Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

KEBANGKITAN MAHASISWA...

Berita drp: MaranDaily Sabtu, 30 Januari 2010

Herman Samsudeen


Selama ini kita sering diceritakan tentang kehebatan Mahasiswa zaman Anwar Ibrahim yang berani dan kebangkitan Mahasiswa Islam diera tahun-tahun 80-an. Namun tahun ini kebangkitan Mahasiswa yang berlaku dikebanyakan kampus tidak kurang hebatnya.


Walaupun mereka orang-orang muda, tetapi jiwa mereka cukup dewasa untuk mengenal erti hak dan tanggungjawab perjuangan. Sudah lama tidak mendengar Polis dipanggil ke dalam kampus untuk menghalang demontrasi Mahasiswa.

Apa yang berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sangat menarik kerana disana jelas sudah berbunga erti demokrasi. Walaupun ada usaha menghalang, namun demontrasi menentang keputusan Pilihanraya Kampus bagi dua Fakulti yang sepatutnya dimenangi oleh Pro-Mahasiswa telah berjaya membuka mata ramai pihak.HRKH

Jelas Mahasiswa yang hadir adalah golongan yang peka terhadap hak mereka, dan saya puji sikap berani mereka untuk nyatakan kebenaran walaupun dihalang dengan Polis dan pasukan FRU.

Keadaan sedikit berbeza di Universiti Malaya (UM), dimana lebih 200 Mahasiswa berdemontrasi dihadapan pejabat Naib Canselor dan akhir berjaya mendesak NC, Ghauth Jasmon keluar untuk mengadakan rundingan dengan wakil mereka.

Walaupun tegang, namun saya tidak dapat menolak untuk memuji tindakan NC UM yang ternyata berani dan sudi untuk berbincang. Ini sama sekali tidak berlaku di UKM kerana pihak pengurusan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis untuk menyelesaikan masalah mereka.

Di UPM pula, belum ada sebarang demontrasi dibuat walaupun pihak Universiti nekad membatalkan kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa yang menang atas alasan berkempen secara berkumpulan dan mengunakan medium Facebook untuk promosikan calon.

Setakat ini belum ada maklumat dari kampus lain. Begitu juga dengan isu ‘Rasuah’ Umno kepada NC Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) yang mengetuai Pilihanraya untuk memenangkan calon Pro-Aspirasi.

Kesimpulan yang saya boleh katakan hari adalah, Pro-Mahasiswa tetap menang dihati mahasiswa dan rakyat kerana mereka berjuang dalam keadaan pihak pengurusan Universiti yang mengelolakan Pilihanraya bersikap curang.

Malah campurtangan Umno memberikan imej yang buruk kepada Universiti yang ternyata sanggup menganiaya calon-calo Pro- Mahasiswa. Jelas Universiti berbelah bahagi antara kepentingan Umno dan Mahasiswa.

Inilah politik kampus, semoga perjuangan mereka akan kekal dan istiqamah sama seperti yang ditunjukan hari ini. Umno selalu bangga mengatakan mereka berjaya tumpaskan Pro-Mahasiswa di Universiti, tapi mereka selalu alpa dengan kemenangan ini, dan akhirnya bila keluar universiti, ramai bekas-bekas ahli kumpulan Pro-Aspirasi menyertai Pakatan. Ini kerana mereka sudah mengetahui kejahatan Umno yang sebenarnya.

{Pelajar yang berjuang untuk menegakkan keadilan mahasiswa sejagat mula bangkit pada masa kini. Kita akan lihat akan wujud beberapa orang aktivis pelajar yang bangkit memimpin perubahan berlandaskan Syariat selepas semangat ini telah dihapuskan oleh Kerajaan UMNO-BN pada awal abad milenium. Dengan kebangkitan ini, masyarakat akan sedar bahawa kerajaan yang ada sekarang terlalu mementingkan diri sendiri dan kroni tanpa mengambil kira masa depan anak2 bangsa terutamanya dalam melahirkan generasi yang beriman, pintar, profesional, adil dan amanah.

InsyaAllah, peluang Pakatan Rakyat cerah untuk mengambilalih pentadbiran di Putrajaya selepas PRU13 akan datang. Sama2lah kita berdoa demi memartabatkan Syiar Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah}

Ibnuhussin@pas.org.my

1 Responses to KEBANGKITAN MAHASISWA...

  1. Tanpa Nama Says:
  2. setakat mogok kerana tidak menerima kekalahan sendiri tak payah la...bertanding dah tentu ada menang ada kalah....kalau nak menang jek tak payah bertanding...ngong...

    celik IT

     

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang