Ole:h Hashim Abdulah
KUALA KRAU: Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyempurnakan pembukaan rasmi Ekspo Penerangan PAS negeri Pahang dengan penuh warna warni yang turut disertai pertunjukan kebudayaan pelbagai kaum.
Ekspo yang diadakan selama tiga hari tiga malam bermula semalam hingga Ahad ini telah dirasmikan malam tadi di Tapak Komplek PAS negeri Pahang, Kerdau.
Berbagai aturcara menarik telah disedakan termasuklah persembahan tarian singa dari kaum Tionghua dan taburan bunga menyambut presiden oleh kaum ibu kalangan kaum India telah memberikan gambaran bahawa pendekatan ‘PAS For All’ telah diterima rakyat di negara ini.
Pada perasmian ekspo malam tadi juga telah berlaku beberapa detik penting dalam usaha PAS memperkasa kegiatan penerangannya apabila presiden melancarkan laman web baru PAS Pahang yang diberi nama Pahangkini. Net
Selain itu, kekuatan politik PAS di Pahang semakin bertambah baik apabila presiden PAS berjaya merasmikan Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Pahang dengan penyertaan seramai 320 keanggotaan. Borang penyertaan diserahkan Pengerusi Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS Pahang, Balasubramaniam
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya melahirkan kesyukuran kehadrat Allah kerana ekspo penerangan yang julung-julung kalinya diadakan telah berjaya menarik penyertaan rakyat pelbagai kaum.
Sambil tidak lupa terhadap perkara yang paling asas dalam perjuangan mengajak rakyat menghayati Islam bagi kesejahteraan hidup Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS mahukan PAS sentiasa berupaya meneroka pendekatan baru dalam mencapai matlamat perjuangannya.
“Usaha mengajak masyarakat kepada menghayati ajaran Islam yang merupakan amanah Allah dalam perjuangan ini. Maka mempelbagaikan metod dalam usaha dakwah adalah merupakan hikmah yang sangat bernilai kerana manusia mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan keilmuan yang berhajat kepada kepelbagaian metod,” katanya.
Pada malam tersebut diangarkan tujuh ribu pengunjung hadir bagi mengikuti aturcara ekspo dan ceramah yang diadakan.
{Terima Kash kepada DS Tuan Guru Haji Hadi, Presiden Pas kerana telah melancarkan laman informasi Jabatan Penerangan Pas Negeri Pahang semasa merasmikan Ekspo Penerangan Pas Negeri Pahang 2010. Semoga Laman Pahangkini.net menjadi media maya utama kepada Rakyat Pahang dan umumnya untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan perjuangan Pas dan segala permasalahan rakyat. Walaupun laman tersebut menghadapi masalah selepas dilancarkan, tahnia kepada KRU Jabatan ICT Pas Pahang yang terdiri daripada Ust Ikh-One & Shamsueri kerana berjawa membuat blog sementara bagi memulihkan server yang mendapat gangguan. Sesungguhnya untuk menegakkan kebenaran dan keadilah mempunyai banyak cabaran dan semua itu menghampirkan kita dengan Allah.} Ibnuhussin5
0 Responses to www.pahangkini.net - MEDIA MAYA ALTENATIF RAKYAT PAHANG