Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

HG GULA NAIK 20SEN - TANDA KERAJAAN 1MALAYSIA TIDAK BERKEBAJIKAN

Berita drp: MaranDaily Khamis, 31 Disember 2009

Bertepatan dengan sloga rakyat didahulukan (untuk dibuat korban), harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Pengumuman kenaikan hanya dilafazkan oleh pegawai kementerian, mana menterinya Datuk Seri Ismail sabri Yaakob?

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Satu kesilapan pemahaman, orang menganggap memberi subsidi bermakna seolah-olah kerajaan terpaksa menanggung lebih kos. Sebenarnya subsidi itu dibayar melalui cukai yang dibayar rakyat, maknanya jika subsidi ditambah bagi menampung kenaikan gula dunia kerajaan tidak rugi kerana cukai itu dikutip dari rakyat dan dikembalikan kepada rakyat.

Subsidi bukan bermakna kerajaan membazir wang seperti yang banyak dilakukan dalam penyelewengan-penyelewengan oleh kerajaan, tetapi ia kembali kepada rakyat iaitu antar sumber yang membiayai kerajaan.

Yang menghairankan, kenapa kerajaan pimpinan Umno/BN lokek benar dengan rakyat tetapi sangat berlembut dengan golongan peniaga dan kapitalis. Kes ini sama dengan sikap terburu-buru kerajaan menaikkan harga minyak.

Bagaimana bila harga gula dunia turun nanti? Lazimnya harga sesuatu barangan yang naik tidak akan turun-turun dan rakyatlah yang terpaksa menaggung atau memberi subsidi kepada kerajaan pula pada waktu itu.

Kenaikan ini juga tidak sesuai terutama menjelang tahun baru di mana ibu bapa sedang berhempas pulas mengeluarkan wang tabung bagi persediaan anak-anak kembali ke sekolah atau ke pengajian yang lebih tinggi.

Jika kerajaan BN tidak sanggup lagi membela rakyat dengan membelakangkan ‘Tradisi membela rakyat’ dan menghumban konsep ‘rakyat didahulukan pencapaian dilaksanakan’, maka sepatutnya lebih awal lagi Umno/BN menyerahkan pentadbiran ini kepada kerajaan Pakatan!

SidangOnline

{Kerajaan 1Malaysia yang kian nazak dan erus menekan rakyat dengan slogam gula2nya "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Malam ni Harga Gula Naik, esok roti & tepung akan mengikuti jejak gula. Lepas ni...? macam akan naik sama. Rakyat akan lihat bahawa, tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah kian diabaikan dan diungkit2, ini menunjukkan tempoh pentadbiran kerajaan 1Malaysia Al-Atantuyya akan berakhir. Semoga, doa tok guru diterima Allah"}

1 Responses to HG GULA NAIK 20SEN - TANDA KERAJAAN 1MALAYSIA TIDAK BERKEBAJIKAN

  1. MaranDaily Says:
  2. gula bahaya kepada pemakan sahaja...
    kerajaan 1Malaysia bahaya kepada semua rakyat...

    salam 2010...

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang