MARAN: Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Maran, Haji Rabu Tariman,73 tahun meninggal dunia di Hospital Temerloh sekitar jam 9 pagi tadi akibat serangan stroke.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Maran, Mohd Khairul Ikhwan jenazah allahyarham Haji Rabu akan dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 20 selepas solat Jumaat ini.
Semasa hayatnya allahyarham pernah memegang jawatan sebagai bendahari PAS kawasan Maran selama 17 tahun. Allahyarham merupakan aktivis terawal membangunkan PAS kawasan tersebut. Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan seorang isteri.
Pemangku Yang Di Pertua PAS Maran, Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman ketika dihubungi Pahangkini.net sebentar tadi melahirkan rasa sedih diatas pemergian allahyarham sambil menyifatkanya seorang tokoh yang gigih berjuang.
”Allahyarham merupakan aktivis PAS yang sangat gigih. Kita kehilangan seorang tokoh yang amat berjasa kepada perjuangan Islam khususnya di kawasan Maran ini. Bagi pihak PAS Maran saya mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dan berharap dapat bersabar atas kehilangan orang yang tersayang,” katanya. - pahangkini.net
{Al-Fatihah untuk Roh Arwah. Moga perjuangan yang dilakukan oleh arwah dalam usaha bersama2 PAS untuk menegakkan Syiar Islam di Pahang akan diRahmati Allah serta tergolong di kalangan pejuang2 Islam... ibnuhussin}
innalillah wa inna lillahi rojiunn...
moga roh arwah dicucuri rahmatNYA..
salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah..