Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Tarikh sama program ‘perang saraf’, PAS dakwa Umno tertekan

Berita drp: MaranDaily Selasa, 29 Disember 2009

PETALING JAYA, Dis 29 — PAS mendakwa Umno kian tertekan dengan agenda kempen mereka “Umno Pengkhianat Rakyat” yang akan dilancarkan awal bulan depan, kata Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian ekoran langkah Umno menetapkan tarikh yang sama untuk melancarkan program “Umno Juara Rakyat”.

Kedua-dua parti akan melancarkan program berlawanan matlamat di negeri yang sama dan pada tarikh yang sama.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan secara rasmi program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Jan.

Program Umno Juara Rakyat akan diteruskan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Kempen Umno Pengkhianat Rakyat pula akan dilancarkan pada Seminar Penerangan Isu-isu Semasa PAS di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah untuk menunjuk dan mengingatkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat.

“PAS telah menetapkan tarikh pelancaran lebih awal iaitu pada 9 Jan 2010 dan Umno juga terdesak mengikuti rentak PAS dan melancarkan kempen mereka pada tarikh yang sama.

“Jelas di situ bahawa Umnolah yang iri hati pada PAS bukannya PAS kerana hasrat kita adalah untuk mendedahkan segala pengkhianatan mereka,” kata Idris dalam tulisan blognya.

Idris menambah PAS tidak akan berdiam diri melihat rakyat terus tertipu dengan kempen Umno Juara Rakyat kerana rakyat perlu tahu sikap sebenar Umno terhadap mereka.

Katanya kempen tahun hadapan bukan untuk menentang Umno sahaja, tetapi seluruh organisasi BN.

“Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk menggantikan Umno sebagai juara rakyat dan memastikan rakyat benar-benar mendapat pembelaan dan bukannya dizalimi seperti yang berlaku dalam isu royalti di Kelantan dan di seluruh negara sekarang,” katanya.

Posted by rakyat marhaen

0 Responses to Tarikh sama program ‘perang saraf’, PAS dakwa Umno tertekan

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang