Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

UM-NO... Punca Parahnya Remaja Masa Kini...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 6 Mac 2010

Oleh: Hashim Abdullah

TEMERLOH: Perjuangan yang dibawa oleh PAS bukan semata-mata untuk memberi kefahaman terhadap Islam malahan juga mengajak rakyat membuat perubahan minda ke arah terbentuknya sebuah kerajaan yang baik dan adil kata Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.

Berucap dalam program ceramah kelompok anjuran PAS Kawasan Temerloh, di Kampung Batu 7, dekat sini, semalam Abdul Rahim menekankan perlunya rakyat sedar setiap isu yang berlaku dalam negara dan persekitaran mereka akan memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada kehidupan dunia malahan akhirat.

“Rakyat boleh melihat kepincangan yang berlaku dalam masyarakat adalah akibat daripada pemimpin tidak melaksanakan tanggung-jawab menjaga agama dan membela rakyat.

“Kita boleh melihat gejala sosial yang kian parah, anak kecil hasil daripada perzinaan dibuang dan dibakar, ada yang dipijak hingga pecah kepala dan mati. Perbuatan sedemikian bukan lagi perbuatan manusia tetapi bersifat binatang, tidakkah kita sedih dengan apa yang berlaku,” soalnya.

Abdul Rahim menegaskan masalah sosial dan segala kepincangan yang berlaku adalah akibat daripada kedegilan pemerintah Umno yang tidak mahu kembali kepada sistem pemerintahan berasaskan Islam.

“Kita menyeru seluruh rakyat bangkit membuat perubahan menukar pemerintah yang ada yang terbukti gagal melaksanakan amanah membentuk kerajaan yang baik dan adil dengan Islam.

“Akibat kegagalan pemerintah Umno maka kehidupan rakyat terancam, jenayah sukar dibendung, amalan beragama kian luntur. Ini semua akan menjejaskan kehidupan kita bukan sahaja di dunia malahan akhirat juga. Sebab itu kita ajak rakyat buat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya. pahangkini.net

{Tok Guru dah berapa kali ulang, kalau UMNO ubah perlembagaan kepada AlQuran & Sunnah, Pas boleh dibubarkan. Yang penting perlaksanaannya perlu mengikut acuan Islam. Tapi, kita tengok hari ini, banyak yang bercanggah dengan Islam, malah pejuang2 Islam diugut dengan pelbagai cara termasuklah dinafikan hak2 sebagaimana kroni2 pimpinan UMNO perolehi. Semoga Allah tabahkan hati2 pejuang Islam.}

1 Responses to UM-NO... Punca Parahnya Remaja Masa Kini...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. nak tegah macam mana....ronnie lui ngan hasan ali banyak sangat bukak karoke dan rumah urut....
    celik IT....

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang