Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

UMNO-BN Lancar Serangan di Kedah (Ust. Azizan)

Berita drp: MaranDaily Jumaat, 3 Julai 2009

"Ini media surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin(yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya."Demikian akhbar Sinar Harian memetik ulasan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan apa yang dikatakan krisis Pakatan Rakyat di Kedah.


Memang kita lihat dari TV3, Bernama TV, media arus perdana semuanya bersubahat dalam memainkan isu di Kedah, seolah nasib yang menimpa kawan-kawan di Perak akan turut menimpa kali ini pada kawan-kawan di Kedah. Maka akan jatuhlah sebuah lagi kerajaan negeri milik Pakatan Rakyat setelah jatuh satu di Perak.

Salah sebuah akhbar tempatan yang hebat memain peranan adalah akhbar milik MCA, The Star yang sejak satu dua hari ini seolah mentalkinkan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah. Hari ini terbukti kenyataan Anwar itu apabila penulis kanan akhbar berkenaan Joceline Tan pula membantu menambah keruhkan lagi suasana yang sebenarnya sekadar “rebut di cawan kopi” (memetik kata-kata Ustaz Azizan).

Joceline membakar hangus Ustaz Azizan seolah beliau tidak berkebolehan:“…………… is also not a very hands-on Menteri Besar. He leaves too many things to his subordinates and the civil service and that’s how things sometimes go seriously wrong.”

Seolah Ustaz Azizan bagaikan seorang yang hanya memetingkan akhirat dan melepaskan hal-hal dunia begitu sahaja:“He lives in his own world and,like many PAS leaders, is more concerned about the after life than with issues to do with life on earth”Joceline sebagaimana media perdana yang lain cuba memain dan melaga-lagakan isu perkauman dan agama apabila memutar-mutar isu seolah orang-orang PAS hanya pentingkan agama mereka dan tidak ambil pusing berkenaan kehendak masyarakat bukan Islam.

Bayangkan isu rumah sembelih babi mahu dijadikan senjata untuk menjatuhkan sebuah kerajaan! Anehnya babi juga senjata yang digunakan oleh orang-orang Umno di Selangor untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor satu ketika dahulu. Siapalah pembawa selsema babi ini?!!!

Berbalik kepada isu di Kedah, saya merasakan benar pertama ianya mainan media untuk menangguk di air keruh. Dapat apa sahaja kita guna asalkan kerajaan PR dapat jatuh walaupun kerajaan PR Kedah pada hakikatnya berdiri agak teguh dengan 22 kerusi (tolak 1 jika benar DAP mahu jadi Bebas) berbanding BN hanya 14. Kedua sebagaimana dinyatakan oleh Ustaz Azizan ianya isu kecil dalam rumah tangga PR.

Masalahnya kenapa perlu kita melompat dan melenting. Pakatan Rakyat ditubuhkan atas dasar hormat-menghormati satu tahaluf siyasi antara parti-parti yang memiliki kepentingan bersama walaupun fahamannya berbeza.

Bawa berbincang, bawa berunding, kalau anak-menantu bergaduh maka ibu-bapa dan mertua perlu campur tangan menenangkan. Jangan sampai bercerai-berai.

Joceline dan rakan-rakannya yang punya agenda terhadap kerajaan PR dan PAS perlu sedar bahawa kerajaan PR di Kedah sehingga hari ini sunyi dari sebarang kontroversial besar dan sensasi sekaligus menunjukkan betapa teliti dan berwibawanya kerajaan negeri itu. Tiada krisis Perlembagaan di Kedah, tiada krisis dengan Tuanku malah parti-parti pembangkang di Kedah pun sehingga kini bagaikan ketandusan idea, diam membisu.

Lee Guan Aik, ADUN DAP Kedah itu perlu didisiplinkan. Muafakat membawa berkat, jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Di Pulau Pinang pun PAS hanya ada 1 kerusi. Banyak yang PAS tidak puas hati terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, tetapi kelambu tidak pernah mereka bakar. Isu Majlis Agama Islam Pulau Pinang, isuPembahagian kerusi PBT, penglibatan PAS dalam kerajaan negeri dan banyak lagi, tetapi akhbar bukan forumnya, bertindak keluar Pakatan dengan kekuatan hanyan1 kerusi bukan penyelesiannya.

Kepada media yang beragenda, jangan harap kerajaan Ustaz Azizan yang dibina dengan sokongan dan harapan rakyat itu akan jatuh dengan mainan anda. Kepada kawan-kawan dari DAP Kedah, bawa-bawalah berunding. Fikir-fikirkanlah kesan dari tindakan kita yang tidak matang itu.

Roslan

0 Responses to UMNO-BN Lancar Serangan di Kedah (Ust. Azizan)

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang