Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Ramal PRU-13 2010, PAS rangka pelan kemenangan

Berita drp: MaranDaily Selasa, 10 November 2009

by: sidangonline.net

PAS sudah turun padang untuk memulakan segera usaha merangka pelan tindakan kemenangan dengan meramalkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan diadakan tahun depan.

Malah, PAS juga mahu menyediakan pelan tindakan kemenangan itu untuk dibentangkan bersama pada konvensyen khas Pakatan Rakyat dijadual bulan depan, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Selaras dengan resolusi semalam, kami akan menyediakan pelan tindakan kemenangan. Secara mental kami juga hendak membuat persiapan menjelang konvensyen Pakatan Rakyat.

“Usaha ini juga akan diberi penekanan oleh Pakatan Rakyat dengan menyediakan pelan tindakan lebih besar tetapi PAS juga mahu membuat rangka persediaan ke arah itu,” kata bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS ini ketika mengulas hasil seminar politik parti itu semalam.

PAS juga dijangka akan mengadakan “retreat” jawatankuasa pusat awal tahun depan bagi membincangkan resolusi seminar politik semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor memberitahu, pelan tindakan itu akan memfokus dua sasaran iaitu mengekalkan penyokong tegar dari kalangan pengundi beragama Islam dan menarik sokongan bukan Islam dengan memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS.

Seminar politik semalam meluluskan lima resolusi iaitu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertingkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, meningkatkan sokongan bukan Islam dengan menubuhkan sayap Kelab Penyokong PAS dan memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti peringkat akar umbi di seluruh negara.

Dua resolusi lain ialah menarik sokongan golongan muda terhadap PAS dan menyediakan pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional bertemakan PAS Untuk Semua.

PAS mengadakan seminar politik bagi mengantikan Muktamar Agung Khas (EGM) yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu.

Salah satu hasil kajian pemerhati politik yang dibentangkan semalam menunjukkan sokongan golongan muda terhadap PAS kini semakin merosot.

Laporan itu memetik kajian pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendapati 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran PAS sangat baik ketika pilihan raya umum ke-12, kini berubah pantas.

Kajian itu juga menyebut perubahan ketara berlaku di kalangan golongan yang berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan antara 31 dan 40 tahun.

Ketika ditanya apakah PAS meramalkan kemungkinan PRU Ke-13 akan diadakan tahun depan, DZulkefly tidak menolak kemungkinan itu.

“Ya… jika gagasan 1 Malaysia yang digerakkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) berjalan dengan baik. Malah, Najib juga mengatakan bahawa sokongan orang-orang India sudah mula kembali (kepada Barisan Nasional). Begitu juga sokongan orang Cina dan orang Melayu.

“Cuma satu perkara yang menghalang ialah soal ekonomi,” kata beliau sambil menambah, Najib selaku Pengerusi BN akan memerlukan mandat sendiri untuk menerajui kerajaan.

Mandat semasa akan berakhir April 2013.

Najib yang baru sahaja membentangkan cadangan Belanjawan 2010 akan mengemukakan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) tahun depan.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang dipetik Bernama berkata, cadangan beliau untuk mengadakan EGM adalah bagi menyampaikan mesej bahawa sokongan terhadap parti itu kini semakin berkurangan.

Beliau berkata, walaupun diganti dengan seminar tetapi matlamat asal untuk menyampaikan mesej itu kepada anggota parti sudah tercapai dan kini terserah kepada mereka untuk menentukannya.

“Itulah sebabnya, saya nak gerakkan supaya diadakan EGM atau seminar kerana kedua-dua itu telah cukup untuk disampaikan kepada anggota.

“Bagi saya EGM tak apa, seminar tak apa, (yang penting) mesej saya telah sampai, terpulang kepada ahli-ahli untuk menggunakannya atau tidak,” kata beliau di Kota Bahru.

[bersiap siagalah wahai pejuang islam, mantapkan organisasi & usrah, tingkatkan kerja, eratkan hubungan dengan masyarakat, ringan ringankan tangan untuk kerja dan sedekah. Agar segala komitment kita akan dikira sebagai ibadah oleh Allah. InsyaAllah kemenangan milik pejuang Islam dalam PRU-13 nanti]

0 Responses to Ramal PRU-13 2010, PAS rangka pelan kemenangan

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang