Kenyataan Media
AJK MASJID: UMNO tidak bantah?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu komen terbaru daripada Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid setelah selesai Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) baru-baru ini.
Rakyat maklum bahawa pada Persidangan Ke-169 MAIAMP yang telah di pengerusikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini, Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Negeri Perak tidak menghantar wakil kerana Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam telah mengikuti rombongan Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Arab Saudi. Walaupun Datuk Najmuddin Alias Al-Hafiz selaku Penasihat Agama Islam kepada Menteri Besar kudeta, beliau tidak layak untuk hadir di dalam persidangan tersebut.
Dilihat jelas UMNO tidak mementingkan urusan Agama Islam di tambah pula dengan suasana tegang berkaitan kalimah Allah dan berbagai isu Agama Islam yang perlu di tangani segera. UMNO seolah-olah tidak menghormati Raja Dr Nazrin Shah semasa persidangan tersebut berlangsung kerana tiada seorang pun wakilnya yang hadir dalam persidangan tersebut. Isu AJK Masjid yang masih belum selesai, jelas memperlihatkan bahawa UMNO tidak serius di dalam perkembangan Agama Islam di Negeri Perak khasnya. DPPN Pk mendesak supaya UMNO menghormati keputusan perlantikan AJK Masjid yang telah di perkenan oleh Raja Dr Nazrin Shah dan tidak menggunakan saluran media untuk mencari kesalahan yang sepatutnya di bawa semasa persidangan tersebut.
DPPN Pk akan menunggu respon daripada UMNO berkaitan perlantikan AJK Masjid ini. UMNO jangan cuba merosakkan institusi Masjid sebagai gelanggang dan juga pentas politik murahan mereka. DPPN Pk memohon Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Di Pertua MAIAMP agar tidak tunduk dengan desakan UMNO untuk menjadikan AJK Masjid sebagai AJK Masjid UMNO.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
www.pas.org.my
{mcm nakkata memperjuangkan Islam, kalau dalam soal nak menguruskan organisasi agamapun tidak diambil peduli- moga rakyat perak lebih nampak dengan jelas bahawa kerajaan Black-UMNO tidak serius memperjuangkan Islam dan hak2 rakyat sejagat}
0 Responses to AJK MASJID PERAK: UMNO bantah ???