"Permohonan ESQ didengar 10 Ogos, Mahkamah Tinggi benar semakan bagi batalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan" Sinar 4 Ogos 2010 (N10-Jenayah)
Berdasarkan berita yang dipaparkan oleh sinar, ia mengambarkan bahawa Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri/Kebangsaan boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Malah, Mahkamah Tinggi melalui Mahkamah Sivil berhak dan berkuasa untuk membuat semakan bagi membatalkan fatwa-fatwa yang telah diwartakan.
Ummat Islam di Malaysia dan dunia semakin terancam apabila undang-undang sivil mampu melawan undang-undang Syariah. Ini akan menyebabkan segala hukum yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa boleh dipinda oleh Mahkamah Sivil.
Berdasarkan mengamatan MaranDaily terhadap kes ini, sepatutnya ESQ meminda semua 10 perkara yang terpesong daripada akidah Islam yang digariskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukannya mencabarnya di mahkamah. Perbuatan mencabar hukum fatwa yang telah diwartakan boleh memberi kesan yang besar terhadap perundangan Islam serta menjejaskan fatwa-fatwa lain yang telah lama diwartakan.
MaranDaily berharap semua ummat Islam bersatu hati dan teguh dengan Al-Quran, Sunnah, Ijtihad, Ijmak & Qias. Jika budaya mempertikaikan fatwa ini berleluasan dan berterusan, amat besar ancaman golongan ini terhadap kesucian Islam.
MaranDaily
"Pertahankan Islam Walaupun ke Titisan Darah Terakhir"
Catatan Dhuha april 2019
5 tahun yang lalu
Jangan biarkan hukum islam diperkotak katikkan oleh manusia yang sekadar mengaku Islam sahaja...
Nampaknya Golongan ESQ telah terpesong jauh. Harap negeri lain dapat mengharamkan pelaksanaan ESQ sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Mufti KL.