Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Projek Tak Terancang & Terurus- Rakyat Yang Rugi...

Berita drp: MaranDaily Jumaat, 13 November 2009

Chenor (14.11.09): Chenor, bandar klasik yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Tanah warisan diraja dan lahirnya pemimpin-pemimpin tertinggi negeri yang sepatutnya memberi "impak maksimum" dari segi pembangunan khusunya.

Tapi, khabar sejarah tak seindah rupa. Bak kata pujangga power, suara sedap tapi rupanya hampeh. Inilah gambaran seadanya dapat diberikan kepada Bandar lama Chenor, maran Pahang darul Makmur.

Bagi mendapat simpati dan sangungan rakyat, pelbagai projek mee segera yang tiada masa depan dibina. Malah, ia seakan2 mengambarkan pimpinan @ YB yang dilantik tidak mempunyai pandangan jauh berbanding orang kampung.
Antara projek yang menjadi perhatian Unit Wartawan ICT Pas kawasan Maran ialah Astaka/ Pentas Chenor yang pada asalnya boleh menampung pelbagai aktiviti masyarakat dan belia. Apa yang menjadi masalah ialah tempat yang dibina tersorok daripada jalan utama. Keadaan ini menyebabkan ia terbiar sahaja.

Gambar di atas menunjukkan bahawa pagar untuk masuk ke pentas tersebut hampir roboh dan dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Bagi melengkapkan kemudahan yang ada, beberapa tandas dibina. Oleh kerana ia terletak agak terselindung daripada penduduk sekitar, maka ia seperti "rumah hantu" yang tidak digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk sekitar.Beginilah keadaan pentas/astaka yang dibina menelan belanja ratusan ribu ringgit hasil daripada pendapatan rakyat. Kalau digunapun hanya setahun sekali, tupun untuk program berakit. Kalau tak, tempat ni hanya digunakan oleh beberapa orang belia untuk melakukan maksiat dan vandelisem terhadapa yang ada.

Bertapa ruginya rakyat apabila pemimpin yang mereka pilih membuat perancangan yang sangat singkat dan tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat sekitar.

Oleh itu, amatlah berharap agar pihak YB, PBT Majlis Daerah Maran dan kuncu-kuncunya ambil perhatian terhadap perkara ini. Amat celakalah jika kita tidak amanah dengana apa yang telah diamanahkan oleh rakyat.



Sumber: Unit Wartawan LiCT PasMaran

0 Responses to Projek Tak Terancang & Terurus- Rakyat Yang Rugi...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang