Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Hadiah Kerajaan UMNO-BN di Hari Merdeka - Hg Minyak Naik Lagi

Berita drp: MaranDaily Selasa, 1 September 2009

KUALA LUMPUR, 31 Ogos Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok. Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum ini iaitu RM1.75. Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini. Ketika mengumumkan keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). "Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.

Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97. Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini. Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya. "Ia akan ditentukan oleh Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi. Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan. Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

[Pandai benar kerajaan BN mahu menipu rakyat, minyak RON95 gantikan RON92 dan atas nama subsidi maka rakyat tidak akan teraniaya dengan kenaikan RON97. Itulah alasan bangang yang diberikan oleh puak-puak yang tidak mahu memahami masalah yang bakal dihadapi rakyat selepas ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob akhirnya menjadi "balaci" untuk melempiaskan nafsu serakah puak-puak UMNO dalam merompak wang rakyat. Atas nama prihatin dan menjaga kebajikan akhirnya rakyat juga yang tertipu. Malah, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa, penyokong UMNO dan BN karat itu juga turut merana apabila kenaikan ini berkuatkuasa nanti. Apa yang pasti ialah dengan kenaikan minyak ini, maka barangan lain turut akan menyusul selepas ini. Rakyat juga yang terpaksa menanggung derita akibat keperihatinan BN ini].

PDO

0 Responses to Hadiah Kerajaan UMNO-BN di Hari Merdeka - Hg Minyak Naik Lagi

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang