Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

KEMUDAHAN AIR DI RKTP KG AWAH PULIH...

Berita drp: MaranDaily Selasa, 2 Mac 2010

Felda Kg Awah: Setelah perit menjalani kehidupan seharian tanpa bekalan air papi selama 3 hari, penduduk di sini melafaskan rasa syukur kepada Allah kerana ia pulih seperti biasa bermula jam 1pg tadi.

Masalah ini memuncak apabila segala stok air dalam tangki di rumah2 telah kekeringan, malah air sungai jengka yang berhampiran juga berkurangan akibat cuaca panas akhir2 ini.

Tinjauan KRU LiCT PasMaran mendapati rata2 penduduk mengeluh apabila masalah kemudahan asa mengambil masa yang agak lama. Keadaan ini juga menyebabkan jumlah pelajar yang hadir ke Sekolah Menengah & Sekolah Keb. RKTP Kg Awah berkurangan.
Malah, kantin sekolah juga mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih apabila tidak mendapat bantuan daripada mana2 jabatan berwajib terutamanya JBA.

Harapan kami agar pihak berwajib lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah penduduk dan rakyat terutamanya melibatkan keperluan asas seperti air dan elektrik. ibnuhussin5

1 Responses to KEMUDAHAN AIR DI RKTP KG AWAH PULIH...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. RTP KG AWAH - Kesengsaraan 18 keluarga di sini yang terputus bekalan air sejak dua minggu lalu yang disiarkan pada 2 Mac lalu lega apabila masalah itu selesai dan menerima bekalan air bersih seperti sedia kala.

    Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Kampung Awah, Wan Insom Wan Lela berkata, selepas berita itu disiarkan, penduduk terus mendapat bekalan air pada sebelah petangnya.

    Menurutnya, dia bersama penduduk yang lain mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) kerana segera menyelesaikan masalah mereka dan memahami kesukaran yang dialami penduduk.

    “Kami berasa lega selepas bekalan air pulih semula kerana kami sudah dua minggu terputus bekalan air. Selama itu, kami berasa sukar untuk menjalankan kerja harian terutama untuk mandi, membasuh dan solat.

    “Kami memahami kerana faktor kemarau kini pastinya menyebabkan air berkurangan, tekanan rendah namun masalah yang dihadapi selama dua minggu memberi kesan kepada penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

    Penduduk, Zainab Abu, 49, berkata, dia bersama rakan-rakannya kini mahu segera menyiapkan tempahan baulu, kek dan sebagainya yang tergendala sebelum ini akibat ketiadaan bekalan air.

    Menurutnya, mereka lega dengan adanya bekalan air itu dan tidak perlu bersusah-payah mengangkut air di sungai dan daripada bekalan air yang disediakan JBA.

    “Rata-rata wanita mengeluh kerana faktor usia menyebabkan mereka risau untuk membasuh pakaian di sungai tambahan pula sungai jauh di dalam kebun getah dan curam.

    “Banyak kerja rumah terbengkalai seperti pinggan mangkuk, pakaian dan banyak lagi ekoran ketiadaan air. Kini kami boleh menarik nafas lega selepas bekalan air pulih semula,” katanya. - Sinar Harian

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang