PAS Negeri Pahang akan menganjurkan Ekspo Penerangan selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Februari 2010.
Ketua Penerangan PAS negeri Pahang, Hasanuddin Salim ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini berkata ekspo yang akan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membabitkan penyertaan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasition.
”Tok Guru akan datang merasmikan ekspo pada malam 26 Februari 2010. Pada malam berikutnya kita akan adakan persembahan kebudayaan dan kesenian Islam membabitkan persembahan nasyid Azhan Atan, kumpulan Huffaz, tarian tabla dari kelab penyokong PAS kaum India.
”Paling menarik pada malam itu ialah deklamasi puisi membabitkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Kita juga sedang mengusahakan kehadiran kumpulan tarian singa,” kata Hasanuddin.
Tambahnya, ekspo pada tahun ini akan dibuat secara besar-besar membabitkan penyertaan setiap kawasan dengan berbagai acara dan persembahan.
“Pihak penganjur juga sedang berusaha menjemput berbagai-bagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan untuk sama terlibat dalam kegiatan ekspo.
"PAS negeri Pahang amat mengalu-alukan orang ramai datang ke tapak ekspo bagi menikmati keindahan kesenian Islam dan kebudayaan berbilang kaum. Di samping itu pengunjung akan didedahkan dengan maklumat dan isu-isu semasa,” katanya.
Mengenai para peniaga yang ingin membuat tempahan tapak gerai perniagaan sepanjang ekspo bolehlah menghubungi urus setia, Abdul Aziz Abdul Rahman di talian, 013-9330907.
{moh kita beramai2 datang ke ekspo Penerangan Pas Pahang untuk mendapatkan maklumat semasa pas dan berkenaan dengan pilihanraya. Bawalah bersama ahli keluarga. InsyaAllah ekspo ini tiada unsur2 maksiat seperti dianjurkan oleh UMNO-BN & media munafik seperti TV3 dan seangkatan dengannya}
Buku Allah Bapa Tuhan ada jual jugak ke?????
yang ust najib attantuya tulis ke...?