Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

PAS anjur seminar Masa Depan Ekonomi Pahang

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 5 Disember 2009

Temerloh: Seminar Ekonomi anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang yang akan diadakan pada 6 Disember ini di Hotel Sri Malaysia, Kuantan dijangka mendapat sambutan yang menggalakan dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui perkembangan isu-isu ekonomi semasa khususnya di negeri Pahang.

Setiausaha Penerangan PAS Pahang yang juga Pengerusi Sekretariat Penganjur, Hashim Abdullah berkata setakat ini pihaknya mendapat respons yang baik pelbagai pihak dari dan latar belakang masyarakat yang menyatakan kesediaan untuk hadir.

Pihak penganjur bagi seminar sehari bermula jam 8 pagi itu telah mengundang dan mendapat persetujuan berbagai latar belakang profesional, ahli politik dan pengamal ekonomi terlibat secara langsung sebagai panel yang akan membentangkan kertas kerja bertemakan ‘Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat ‘.

Turut menjadi panel seminar ialah waki rakyat dari Pakatan Rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN) dan juga Ahli Parlimen.

‘Kita telah juga mengundang berbagai latar belakang masyarakat untuk hadir sebagai peserta yang boleh mengambil bahagian secara terbuka dalam program yang diaturkan”.

“Pihak penganjur juga turut menjemput wakil media untuk membuat liputan secara terbuka bermula jam 9 pagi dan satu sidang media khas akan diadakan selepas seminar yang dijangka tamat jam 4.30 petang,” katanya.

Perasmian seminar ini akan di lakukan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Hussam Musa dan penutupnya pula dijangka oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dua kertas kerja akan dibentangkan oleh YB Dr Dzulkifli Ahmad dan Penasihat Ekonomi Kedah Dr Abdul Wahab Ismail. Kesemua pembentangan akan diikuti ulasan-ulasan daripada profesional mengikut larat belakang masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En Hashim Abdullah di talian 019-9646900.

0 Responses to PAS anjur seminar Masa Depan Ekonomi Pahang

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang