Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

RAKYAT BERHAK DENGAR CERAMAH - NAIB PRESIDEN

Berita drp: MaranDaily Khamis, 4 Mac 2010

KUALA KRAU: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan parti politik Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat kata Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Merena cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Turut berceramah Yang Di Pertua PAS kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman

{Dalam ceramah PAS, banyak yang positifnya. Nilai2 agama dimasukkan dan isu2 semasa dijelaskan berdasarkan prinsip Islam agar manusia sejagat memahaminya tanpa terpesong dari jalan yang diredhai Allah.

Oleh itu, tanpa mengira fahaman politik dan agama, datanglah ke ceramah2 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk mengetahui maklumat sebenar tentang perjuangan PAS & PR dalam menegakkan Syiar Islam yang merangkumi keadilan, kesaksamaan dan kesejahteraan sejagat}

0 Responses to RAKYAT BERHAK DENGAR CERAMAH - NAIB PRESIDEN

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang