Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

PEMUDA UMNO DAH PANDAI TAKBIR... ALLAHUAKHBAR...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 2 Januari 2010

Alhamdulillah, setelah Pakatan Rakyat mendapat kemenangan besar dalam PRU12 lalu, Umno dan kuncu2nya telah mula menerima hakikat Islam dan kepentingannya dalam kehidupan sehariannya. Malah, kebergantungan sepenuhnya kepadda Allah selepas berusaha dengan sedaya upaya seperti dilakukan oleh Pimpinan dan pejuang Pas mamberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Islam dan semuanya di Malaysia.


Dalam "Berita Perdana" tadi pelbagai ulasan dan pendapat berkenaan dengan penggunaan perkataan Allah oleh golongan yang tidak layak (tidak faham). Maka tampillah Pemuda Umno untuk membela konongnya. Apa yang menarik perhatian ialah ucapan "AllahuAkhbar"yang dilaungi oleh pemuda umno. Adakah mereka faham bila menyebunya...? Atau Sekadar menunjuk2 untuk mengambarkan bahawa UMNO konongnya sensitif dan membela kesucian Islam...?

Walau apapun jawapannya, yang pasti perjuangan yang dilakukan oleh PAS untuk mendaulatkan Islam di Malaysia telah berjaya. Orang umno yang sebelum ini anti ummat Islam yang melaungkan "Allahuakhbar", kini telah diterima. Orang bukan Islam mula meminati untuk memahami Al-Quran dan Sunnah.

Inilah misi dakwah yang diperjuangkan oleh PAS dalam menyambung perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Syiar Islam di seluruh dunia. Menang dalam pilihanraya adalah tujuan kedua dan untuk politik. Alhamdulillah, dalam diri Pemuda Umno sekarang terdapat unsur2 Pas yang akan menumbangkan UMNO itu sendiri dan apabila Islam menguasai dirinya, waktu itulah Pas akan menang dalam PRU13 nanti.

InsyaAllah, disitulah bermulanya Daulah Islamiah ditegakkan, keamanan akan dicapai, kesejahteraan untuk sejagat diaplikasikan. Takbir 3x... Allahuakhbar 3x

IbnuHussin

5 Responses to PEMUDA UMNO DAH PANDAI TAKBIR... ALLAHUAKHBAR...

  1. cucu toktan Says:
  2. allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar...

    Islam pasti tertegak,

     
  3. Takbir...
    dah nampak dah cahaya Islam di bumi Malaysia...
    Pimpinan Islam Pas sedia mengambilalih Pemerintahan Malaysia...
    Insyaallah...

     
  4. PemudaChenor Says:
  5. Alhamdulillah
    Kita boleh solat dan berkiamullai di Masjid tanpa diganggu oleh manusia durjana lagi...

    takbir,

     
  6. Tanpa Nama Says:
  7. haprak daily :

    SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

    Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

    "Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

    Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

    "Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.

    "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.

    Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.

    "Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.

    Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.

    Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.

    Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.

    Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.

    Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu

    Celik IT....

     
  8. pasmaran Says:
  9. Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng

    Harakahdaily (tlg jawab)
    (Berita Untuk Yg Cintakan Islam Sahaja)
    KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

    "Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

    "Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

    Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

    Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

    "Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

    Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

    Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

    Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

    Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

    Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

    KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

    **Jangan berjuang sekadar kulit, isinye hampeh...**

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang