Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

TEGURAN BUAT AHLI PARLIMEN - DPP PUSAT

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 27 Mac 2010


TEGURAN UNTUK AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT.

1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru semua Ahli Dewan Rakyat agar dapat memulihkan semula ruh dan peranan dewan yang mulia itu selaras dengan harapan dan teguran Yang DiPertuan Agong dalam titah baginda ketika perasmian penggal 15hb Mac yang lalu.

2. Pemuda PAS berpendapat isu-isu yang melibatkan serangan peribadi, kata-kata yang unparliamentarian, dan isu dalaman parti tidak harus diutarakan dalam dewan. Ini akan mengurangkan keberkesanan fungsi persidangan dewan.

3. Pada sidang mesyuarat ini, hanya kira-kira 20 hari sahaja masa bersidang dan sewajarnya masa yang singkat itu dimanfaatkan untuk mengutamakan perbincangan mengenai isu-isu dasar, polisi dan perkara-perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan rakyat. Tambahan pula, dewan tidak bersidang dalam tempoh yang agak panjang sebelum itu.

4. Pada masa yang sama, Pemuda PAS menyarankan agar tempoh sesi soal jawab dapat dipanjangkan berbanding hanya 1 jam 30 minit sahaja. Secara puratanya, soalan yang dapat dijawab secara lisan kira-kira 11 soalan sahaja sehari berbanding soalan yang diperuntukkan sebanyak lebih 60 soalan.

5. Pihak RTM pula tidak menyiarkan sidang dewan secara langsung selama 30 minit sepertimana yang telah dijanjikan oleh bekas Menteri Penerangan sebelum ini. Ini kerana selepas satu atau dua soalan yang diutarakan, kemudian RTM akan menyiarkan soal jawab dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ini adalah usaha untuk memperbudakkan rakyat.

6. Walaubagaimanapun, Pemuda PAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Dewan Rakyat terutamanya daripada PAS dan Pakatan Rakyat kerana konsisten menyuarakan pendirian parti dan hasrat rakyat. Kami turut mengharapkan agar Dewan Rakyat di Malaysia mampu mencapai taraf terbaik diperingkat dunia.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

{sebagai Rakyat biasa, kita pada awalnya menganggapkan YB2 yang dilantink oleh rakyat semasa PRU13 lepas akan membawa isu2 rakyat secara profesional dalam Dewan Rakyat. Setelah dilihat dan diteliti, rupa2nya masih ada sebilangan YB2 tidak melakukannya secara profesional menyebabkan rakyat yang memilihnya rasa kecewa dan hampa. Gelagat yang paling menyampah dalam Dewan ialah golongan yang digelar "al-kataki" seperti Ibrahim Ali, Zahrin dan seangkatan dengannya. Mereka ini telah mengkhianati pengundi2nya, malah isu yang dibawa ke dewan semuanya bersifat kepentingan peribadi. Segala suara dan masalah rakyat di kawasannya tidak dibawa ke peringkat tertinggi. InsayAllah, mereka ini akan tumbang dalam PRU13 nanti dan InsyaAllah mendapat penghinaan di dunia dan akhirat}

MaranDaily

0 Responses to TEGURAN BUAT AHLI PARLIMEN - DPP PUSAT

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang