Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Generasi Muda & Generasi ke-2 Felda Akan Terbela...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 28 November 2009

Kuala Sentul: Dalam menyampaikan dakwah dan penerangan ke peringkat akar umbi, Pas Negeri Pahang melalui Pas Kawasan Maran telah menganjurkan satu ceramah umum yang disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan Pas Pahang iaitu Ust. Roslan Zainal Al-Ahmadi & Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu Ust Nasruddin Hassan At-Tantawi.

Dalam ucapan Ust Roslan, beliau menekankan bahawa pas pahang yang membawa dasar Islam akan memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan rakyat pahang terutamanya golongan muda di seluruh negeri dan generasi kedua di felda-felda yang telah dianak tirikan oleh kerajaan UMNO-BN.

Generasi kedua ini terkenal dengan golongan belia yang tidak mempunyai rumah sendiri malah tidak diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri oleh pihak kerajaan. Malah, golongan ini sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerana tidak mempunyai jaminan kewangan untuk menyokong permohonan pinjaman tersebut.

Oleh itu, jika rakyat pahang memberi mandat kepada pas pahang dan pusat mentadbir negeri dan pusat, tumpuan akan diberikan kepada rakyat yang sangat memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Beliau juga memberi penekanan bahawa, jika pas mentadbir negeri pahang, pusat pentadbiran negeri akan dipindahkan ke Temerloh memandangkan Temerloh adalah bandar kedua terbesar selepas Kuantan. Dengan perpindahan pusat pentadbiran ini, ia akan menseragamkan pebangunan di negeri Pahang tanpa terlalu memberi tumpuan pembangunan kepada Bandar Kuantan sahaja.

InsyaAllah, dengan usaha yang tidak pernah pudar dalam diri pejuang-pejuang pas serta sokongan daripada ahli dan rakyat pahang, pas akan menguasai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.

0 Responses to Generasi Muda & Generasi ke-2 Felda Akan Terbela...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang