Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Perlawanan 3 Penjuru di Permatang Pasir...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 15 Ogos 2009

PERMATANG PAUH - Rakyat dan pengundi di DUN Permatang Pasir perlu bijak untuk membuat pilihan siapakah Wakil Rakyat mereka selepas ini. Bahang pilihanraya kecil kawasan itu semakin terasa bila kesemua calon yang bertanding telah diumumkan semalam oleh parti masing-masing. Tiga calon telah disebut untuk berentap disitu iaitu dua dari calon berparti dan seorang lagi calon tidak berparti. Apapun, persaingan sengit mungkin akan berlaku antara calon BN dan juga PAS di situ nanti. Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN). Pemilihan beliau diumumkan Timbalan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu PAS pula telah memilih Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calon pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Perkara itu telah diputuskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang malam tadi.

Dengan itu, tiga calon sudah diumumkan akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Semalam, seorang ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 42, mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas, kali ketiga selepas dua kali tewas pilihan raya kecil sebelum ini, iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Penanti, juga di Pulau Pinang. Tinjauan krew PDO ke Permatang Pasir semalam, mendapati bahang pilihanraya semakin terasa. Namun kemeriahannya masih belum terpancar, mungkin dek kerana suasana pilihanraya menjelang bulan Ramadhan dan juga rakyat yang masih diselubungi dengan virus Influaenza A H1N1 sekarang ini. sumber: PDO

Bagi PAS, kemenangan di Permatang Pasir nanti adalah untuk orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, kemenangan nanti bererti sokongan kepada kerajaan pimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng di negeri itu. Bagi PKR, kemenangan di sini bererti sokongan terus menerus kepada anggota Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menyatakan bahawa kemenangan Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, adalah menjadi keperluan supaya kerusi Dun Permatang Pasir kekal kemenangannya di tangan PAS kerana ia adalah satu keperluan walaupun hanya dengan satu kerusi yang ada di Pulau Pinang.

"Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini.

"Perkara ini bukan hanya setakat amalan soleh sahaja malah ia adalah suatu keperluan untuk membela dalam banyak perkara dan isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

"Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh iaitu dalam kawasan pilihan raya Permatang Pasir.
Tidak boleh 'over confident'

PAS juga mengarahkan seluruh jenteranya meletakkan keputusan Pilihan Raya Umum 2004 sebagai kayu ukur yang hanya menang 500 lebih kerusi berbanding PRU 2008 dengan memperolehi lebih 5000 majoriti undi.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada satu pertemuan dengan kesemua jentera kempen bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir malam tadi.
"Kita turun bukan dalam keadaan selesa. Kita mesti turun dengan semangat 2004 bukan 2008. Kita tidak boleh 'over confident' sangat," ujarnya kepada seluruh jentera.

Oleh itu katanya, jentera PAS perlu bekerja kuat menggunakan segenap ruang sepanjang tempoh berkempen untuk menarik pengundi baru dengan tidak mengabaikan pengundi sedia ada.

Melihat kepada senario dan politik semasa, PAS yakin isu pengkhianat melayu akan terus dicanang habis habisan oleh Umno BN pada pilihan raya kali ini.

"Kita yakin isu pengkhianat melayu akan dimainkan Umno BN, sebab itu kita perlu bersedia awal berdepan dengan serangan itu," tambah Ustaz Idris.

Dalam pada itu, Majlis pengumuman calon PAS bagi pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir akan diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam 9 malam ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

Dijangka kesemua pemimpin utama pakatan rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara.
Tinjauan wartawan ke tapak majlis pada malam ini mendapati, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh jentera khususnya bagi menerima kehadiran ramai penyokong tempatan dan dari luar. - azm



[pasMaran telah menghantar beberapa orang petugas awal bagi membantu petugas2 PR Permatang Pasir bagi mengekalkan kemenangan yang sediaada. Walau bagaimanapun, pasMaran bersedia bila-bila masa untuk menghantar lebih ramai petugas bagi memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon PAS]

0 Responses to Perlawanan 3 Penjuru di Permatang Pasir...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang