Rakyat ditinggalkan, Malaysia tanpa PM dan TPM
Negara sedang menghadapi ancaman pergaduhan kaum dan agama, apa yang membimbangkan rakyat ialah kerajaan seperti hilang kawalan dimana setiap kali jaminan kerajaan (KDN) dan POLIS bahawa keadaan terkawal maka setiap kali itulah juga ada kejadian baru seperti pencerobohan terhadap pejabat peguam majalah Herald dan simbahan cat berwarna merah kesebuah gereja di Kota Tinggi berlaku semalam.
Kejadian simbahan cat merah digereja Kota Tinggi dan pencerobohan pejabat peguam majalah herald menunjukkan keadaan negara dalam bahaya, malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila kerajaan seperti tiada langkah yang berkesan dan konkrit dalam mengatasi masalah perhubungan antara kaum dan agama, sedangkan selama ini kerajaan sering melaungkan negara-negara luar begitu kagum melihat formula Malaysia dalam mengurus rakyat pelbagai kaum dan agama.
Ternyata peristiwa mutakhir ini menunjukkan kerajaan tiada suatu formula dan plan induk yang jelas untuk melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati dan saling memahami antara kaum dan agama.
Kerajaan ternyata tidak serius dalam menangani permasalahan ini dan ini dibuktikan apabila PM dan TPM meninggalkan rakyat dan negara dan berada diluar negara diwaktu negara dalam kerisis.
Saya tahu pemergian mereka ada lah juga tugas untuk negara. Walaupun saya percaya TPM akan pulang dalam sehari dua ini,tapi bagi saya tidak wajar berlaku sama ada negara dalam keadaan tenang atau tegang kedua2 pemimpin utama tiada dalam negara walaupun satu hari dalam satu masa.
Apatah lagi seorang PM bila negara berada dalam keadan tegang kerana isu perkauman dan keagamaan tidak wajar meninggalkan negara. Ini menunjuk tiada penyelarasan dan kesepatan serta ketidak sehaluan antara kedua pemimpin utama.
Rakyat didahulukan tidak diterjemahkan dan direalisasikan sebaliknya rakyat ditinggalkan untuk pergaduhan hasil provokasi politik yang dipenuhi dengan kebusukkan politik.
"RAKYAT DIDAHULUKAN vs RAKYAT DITINGGALKAN"
"MALAYSIA TANPA PM DAN TPM"
Dato' Hj. Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
www.pas.org.my
{kenapaa biarkan rakyat menghadapi masalah besar tanpa pimpinan tertinggi Kerajaan 1Malaysia...? kalau tak nak jaga rakyat, serah je kuasa kat PR... InsyaAllah keadaan akan lebih baik- "Islam Memimpin Perubahan"}
Catatan Dhuha april 2019
5 tahun yang lalu
0 Responses to Rakyat Malaysia kini Yatim...