Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan

Berita drp: MaranDaily Rabu, 2 Jun 2010

Alhamdulillah...

Gambar terakhir salah seorang rakyat Malaysia yang selamat, Sdr. Jamaluddin Ellias (jaket hitam) dari Yayasan Amal Malaysia di tanahair sebelum berlepas dan menyertai Konvoi LL4G di atas kapal induk Mavi Marmara.GAMBAR/-selesaidulu.blogspot.com



19 Jamadil Akhir 1431H.

Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu. Senarai penuh rakyat malaysia tersebut ialah :-

1.Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin
2.Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluanalestin
3.Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
4.Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
5.Mohd Nizam Mohd Awang, HaluanPalestin
6.Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7.Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
8.Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9.Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
10.Mustafa Mansur, Mapim
11.Ashwad Ismail, wartawan Astro
12.Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

{Alhamdulillah, itulah ukapan yang terbaik setelah mendapat berita bahawa semua wakil Malaysia selamat dan dibebaskan. Bagi sebahagian pihak, selamat di medang perang adalah nikmat, tapi bagi sebahagian lagi, mati di medang perang adalah rahmat. Semoga yang meninggal dalam Islam semasa misi ke Gaza akan ditempatkan di akalngan pejuang2 Islam yang mati syahid. Bagi kita yang mempunyai kuasa & pangkat, anjurlah solat hajat untuk penduduk & pejuang di Palestin dan laburkanlah wang ringgit demi meringankan beban saudara seIslam di sana.}

0 Responses to 12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang