Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

KORBAN 2 EKOR LEMBU DI KG BOK-BOK, BT 13 MARAN...

Berita drp: MaranDaily Ahad, 29 November 2009



Maran (29/11/09): Kampung Bok Bok merupakan salah satu perkampungan orang asli yang berada di Negeri pahang iaitu terletak di Batu 13, Maran. Penduduknya terdiri daripada pelbagai lapisan agama dan umur. Kg ini dipimpin oleh Tok batin yang berumur lingkungan 30-an.

Bagi mendekatkan diri dengan masyarakat orang asli, Yayasan Amal Malaysia Pahang bersama-sama Pejabat Agama Islam Daerah Chenor telah menyumbangkan 2 ekor lembu untuk dijadikan korban dan dagingnya diagihkan kepada masyarakat orang asli di kampung tersebut.

Majlis tersebut telah bermula jam 9.00pg yang dibantu oleh Unit Amal, Pimpinan Pas Kawasan Maran dan masyarakat sekitar. Perjalanan majlis ini lancar dan dihadiri oleh hampir semua masyarakat orang asli di sini.

Yayasan Amal Malaysia Negeri pahang telah diwakili Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman & Najmuddin, dan Pejabat Agama Islam Chenor pula diwakili oleh Ustaz Azhar & 3 orang lagi wakil. Manakala Pimpinan Pas Kawasan Maran yang turut serta ialah Naib YDP Jaapar Mat Tan, Setiausaha En. Abdussomad Abdullah, Ketua Lajnah ICT Shamsuri, SUK Khairul Ikhwan dan ramai lagi.

Hasil kerjasama ini, Pejabat Agama Islam Chenor akan menganjurkan program kemasyarakatan sekali lagi di Kampung Bok-bok dalam tempoh masa terdekat dengan bantuan dan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Pahang, Pas Kawasan Maran, NGO-NGO dan semua masyarakat sekitar. Semoga dengan cara ini, masyarakat orang asli akan lebih memahami Islam serta mendapat perhatian terutamanya soal kebajikan yang sering disisihkan oleh kerajaan.

0 Responses to KORBAN 2 EKOR LEMBU DI KG BOK-BOK, BT 13 MARAN...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang