambar) berkata, sebanyak 5,000 permohonan diterima daripada generasi kedua untuk menyertai Felda, namun hanya terdapat 227 kekosongan.

:Menurutnya, tanah rancangan Felda yang diilhamkan dan diusahakan Tun Abdul Razak meninggalkan amanat supaya masyarakat Felda hidup bersatu padu.

“Saya sendiri tidak dapat menganalisis faktor segelintir peneroka yang sentiasa memberikan pelbagai alasan dan tidak bersetuju untuk terus bersama Felda.

“Namun hakikat akhirnya, mereka ini akan mengerti bahawa matlamat dan objektif Felda adalah untuk kebaikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tan berkata, peneroka perlu berubah sikap dengan tidak memikirkan tindakan Felda ke arah keburukan semata-mata, tetapi perlu memikirkan keuntungan di sebaliknya.

Menurutnya, dalam pentadbiran, semestinya mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.

“Tanah rancangan menempatkan satu kelompok masyarakat yang unik dan tidak terdapat di negara lain.

“Orang Melayu janganlah berpecah kerana hanya memberi kesempatan kepada orang luar di atas kelemahan kita sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8312153.asp

[Kenyataan media melampau yang dibuatkan oleh tok Tan sebenarnya adalah kali kedua. Kenyataan pertama beliau disanggah oleh Ketua PKR Cabang Maran beberapa bulan yang lepas. Oleh kerana kesombongan beliau yang tiada tolok bandingan, maka beliau sekali lagi mencabar peneroka untuk menyerahkan tanah masing2 kepada Felda. Sebagai wakil rakyat yang mewakili "Parti dianggap melayu kuno" Tok tan perlu sedar bahawa dia perlu berjuang untuk kebajikan rakyat. Bokan menjadi musuh kepada rakyat. Kenyataan tersebut lebih kepada keangkuhan peribadi dan kepentingan kroni semata2. Patutlah tak dilantik sebagai Timbalan MB lagi, Nampak gaya Tok Nan dah tak percayakan Tok Tan lagi... apa lagi, moh rakyat chenor yg menetap di chenor dan luar, kita sama2 tolak Tok Tan & UMNO-BN dalam PRU13 akan datang... malah, maranDaily menyarankan agar rakyar memboikot semua program yg dihadiri oleh Tok Tan... biar dia rasa bahawa dia sudah tidak diperlukan lagi di alam ini.. fikir2kan... MaranDaily ]

harakahdaily

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

[Alhamdulillah, satu kejayaan yang besar kepada Pas dan Kerajaan Kelantan dalam menguasai suasana politik tanah air. Bangunan UMNO yang dibangga banggakan berjaya dikuasai oleh Pas.

InsyaAllah, Negeri2 lain perlu meng"ISLAM"kan bangunan2 yang dimiliki UMNO agar aktiviti2 yang mungkar dan tidak berteraskan Islam dapat dihapuskan. Pas Pahang juga perlu membeli bangunan UMNO yang menjadi bangkai busut yang terletak di tengah2 bandat Temerloh. Bangunan UMNO tersebut simbol kepada kehancuran UMNO Temerloh pada masa akan datang. MaranDaily]

FELDA KG AWAH - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Cawangan

Felda Kg Awah telah mengadakan jamuan Aidilfitri pada hari ini untuk meraikan murid-murid PASTI sempena bulan Syawal yang mulia ini. Pengerusi PASTI Ass-Syakireen Felda Kg Awah berkata iaitu Ustaz Mohd Zaki hashim berkata, ini adalah sebahagian program yang diaturkan oleh pihak PASTI cawangan untuk sama-sama meraikan kemeriahan Aidilfitri antara guru-guru dan murid-murid PASTI.

Majlis dihadiri oleh lebih 20 orang murid, guru-guru PASTI, Ustaz Mohd Zaki selaku pengerusi, Saudara Khairul Ikhwan dan Saudara Shamsuri Hussin selaku wakil dari PAS Kawasan Maran. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar, menyampaikan duit raya kepada murid-murid dan guru-guru PASTI oleh Ustaz Shamsuri, dan seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan.

[amalan memberi sumbangan kepada yang memerlukan perlu diteruskan tanpa mengira bulan atau hari. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh para pejuang PAS untuk menegakkan Islam di Malaysia akan diberkati dan diterima ALlah. MaranDaily]

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang