Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

TOL NAIK LAGI...? DARI RAKYAT UNTUK KERAJAAN 1MALAYSIA

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 9 Januari 2010

Kadar baru tol lebih memuaskan

Kerajaan melalui agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir melakukan kajian menstrukturkan semula pakej baru kadar tol lebuh raya yang munasabah dengan kualiti perkhidmatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar baru itu akan mengambil kira mutu perkhidmatan sama ada ia memuaskan hati orang ramai atau sebaliknya, termasuk memastikan kurang kesesakan dan tahap kualiti yang tinggi.

"Menteri Kerja Raya (Datuk Shaziman Abu Mansor) menasihatkan saya supaya tunggu dulu (mengenai pengumuman kadar baru) kerana kita kini pada peringkat akhir melakukan kajian terhadap pakej menstruktur semula kadar tol.

"Bila saya umumkan (kadar baru itu) nanti, ia akan berdasarkan kepada prinsip memberi kepuasan kepada pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ibu pejabat baru PLUS Expressways Berhad (PLUS) yang dinamakan Persada PLUS di sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Shaziman dan Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.

Dalam pada itu, Najib berharap, PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambah bilangan lorong.

Beliau membayangkan kos penambahan lorong-lorong baru itu mungkin boleh dikongsi antara syarikat pemegang konsesi dan kerajaan untuk manfaat pengguna.

"Kalau ada laluan sesak, cepat-cepatlah tambah lorong. Soal kos (mungkin) boleh berunding dengan kerajaan.

"Kita boleh tengok (bagaimana keadaannya). Mungkin boleh diamalkan prinsip berkongsi kos untuk menambah lorong baru tersebut.

"(Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan sedikit, orang tidak akan marah sebab perjalanan akan menjadi bertambah lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Menurut Najib, syarikat dan badan kerajaan lain yang banyak berhubung dengan orang ramai juga harus mencontohi PLUS yang meletakkan standard tinggi terhadap kemudahan termasuk menyediakan tandas yang bersih.

"Isteri saya juga minta saya sebut kejayaan kaum wanita di PLUS. Banyak jawatan penting dipegang oleh kaum wanita dan orang lelaki hanya jaga secara keseluruhan sahaja," ujarnya berseloroh.

Selepas majlis itu, Rosmah turut meluangkan masa merasmikan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak PLUS yang terletak dalam kawasan ibu pejabat syarikat itu.

Penubuhan pusat itu adalah untuk membolehkan anak-anak kakitangan syarikat berkenaan mendapat pendidikan pada usia muda antara tiga hingga enam tahun.

Sementara itu, Shaziman yang ditemui selepas majlis itu berkata, kadar baru tol itu kini sedang dikaji oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Ia masih dibincang di bawah UKAS dan kita (Kementerian Kerja Raya) akan memberi input. Sabar-sabar sikit. Bila telah siap kita akan maklumkan," ujarnya.

Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my (UTUSAN MELOYAKAN RAKYAT MALAYSIA)

{hasil daripada pelancaran kerajaan Melaya 1Malaysia, sambutan tahun baru sangat meriah dengan KENAIKAN HARGA BARANG mentah secara mendadak malah ia digambarkan seperti "MEMASUKKAN RACUN TIKUS DI DALAM GULA, KALAU TERMAKAN TAK MATI TERUS, TAPI KESANNYA SANGAT KETARA KEPADA KESIHATAN".

Baru je rakyat dihentak oleh kerajaan 1Malaysia dengan kenaikan harga gula rm1.65, maka banyak lagi kenaikan terhadap beberapa hg barangan lain seperti bawang 10%-70%, tepung dan macm2 lagi. yang ditunggu sekarang ialah kenaikan TOL.

TOL... TOL... TOL... hampir setiap minggu pergi KL... orang Lembah Kelang dan seangkatan dengannya mengunakan setiap hari. Amatlah zalim kerajaan 1Malaysia Al-Altantuyya dalam mentadbir negara ini. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk membebankan rakyat, tapi untuk membela nasib dan kebajikan rakyat. Kalaulah macamni kerajaan 1Malaysia buat, PRU13 nanti pasti akan tumbang} Allah bersama orang2 yang teraniaya...

1 Responses to TOL NAIK LAGI...? DARI RAKYAT UNTUK KERAJAAN 1MALAYSIA

  1. budak tol Says:
  2. kerajaan dan miskin
    cara nak kayakan semula dengan cekik darah rakyat

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang