Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dan seluruh warga Lajnah ICT Pas Pusat mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Abu Hasan Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Lipis pada malam Rabu lepas.
"Semoga keluarga allahyarham diilham kesabaran tinggi dan tabah menerima takdir Allah," ujar Ustaz Ghani ketika dimaklumkan berita tersebut.

Menurut Ustaz Ghani, berita pemergian Pengarah ICT Negeri Pahang itu dalam keadaan memeranjatkan semua pihak. Malah pada hari yang sama beliau dimaklumkan masih mengfaks salinan pencarum baru Dana Takwa bagi kawasan Lipis dan masih menghubungi pejabat Perhubungan Negeri untuk mendapatkan nombor kad pengenalan Pesuruhjaya PAS Pahang bagi membuat permit ceramah.

"Dari Nya kita datang dan kepada Nya juga kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman setimpal kerja amalnya bersama PAS," tambahnya.

Menyatakan hiba dan sedih dengan berita tersebut beliau turut meminta bahagian kebajikan peringkat negeri memberi sebarang mesej yang berbentuk khidmat kepada keluarga allahyarham yang juga berkhidmat sebagai Setiausaha PAS Kawasan Lipis dan ejen Dana Takwa.

Allahyarham menunjukkan prestasi yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang khidmat beliau bersama ICT Negeri, malah beliau komited dalam laporan ICT Negeri ketika dihubungi sebelum muktamar baru-baru ini.

Seluruh staf Bilik ICT mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Balasungkawa Haji Abu Hasan Mohamad. -

{sehubungan itu, Lajnah ICT Maran dan semua AJK PAS Maran mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham}.

Al-Fatihah!

0 Responses to Salam takziah buat keluarga Pengarah ICT Negeri Pahang - LICT PAS Pusat

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang