Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

PAS Pulau Pinang bertemu Blogger

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 4 Julai 2009

PULAU PINANG (Hrkh) - PAS Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan semua blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak lagi untuk menyampaikan misi terbaru sesuai dengan perkembangan hari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak berkata, pertemuan itu membawa banyak erti kepada PAS kerana peranan blogger tidak dinafikan membantu mengembangkan pengaruh Pakatan Rakyat dalam masa yang singkat.

"Melalui pertemuan itu nanti kita akan menerangkan misi dan visi terbaru PAS Negeri bagi diketengahkan dalam blog mereka. Kita juga berharap rakyat akan menerima corak dan persembahan PAS selari dengan perkembangan masa kini, " ujarnya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menambah, apa pun tempat dan waktu akan diberitahu kelak kerana buat masa ini Penerangan PAS Negeri sedang merancang mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Lajnah Penerangan PAS seluruh negeri untuk memperjelaskan misi dan visi terbaru itu.

Beliau berharap semua blogger di Pulau Pinang dapat bekerjasama dengan PAS untuk membuktikan PAS sebenarnya boleh merealisasikan perjuangan di negeri ini hasil kemenangan bersama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Menyedari hakikat itulah sambungnya, PAS memerlukan blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan peranan yang selama ini agak malap padahal semua tahu PAS lahir di Pulau Pinang.

"Tempat lahir PAS mestilah kuat bukan macam sekarang tidak menyengat. Oleh itu, satu pembaharuan mesti dilakukan demi perjuangan kita masa depan, " terangnya.

Menurut Zulkiply lagi, selepas ini beliau yakin PAS di Pulau Pinang dapat nafas baru dan beliau juga berharap semua lajnah lain melonjakkan produktivi dan kreativiti supaya perkembangan dan imej PAS dapat dibawa dengan baik.

(cadagan PAS Pulau Pinang sangat baik dan perlu disambut baik oleh seluruh PAS di semua negeri. Dengan cara mengumpulkan semua blogger yang pro-Islam ini akan membantu PAS dalam memberi penerangan dan kefahaman berkaitan perjuangan PAS kepada semua masyarakat samada Islam atau non Islam.

InsyaAllah, Lajnah ICT Maran akan mengorak langkah yang sama serta menjadikan blogger sebagai pendakwah cyber serta e-penerangan bagi menyampaikan maklumat benar dan berguna kepada semua masyarakat)

0 Responses to PAS Pulau Pinang bertemu Blogger

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang