Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Berikutan kenyataan terbaru tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Saiful Bukhari Azlan (foto) tidak mempunyai kesan dan tanda-tanda diliwat, maka ramai yang menganggap kes ini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bagi mereka, mana mungkin orang yang tidak diliwat masih mahu mempertahankan dia diliwat.

Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa Saiful adalah seorang manusia yang "gila populariti" dan sedang menunggu sesuatu habuan sebenarnya. Kenyataan demi kenyataan yang dibuat dalam blog peribadinya antara lain seolah-olah "memperli" Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes ini. Malah beliau seolah-olah masih ingin mempertahankan dirinya diliwat biarpun apa jua laporan yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Saiful bijak menggunakan "ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi" untuk menunjukkan dirinya begitu alim dan faham tentang Islam. Malah beliau juga sering menyebut "Kepada Allah Ku Mohon Kekuatan dan Berserah.. Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!" dalam setiap posting yang dibuat dalam blog peribadinya www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Wajarkan mamat Saiful ini bermain dengan agama untuk mempertahankan kebobrokan yang dilakukannya. Beliau langsung tidak merasa bersalah pabila orang mempersoalkan tentang hubungan intim beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Malah kami juga mempunyai maklumat tentang enam panggilan terakhir Saiful sebelum beliau membuat laporan polis terhadap Anwar Jun 2008 dulu. Daripada rekod panggilan tersebut, jelas membuktikan yang Saiful telah berhubung secara langsung dengan Mindef (Kementerian Pertahanan) sejak Februari 2008 lagi, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim.

Apakah makna semua ini?. Malah dari rekod panggilan beliau jelas menunjukkan bahawa Saiful telah berhubung dengan Mindef hampir setiap hari ketika bekerja dengan Anwar dulu. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang munasabah untuk mengaitkan hubungan Saiful dengan pihak-pihak tertentu yang merencanakan tuduhan liwat versi kedua terhadap Anwar ini. Saiful boleh menggunakan agama, untuk menunjukkan kononnya beliau berada dipihak yang benar. Jika agama digunakan, maka kes ini sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Tinggi. Tapi, sebaliknya pula yang berlaku. Soalnya, kenapa Saiful begitu "yakin" beliau dipihak yang benar biarpun majoriti rakyat menggambarkan beliau menfitnah Anwar sebenarnya?. Jawapannya cukup mudah, Saiful berani kerana ada orang "dibelakangnya" yang akan memastikan beliau menang.

Justeru itu Saiful berani mengatakan yang aktiviti liwatnya dengan Anwar telah divideokan dan akan didedahkan di mahkamah kelak. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk akal sebenarnya. Siapakah yang merakamkan aksi "memualkan" itu sebenarnya?. Inilah yang menimbulkan lebih banyak persoalan tentang kes ini. Saiful tidak perlu terlalu yakin hanya kerana beliau didampingi oleh "pihak-pihak tertentu".

Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini. Kenapakah Saiful masih mahukan populariti kes ini ?. Apakah dek kerana beliau masih menagih baki habuan yang telah dijanjikan kepadanya itu agaknya?

Secara logiknya, jika kes Saiful ini ada "relevannya" sudah pasti ramai peguam-peguam terkenal akan mengambil kes itu. Namun, ternyata Saiful hanya layak dibela oleh seorang peguam "cap ayam" yang langsung tidak popular jika dibandingkan dengan barisan sembilan orang peguam Anwar yang cukup berwibawa dan profesional. Namun, dek kerana beliau yakin yang dirinya pasti akan menang dan Anwar pasti akan ke dalam (Penjara Sg.Buloh) sekali lagi maka itulah Saiful berani bercakap seolah-olah beliau berada dipihak yang benar.

Secara logiknya juga, jika berlaku kes rogol dan sebagainya. Sudah pasti ibubapa mangsa akan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan dan kesahihan kes itu. Jika terbukti laporan doktor, maka barulah kes tersebut boleh dibawa kepada peguam dan mahkamah. Namun, jika laporan prubatan menyatakan sebaliknya maka apakah mahkamah boleh menerima keterangan yang mangsa telah dirogol hanya berlandaskan bukti-bukti yang telah dicipta. Inilah yang berlaku kepada Saiful sebenarny.a Biarpun laporan perubatan mengesahkan dia tidak diliwat, tetapi beliau terpaksa menyudahkan skrip yang telah dicipta. Terpaksalah beliau mempertahankan kononnya dia diliwat Anwar, bairpun sebaliknya.

Akhirnya beliau menjaja ke sana sini tanpa rasa malu yang dia telah diliwat. Kerana apa ini berlaku, kerana Saiful yakin yang pihak polis pasti akan menyediakan bukti-bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar tanpa berlandaskan laporan perubatan tersebut. Inilah masalah sebenarnya yang menyebabkan Anwar memohon kes ditarik balik dan perbicaraan tidak dijalankan. Ini kerana, beliau sudah tidak yakin lagi dengan mahkamah di Malaysia terutamanya dalam kes ini.

[Apa akan berlaku, jika di mahkamah kelak Pendakwa Raya mengeluarkan bukti-bukti mengejutkan tentang aktiviti tersebut. Dek kerana takut peguam Anwar tahu apakah bukti yang akan dikeluarkan nanti, maka mereka seboleh-bolehnya tidak mahu menyerahkan segala bahan dan dokumen berkaitan kepada peguam Anwar. Semua ini memperkukuhkan lagi hujjah bahawa memang terdapat "konspirasi peringkat tertinggi" untuk memastikan Anwar bersalah dalam kes terbaru ini. Kes bertambah parah jika hakim-hakim "Coklat Hacks Agaustine Paul" dan "Burung Kakak Tua Ariffin Jaka" diberikan tugas untuk mengendalikan kes ini. Atau pun, jika bukan mereka yang mengendalikannya maka sudah pasti hakim yang "spesisnya sama" macam mereka.

Dengan cara ini sahaja mereka boleh memastikan Anwar tewas dan bakal ke dalam lagi. Maka, jelaslah disini bahawa kes liwat Saiful harus ditamatkan dan perbicaraan dibatalkan. Jika ia diteruskan juga, pincanglah kehakiman negara bila Anwar terpaksa berhadapan dengan hakim, polis, peguam, pendakwaraya dan semua pihak yang telah bersedia dengan berbagai bahan dan dokumen untuk mensabitkan Anwar dengan pertuduhan ini].


sumber: pahangdaily

0 Responses to Eksklusif: Kontroversi Liwat, Laporan Perubatan Jelas Buktikan Tiada Kesan, Tetapi Saiful Masih Mahukan Populariti Demi Menagih Baki Habuan

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang